Pelakon, Safwan Nazri mengakui insiden keguguran yang menimpa isterinya baru-baru ini secara tidak langsung telah memberikan perspektif baru di dalam kehidupan mereka.
Menurut Safwan, kejadian tersebut telah mengajar dia dan isteri untuk sentiasa meletakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah SWT.
“Kejadian ini sememangnya memberi impak dalam kehidupan kami. Ketika itu, keadaan bayi dalam kandungan pun sudah agak besar. Dalam lingkungan empat bulan.
“Tapi bila difikirkan semula, kita ini hanya manusia biasa. Kita sentiasa fikir yang kita ni selalu betul. Kita ingat kita dah buat yang terbaik tapi perancangan Allah itu lebih baik.
“Jadi, saya dan isteri dah berserah dan kami percaya segala yang terjadi ini pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah sangat cantik dan kami reda.
“Sebelum ini, keadaan isteri saya memang tak berapa okay. Tapi alhamdulilah, dari semasa ke semasa, kami lalui masa bersama-sama, keadaan dia kini sudah semakin baik,” katanya kepada MH.
Safwan turut menambah, dia sebenarnya agak sedih kerana tidak dapat berada di sisinya saat kejadian tersebut berlaku kerana pada ketika itu dia berada di Turki untuk menjalani penggambaran filem Bakara.
Ads
“Saya tak ralat cuma saya kesal dan sedih sebab ketika isteri saya mengalami keguguran, saya berada di Turki untuk penggambaran filem Bakara. Ketika itu saya tiada bersama dia.
“Tempoh seminggu yang sangat pahit buat isteri tapi saya tiada bersama dia. Itu merupakan antara perkara yang menyayat hati yang saya rasakan.
“Saya sedih sangat dan ketika di Turki saya tak dapat nak fokus pun. Saya asyik memikirkan isteri saya. Bagaimanapun, saya tetap laksanakan kerja saya dengan terbaik,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia memutuskan untuk tidak bergegas pulang ke Malaysia kerana tidak mahu mengganggu perancangan penggambaran yang telah disusun oleh pihak produksi.
Ads
Lantaran itu, dia berterima kasih kepada pihak keluarga dan mertua kerana telah membantu menjaga isterinya sepanjang ketiadaannya itu.
“Saya tak boleh nak balik bukan sebab pihak produksi tak izinkan tetapi saya tidak mahu menyusahkan ramai orang. Lagipun, kita dah tak boleh nak buat apa-apa. Benda pun dah jadi.
“Saya beruntung kerana ahli keluarga saya dan mertua ada menjaga isteri saya. Mereka pun sentiasa berikan sokongan.
Ads
“Kalau ikutkan saya kena tinggal lama lagi di Turki tapi saya putuskan untuk pulang awal daripada jadual asal,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Safwan mendedahkan dirinya teruja apabila dapat menjadi salah seorang pelakon bagi filem epik ketenteraan, Bakara yang kini sedang giat menjalani proses penggambaran.
Bakara merupakan filem yang diangkat daripada kisah benar mengenai perjuangan tentera Malaysia yang kurang diberikan perhatian oleh masyarakat dunia.
Selain Safwan, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, zahiril Adzim dan ramai lagi.
Sekadar informasi, Safwan dan isterinya, Fathin Nur Amalina telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 4 Mac lalu selepas hampir sembilan tahun perkenalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Safwan Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.
Dalam kesempatan itu, penyanyi Linda Rafar ada meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Rasimah Abd Rahman apabila dia dan sekeluarga akan melalui Ramadan tahun ini tanpa ibu tercinta.
“Kejap je nak puasa pastu raya… Tahun ni fasa baru nk lalui tanpa arwah mak.. Nampak linda kuat tp linda ni yg paling lemah n x bermaya tanpa org kuat d sisi.. Hidup linda bergantung harap pd mak n family..
“Jika xde mereka hidup linda takkan kuat.. Dugaan demi dugaan yg allah beri namun linda sentiasa berfikiran positif n yakin setiap kesabaran di malas dgn ganjaran yg amat besar..
“Tahun ni niat nk puasa di Mekah tapi masih blum ada kata putus.. Doakan linda trus kuat ye.. Insyaallah dgn izin allah pasti sesuatu yg d hajati di makburkan Allah SWT,” tulis Linda.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Nadzmi Adhwa dan isterinya, pelakon Ardell Aryana yang sudah selamat timang anak pertama mereka, hari ini.
Nadzmi menerusi satu hantaran di Instagram turut memaklumkan, Ardell selamat bersalin secara normal kira-kira jam 2.22 pagi tadi selepas lebih 16 jam bertarung nyawa.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua.
“Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini, 5 June 2020, Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
“Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.
“Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana.
“Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua,” tulisnya.
Bagaimanapun, jantina bayi masih belum dikongsikan bintang Hati Perempuan ini.
Serentak dengan perkongsian berita gembira itu, para peminat termasuk rakan selebriti mengirimkan ucapan tahniah dan mendoakan semuanya dipermudahkan buat si ibu.
Terdahulu, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu.
Foto: Instgaram Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menanti detik kelahiran cahaya mata sulung hasil perkahwinan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, Che Puan Sarimah Ibrahim dilihat amat menitikberatkan penjagaan kesihatan diri dan kandungannya.
Mana tidaknya, Sarimah dilihat selalu ke gym untuk melakukan beberapa aktiviti senaman agar kandungannya sentiasa bergerak aktif dan sihat.
“Pilates reformer workout while 6 months pregnant..I am using the ball as a stabilizer and working out the arms and back muscles too.. pulling on the straps provides resistance and toning..i love this!,” tulisnya.
Sarimah yang kini hamil enam bulan tidak kisah dengan penampilannya.
Sebaliknya dia tetap mahu beri fokus pada kesihatan diri dan anak yang bakal lahir.
“I have no idea what happened to my hair why benjol LOL. ‘Muscle’ rambut tu…..abaikan je..masa ni bukan nak maintain cantik!! Hehe,” tulisnya.
Hasil perkongsian dengan kerabat Negeri Sembilan pada 2 April 2015 itu membuatkan Sarimah teruja dengan kehamilannya, meski usianya sudah mencecah 41 tahun.
“Yesss…what i keep telling myself.. Stay Calm..breathe and think positive Sarimah!
“It is a scary and exciting thing this journey. So far i have been able to stay reasonably calm this last 6 months… but getting closer to July now and I’m feeling.
“Its normal i know.. so i cope by exercising, meeting up with friends and preparing the house and nursery.,” tulis bintang Gerak Khas The Movie 3 itu.