Pengacara, Nana Mahazan mengakui dia rasa sedih dan terkilan apabila ada pihak yang mempersoalkan mengenai penampilan anak sulungnya, Althea, 8 tahun yang dikatakan selekeh.
Katanya kepada MH, anak yang sedang membesar pasti mengambil masa dalam proses mengenal diri, pakai apa yang dirasakan sesuai.
“Tak kisah nak kata dia selekeh, sebab rasanya kita pada usianya pun macam tu juga. Saya faham, masing-masing akan ada pendapatnya sendiri. Mungkin anak-anak mereka kalau nak keluar kena pakai itu ini.Ia terpulang.
“Macam anak saya, dia ada caranya sendiri. Macam dulu dia pun gemar kenakan baju yang bercorak pelangi dan sebagainya. Tapi sekarang, dia lebih gemar kenakan baju longgar, sewater dan sebagainya.
“Anak yang sedang membesar ni dia ambil masa untuk kenali diri dia, fesyen dan sebagainya,” jelas Nana.
Mengulas lanjut mengenai komen-komen melampau perihal fizikal anaknya lagi, dia sedih memandangkan ia menyentuh soal anak.
“Saya okay saja tetapi saya sedih sebab ada yang tak sensitif mengenainya. Komen pun melampau, jahat. Kenapa ya masih ada yang macam tak ada rasa hormat. Saya tak akan pergi ke akaun orang yang tak dikenali dan cakap ‘ anak kau hodoh’.
“Ini bukan kali pertama pun. Malah dia pernah digelar macam tupai. Saya marah juga tetapi suami kata jangan buang masa untuk fikir perkara sedemikian. Katanya kalau tidak suka, block atau jangan komen apa-apa,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana juga kini rancang mengacarakan program Mentor 7 selain rancangan Pesona Pengantin menerusi slot Dewi saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Foto: Instagram Nana Mahazan