“Bukan Soal Kalah Menang,” – Padam Video Di Twitter ‘Live’ Di Sidang Media, Azwan Ali Mohon Maaf Secara Terbuka Isu Libatkan DSV

Share

Konflik membabitkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Azwan Ali menjadi perbualan hangat kalangan netizen.

Atas isu dan kian hangt diperkatakan itu, Azwan atau lebih sinonim digelar Diva AA telah mengadakan satu sidang media berhubung isu terbabit di Marriot Hotel, Putrajaya pada petang Selasa.

“Bersaksikan peguam saya, Encik Mohamad Fu’ad Zainal Abidin dan seluruh rakan-rakan media yang hadir yang membuat liputan Diva AA tujukan video ini kepada DSV, Datuk Seri Vida, Cik B anak dia dengan ini pada pukul 6 petang, 11 Februari 2020 hari selasa bertempat di Putrajaya Marriot disaksikan beribu-ribu rakyat jelata.

“Dengan ini Diva AA tersohor memohon maaf tapi harus saya ingatkan permohonan maaf ini dibuat setelah mengkaji perkara ini bersama peguam saya. Ini bukan soal kalah menang.

“Sekali lagi saya ulangi saya mohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat sebagaimana dituntut harus dibuat dalam masa 48 jam.

“Semua video yang saya rakamkan saya ulangi saya tidak menyebut nama sesiapa tetapi saya menghormati segala pertuduhan dan kecaman daripada DSV bahawa dia terkilan, tersinggung, sentap atau bahasa lain sampai dia tidak boleh tidur dan sebagainya.

“Jadi tak perlu sebutlah cerita-cerita yang sudah terjadi sebab bercakap mengenai video yang saya keluarkan kerana saya tak sebut siapa gerangan yang saya kecam atau saya maki.

“Terpulang kepada dunia untuk melihat kes ini tapi pada saya, saya sudah memohon maaf dan betul kenyataan tersebut berbaur fitnah dan saya buat pengakuan tarik balik.

“Permohonan maaf ini menyeluruh dan kita tidak akan ulangi apa-apa sahaja isu yang berkaitan dengan kes ini,” jelas Azwan.

Azwan turut memaklumkan permohonan maaf dibuat secara terbuka kerana tidak mahu perkara ini berlarutan dan berpanjangangan.

Malah, Azwan juga mengharapkan agar netizen berhenti memberikan kecaman dan komen negatif berhubung isu ini terhadap dirinya.

Di samping itu, Azwan juga telah memadam seluruh Twit dan rakaman video yang membabitkan DSV dan Cik B di laman media sosial Twitter ketika sidang media berlaku.

Terdahulu menerusi satu sidang media khas yang dilakukan oleh Vida, Azwan Ali diberi tempoh 48 jam mulai semalam untuk membuat permohonan maaf selepas menyebarkan kata-kata kebencian selain mengeluarkan kata-kata kesat terhadap diri serta anggota keluarganya yang lain.

Published by
Nazar Rafiqhi