“Bukan Semua Ada Hubungan Renggang,”- Ibu Mertua Kerap Kali Buat Majlis Doa Selamat, Anzalna Nasir Rasa Paling Bertuah!

Share

Pelakon Anzalna Nasir ada berkongsi beberapa video di Instagramnya yang melihatkan dia bersama ibu mertua dan rakan-rakan lain mengadakan doa selamat.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan alunan merdu kumpulan marhaban.

“Bukan semua ibu mertua dan menantu mempunyai hubungan yang renggang. Saya sangat bertuah kerana memiliki seorang ibu mertua yg penyanyang dan melayan saya macam anak sendiri..

“Sejak pregnant, kerap sekali ibu mertua buatkan majlis doa selamat for me and my baby.  Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Salam jumaat everyone. Swipe left,” tulisnya. 

Lalu, netizen turut memuji keakraban Anzalna dengan ibu mertuanya itu.

Dalam perkembangan lain, isteri kepada Muhammad Zaki itu menanti detik untuk bergelar ibu tidak lama lagi.

Foto : IG Anzalna

Published by
Amynur Akmal