MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin mengakui penglibatannya bersama kumpulan rap, K-Clique bukan hanya sekadar untuk kerjaya seni semata-mata.

Sebaliknya hubungan yang terjalin sesama anggota sudah pun rapat seperti adik-beradik sendiri.

Lalu, setiap tindak-tanduk ahli kumpulannya akan diperhati sesama ahli kumpulan seterusnya memberikan nasihat untuk menjadi individi yang lebih baik.

“Anggota kumpulan ini tak akan tertubuh dari silaturrahim antara kami, jadi hubungan kami lebih daripada persahabatan iaitu lebih sebagai satu keluarga.

“Kalian juga punya keluarga dan adik-beradik akan sentiasa buat hal. Akan tetapi tugas serta tanggungjawab adik-beradik juga adalah untuk berikan nasihat dan nasihat yang diberikan mereka selalu ada,” kata MK kepada MH.

Sambil mengaitkan dengan beberapa insiden spontan yang pernah dialami MK, Tuju yang juga ahli kumpulan berkenaan turut menyatakan apa yang berlaku adalah di luar bidang kuasa mereka.

Ads

“Misalnya yang pernah jadi viral… MK dicium ia bukan disengajakan. MK tidak minta…Jadi kami pun hairan kenapa ia dikecohkan. Malah hal yang viral sebelum ini pun bukan MK yang mulakan,” jelasnya lagi.

“Kami bukan siapa-siapa jadi kami tahu hidup susah macam mana. Kalau dari segi pasang pengawal keselamatan tu, tidaklah…

“Cuma ke arah jaga satu sama lain,” terang MK yang antara lain turut menambah penyanyi itu sendiri yang perlu tahu untuk jaga batas setiap kali membuat persembahan.

Ads

Terdahulu, MK dan Tuju ditemui media pada sidang media Konsert Hausboom Music 2019 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bakal dilangsungkan 10 November 2019 depan, Konsert Hausboom Music 2019 bakal dihangatkan di Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC) bermula jam 4 petang hingga 10 malam.

Ads

Selain K-Clique, konsert skala besar itu bakal menghimpunkan tujuh artis ternama tanah air dari pelbagai genre di bawah satu bumbung antaranya Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, Budak Nakal Hujung Simpang dan ratu rock negara, Ella.

Harga tiketnya hanya RM30 untuk early bird, RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone) dan tiket sudah pun mula dijual menerusi TicketApps sejak 18 October 2019 lalu.

Ikuti temu bual penuh bersama mereka;

View this post on Instagram

yang didakwa sebagai kekasihnya #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Foto: Instagram MK K-Clique/@aminzahabidin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI