Categories: Uncategorized

‘Bukan Salah Pekerja Kami, Check dulu’ – Ini Respon Tony Fernandes Bila Ada Selebriti Luah ‘Kekecewaan’ Terhadap AirAsia

Share

Baru-Baru ini, seorang selebriti serta pengacara terkenal, Datuk AC Mizal menggunakan media sosial untuk meluahkan kekecewaannya terhadap satu syarikat penerbangan berikutan bagasinya rosak semasa menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut.

Dalam pada itu, AC juga turut mengeluarkan kenyataan ‘hairan’ bagaimana syarikat penerbangan tersebut boleh memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik bagi kategori tambang murah buat kali ke-9 berturut-turut.

Perkongsian  AC  mendapat perhatian netizen apabila ramai yang mengecam syarikat penerbangan tersebut serta ada juga yang berkongsi insiden yang sama dialami oleh selebriti tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes ada memberikan kenyataan menerusi akaun Facebooknya melalui sebuah video live menjelaskan isu tersebut.

“Sepatutnya dia menghubungi saya mengenai perkata ini. Kejadian tersebut bukanlah salah pekerja kami tapi sistem beg di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang curam.

“Kami sudah berbincang dengan pihak KLIA2 untuk menyelesaikan isu tersebut,” katanya di dalam video tersebut.

Sementara itu, beliau juga turut meluahkan rasa kesal selebriti tersebut berbuat demikian.

“Terus menyalahkan pekerja kami adalah salah dan dia sepatutnya lebih tahu sebagai seorang selebriti. Check dulu.

“Pihak kami juga turut menyiasat perkara ini dengan pekerja yang terlibat dan lihat bagaimana boleh membantu mereka,” jelasnya lagi.

MH puji bagaimana Tony bersikap sangat tenang menangani isu ini dan langsung tidak melatah.

Apa-apapun, MH harap dengan penjelasan Tony itu, orang ramai akan buka minda dan memahami ‘masalah’ sebenarnya dan tidak menuding jari lagi kepada mana-mana pihak.

sumber: Facebook Tony Fernandes

Published by
MH