Penyanyi Jaclyn Victor mengakui dia hanya berharap agar dapat membuat persembahan terbaik dan konsisten sepanjang minggu di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tanpa memikirkan hal lain yang boleh menjejaskan tumpuannya.
Jac, 43, berkata dia perlu membuat demikian, lebih-lebih menerusi minggu duet malam tadi yang menyaksikan dia meraih markah tertinggi iaitu 92.40 peratus.
“Saya pernah cakap sebelum ini, ia (persembahan duet) bukan sebab ‘nak berperang’ atas pentas, tapi setiap kali saya menyanyi dengan seseorang, saya cuba nak buat persembahan itu sebaik yang boleh.
“Kalau orang cakap pada saya, kenapa kau ‘bagi’ (bersungguh) sangat. Saya cakap, kena buat. Tambahan lagi saya berduet dengan Aina Abdul. Jadi kami sama-sama kenal pasti apa kelebihan masing-masing di atas pentas.
“Sumpah, apa yang saya doakan ialah semoga boleh buat persembahan yang baik. Saya tak perlu kena menang, tak mengapa. Tapi biar baik persembahan saya. Itulah yang saya doakan,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai pengalamannya berduet dengan Aina, Jac akui suka semangat yang ditunjukkan penyanyi lagu Semalam itu.
Jac pada masa menjelaskan dia senang bekerjasama dengan Aina sepanjang sesi latihan.
“Saya memang kagumi dia sebagai penyanyi. Dia masih muda, tapi bagus. Dia tak berhenti belajar. Bagi saya dia sentiasa cuba untuk memperbaiki diri.
“Rasanya dia sendiri pun tahu ini pertandingan yang sedang saya sertai. Kami berbincang dari segi pembahagian lagu dan rasanya dia faham seterusnya beri ruang kepada saya.
“Cuma saya bila kita menyanyi secara duet, kita perlu sokong di antara satu sama lain. Saya tak suka jadi penyanyi yang pentingkan diri sendiri. Tak boleh begitu, nanti hasilnya tidak memuaskan,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI