Penyanyi Nikki Palikat mendedahkan dia dan komposer Audi Mok sudah bercerai sekali gus memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Pasangan berkenaan berpisah sejak tempoh pandemik Covid-19 yang melanda negara, sebelum ini.

Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat menjelaskan, dia perlukan masa untuk diri sendiri sebelum sedia berkongsi hal berkenaan kepada umum.

“Bukan senang untuk saya ceritakan perkara ini. Memandangkan anda dah tahu dan saya pun tak pasti sejauh mana yang anda tahu, rasanya lebih baik saya berterus terang.

“Sebenarnya memang benar saya dah bercerai. Penceraian tersebut berlaku ketika fasa pandemik. Pada ketika itu, ada satu kesedaran agar lebih baik hubungan kami begini sahaja. Kita teruskan hanya sebagai kawan.

“Memang sekarang ini hubungan kami lebih baik daripada ketika kami berkahwin,” katanya seperti yang dipetik.

Bekas peserta progam, Gegar Vaganza musim ke-8 ini turut memberitahu, dia sebenarnya tidak berniat untuk merahsiakan perkara ini sebaliknya dia memerlukan sedikit ruang untuk kembali tenang.

“Sebenarnya saya belum bersedia lagi nak bercerita mengenai perkara ini. Bukan bermaksud saya nak sembunyikan perkara ini cuma saya perlukan masa untuk menerima perkara yang sangat menyakitkan ini.

Ads

“Bukan mengenai orang ketiga. Sebenarnya, sejak dari dulu lagi kami tahu yang kami ini tak sepadan. Namun, apa yang bagusnya, hubungan kami sebagai kawan sangat bagus,” bicaranya.

Dalam pada itu, Nikki turut mengakui kisah penceraian ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.

“Saya mengaku, lagu terbaru saya yang berjudul Sudah adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri.

“Sewaktu saya mengalami depressi, rasa merasakan diri saya gagal daripada segala segi. Itu yang membuatkan saya nak memperbaiki hubungan.

“Saya tak nak dilihat sebagai seorang yang gagal dan berputus asa demi anak-anak tetapi bila saya fikirkan semula, apa yang bekas suami katakan, kita hanya gagal sebagai suami isteri tetapi sebagai keluarga kita berjaya. Jadi kita fokus pada hal itu sahaja.

Ads

“Sebenarnya, sebab kenapa saya tak pernah cerita mengenai perkara ini kerana saya sangat risaukan mengenai anak-anak,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Caramu ini akui lega selepas anak tunggal mereka, Liam,12, menerima perkhabaran ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada dengan keputusan yang dibuat. 

“Bukan Senang Untuk Saya Cerita Perkara Ini,” – Nikki Palikat Umum Bercerai, Rupanya Sejak…

“Bukan Senang Untuk Saya Cerita Perkara Ini,” – Nikki Palikat Umum Bercerai, Rupanya Sejak…

“Kita cuba baiki sesuatu itu tetapi kadang kala, apa yang kita usahakan membuatkan kita sedar lebih baik hubungan ini sebagai kawan sahaja.

Ads

“Bila teringatkan anak-anak tu memang rasa sakit sangat sebab sebelum ini saya pendam segala kesedihan.

“Bila akhirnya saya bagitahu perkara ini kepada anak-anak mengenai keadaan yang sebenarnya, mereka terima segala perkara itu.

“Saya rasa cukup lega dan perasaan itu masih lagi saya ingat sampai sekarang. Saya lega bila tahu perasaan anak saya tidak hancur. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini,” akhirinya.

Sekadar informasi, Nikki dan Audi atau nama sebenarnya Audi Mok Chuang Yew mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2009.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Liam pada 27 Oktober 2010.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

https://youtu.be/v6EO1hetoCo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI