Terdahulu, rakaman video yang memaparkan seorang selebriti, Zarina Anjoulie yang tidak lagi berhijab telah tular di laman media sosial.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang berasa keliru dan membuat spekulasi aktres tersebut adalah pelakon, Lufya Omar.
Lalu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar telah memberikan penjelasan mengenai kekeliruan tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Terpaksa jelaskan.. yang DM tanya ramai sangat. Terpaksa jelaskan bukan saya dalam video yang mengumumkan buka tudung lepas bercerai. Saya pakai tudung sebelum kenal dgn suami lagi dan insyallah akan kekal sampai akhir nafas saya. Aamin
“Hijab itu bukan menandakan kita baik,alim atau bagus dari orang lain. Kita semua pendosa.. bukan maksum. Jangan kerana kekecewaan kita terhadap manusia, kita sampai menderhaka kepada perintah Allah.
“Tanda-tanda kiamat dah semakin banyak. Semoga kita semua sempat bertaubat dan mendapat keampunan dariNya. Buang yang keruh ambil yang jernih. Moga setiap ujian yang Allah berikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat denganNya. Doakan saya kuat
“Semalam fya potong rambut, warna dan buat treatment rambut di @ridzokumura yang menyediakan bilik muslimah dengan stylish wanita. Untuk wanita berhijab boleh datang ke sini untuk mendapatkan servis terbaik dari mereka. Tq,” tulisnya.
Diharapkan penjelasan yang diberikan oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia musim keenam ini dapat menghentikan kekeliruan yang berlaku.
Foto: Instagram Lufya