Pengacara dan pelakon, Janna Nick menyeru orang ramai supaya sentiasa meraikan pendapat orang lain meskipun kadang kala ia bercanggah dengan pendirian kita.

Menurut Janna, kita tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri sehingga menganggap pendapat orang lain adalah salah.

“Bukan Semua Ada Mak Bapak Masa Hidup,” – Semua Jalani Hidup Berbeza, Janna Nick Minta Hormati Pendapat Orang Lain

“Kau rasa pandangan kau selalu betul?
Habis tu kau agak pandangan orang lain semua Salah la eh? Kalau tanya aku, aku rasa semua betul.

“Ye la..kita tengah cakap pasal pandangan. Bukannya fakta.

IKLAN

“Soal pasal apa yang kau rasa betul
dan apa yang kau rasa mungkin salah.

“Sudah sudah la, fikir berpaksi kan otak kau je. Lepas tu bila pandangan orang lain bercanggah, kau rasa jijik & kau rasa menyampah,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon telefilem Pasal Kau itu menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Janna turut menyifatkan persetikaran yang berbeza juga banyak mendorong kepada cara seseorang itu berfikir.

“Gila ke apa, tu sebab aku cakap
pandangan semua orang betul. Sebab semua orang tak membesar dalam rumah kau.

“Semua orang tak berpeluang macam kau. Semua orang takde ilmu yang sama macam kau.

IKLAN

“Hidup ni singkat kalau kau nak perjuangkan & nak paksa orang hidup cara kau. Pasal bukan mak bapak kau yang ajar diorang cara hidup. Pasal bukan semua ada mak bapak masa hidup,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan apa yang diperkatakan oleh Janna itu.

“Bukan Semua Ada Mak Bapak Masa Hidup,” – Semua Jalani Hidup Berbeza, Janna Nick Minta Hormati Pendapat Orang Lain “Bukan Semua Ada Mak Bapak Masa Hidup,” – Semua Jalani Hidup Berbeza, Janna Nick Minta Hormati Pendapat Orang Lain

Sumber: Instagram Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI