Penyanyi, Zizi Kirana kini senang untuk membataskan pergerakannnya ketika membuat persembahan di atas pentas.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, dia kini selesa untuk membuat persembahan dalam keadaan duduk kerana lebih bersesuaian dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah.

“Bukan Permintaan Sesiapa, Sedar Sendiri,” – Zizi Kirana Nak Nyanyi Rap Sambil Duduk, Jaga Batas Pergerakan

“Sekarang ini, saya sedang melatih diri.
Saya bagitahu pengurus, saya nak menyanyi lagu rap tapi sambil duduk.

“Bila berdiri, kadang kala saya terbawa-bawa diri yang lama. Kita pula bawa genre hip hop. Hal ini merupakan sesuatu yang baharu buat saya.

“Bila difikirkan semula, rap juga merupakan sebuah muzik untuk menyampaikan cerita. Jadi, saya buat macam diri ini sedang bercerita.

Ads

“Ini bukan permintaan sesiapa tapi kesedaran diri sendiri. Saya rasa tak kena kalau sakan bergerak. Jadi, lebih baik saya duduk dan kalau berdiri pun mungkin dalam keadaan santai,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Eh itu berkata sedemikian ketika menjadi juri jemputan di program Pentas Marhaban baru-baru ini.

“Bukan Permintaan Sesiapa, Sedar Sendiri,” – Zizi Kirana Nak Nyanyi Rap Sambil Duduk, Jaga Batas Pergerakan “Bukan Permintaan Sesiapa, Sedar Sendiri,” – Zizi Kirana Nak Nyanyi Rap Sambil Duduk, Jaga Batas Pergerakan

Katanya, dia juga akan terus kekal dengan genre muzik hip hop yang memang sudah sebati dengan kerjayanya sebagai seorang anak seni.

Ads

“Saya mahu menyampaikan dakwah dengan cara yang tersendiri. Ramai ustaz dan ustazah yang saya jumpa, mereka minta saya untuk tidak berhenti menyanyikan lagu rap.

“Katanya, menerusi muzik rap, saya boleh berdakwah. Dulu saya pernah terfikir, perlu lagi ke saya menyanyi lagu rap ini lagi?

“Namun, segalanya berubah selepas mendapat sokongan orang sekeliling dan guru-guru. Sampaikan kebaikkan mengikut cara kita sendiri,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, fokusnya ketika ini adalah untuk menghasilkan lirik-lirik lagu yang mampu mengajak orang ramai ke arah kebaikkan.

Ads

“Bukan Permintaan Sesiapa, Sedar Sendiri,” – Zizi Kirana Nak Nyanyi Rap Sambil Duduk, Jaga Batas Pergerakan

“InsyaAllah, saya nak kekalkan menyanyi rap sambil duduk agar tak banyak pergerakkan. Saya mahu fokus dengan lirik yang ingin disampaikan.

“Saya juga nak perbanyakkan lagu-lagu nasihat terutamanya untuk mengingatkan diri sendiri dan mengajak orang ke jalan kebaikkan.

“Tidak ada lagi lirik kecam-kecam. Namun, saya akan kekalkan muzik rap dan qasidah,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI