Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya yang kini sedang hamil anak kedua dilihat sudah makin kerap berkongsi foto terkini dirinya bersama peminat menerusi laman media sosial Instagram.
Meski pada awal kehamilan bintang ini jarang memuat naik foto terkini, Scha bagaimanapun dilihat bertambah seri dalam menantikan ahli baru dalam keluarganya.
Malah Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya kekal menawan menerusi persalinan yang lebih sopan sepanjang kehamilan.
Pada masa sama, figura berusia 37 tahun ini juga ada menjelaskan ‘baby bump’ masih belum jelas kelihatan meski usia kehamilan sudah mencecah 5 bulan.
“Bukan sorok cuma kurang nampak. Kadang kadang showing, kadang kadang tak,” tulisnya.
View this post on InstagramBukan sorok cuma kurang nampak. Kadang kadang showing, kadang kadang tak ☺️
A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on
Lalu, perkongsian Scha menjadi perhatian sekaligus mendapat pujian daripada peminat.
Malah, ramai juga yang memuji penampilan Scha yang kelihatan sopan dan manis.
Scha mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga selebriti, Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana.
Foto: Instagram Scha Alyahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Perkenalan Kami Memang Singkat Tapi…,” – Luca Sickta Pilih Penerbit Radio Sebagai Isteri Dengan Sekali Lafaz
Tahniah diucapkan buat penyanyi Luca Sickta,33, yang telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, hari ini.
Luca Sickta atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin memilih penerbit radio Era FM Sabah, Nur Robecca Ruth Robert Abdullah,30, dan pasangan ini diijabkabulkan pada jam 10 pagi di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Pasangan itu dinikahan oleh imam masjid berkenaan, Hassan Sapar serta dua saksi dengan sekali lafaz.
Luca berkata, dia memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
“Pada awalnya majlis akad nikah akan diketuai oleh bapa saudara Robecca, tapi malangnya dia disahkan positif Covid-19 dan terpaksa digantikan oleh imam masjid di sini.
“Walaupun berdepan cabaran tapi saya bersyukur kerana majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Lagipun majlis pernikahan ini diadakan secara sederhana saja memandangkan kes Covid-19 yang masih tinggi.
“Pernikahan ini adalah satu fasa baru dalam hidup. Saya kini memegang satu tanggungjawab besar sebagai suami selain perlu mendidik isteri dalami agama memandangkan Robecca baru memeluk agama Islam setahun lalu,” katanya.
Luca Sickta menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 manakala tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga.
Menurut Luca, dia mula mengenali Robecca sekitar setahun lalu ketika berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja.
“Perkenalan kami memang singkat tapi saya selesa berkawan dengannya kerana kami memiliki pemikiran dan hala tuju yang hampir sama.
“Lagipun hubungan yang dibina bukanlah sekadar ‘cinta monyet’ atau nak bersuka ria. Umur kami pun sudah mencecah 30-an, jadi fokus kami lebih kepada masa depan dan melalui kehidupan bersama-sama.
“Saya sebenarnya sangat bersyukur kerana hubungan kami mendapat restu kedua ibu bapa Robecca. Malah bapanya sendiri yang memberi galakan dan sokongan untuk Robecca memeluk Islam.
“Cuma sekarang ini tugas saya pula untuk memastikan Robecca mendalami ilmu agama secara perlahan-lahan. Saya pun tidak mahu terlalu tegas dalam mendidiknya, tapi hal yang wajib dia perlu ambil tahu,”katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kematian Adalah Sebahagian Daripada Putaran Kehidupan,” – Marshanda Umum Hidap Kanser Payudara, Reda Ketentuan Yang Maha Esa
Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Marshanda hari ini mengumumkan yang dia menghidap kanser payudara menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun YouTubenya.
Dia yang kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan dilihat menitiskan air mata saat bercerita tentang perkara ini namun percaya bahawa apa yang dilaluinya adalah sebahagian daripada aturan tuhan untuk dirinya.
“Saya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya,” ujarnya mengenai keberadaannya di negara maju itu.
Biarpun perasaan bercampur baur apabila disahkan menghidap kanser yang banyak membunuh kaum wanita, Marshanda menyatakan bahawa dirinya tidak takut. Jika memang ditakdirkan umurnya pendek, sekurang-kurangnya dia tahu apa perkara seterusnya yang boleh dia lakukan.
Mengakui bahawa dia kadangkala merasai sakit di bahagian payudaranya, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, “Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir, tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan tuhan tolong doakan saya. Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya.”
ARTIKEL BERKAITAN: “Terapi Ini Haram Di Indonesia,” – Marshanda Pilih Terbang Ke Amerika Syarikat Bagi Melakukan Terapi Ketamin Untuk Meredakan Tekanan
Antara detik menyentuh hati dalam video yang dimuat naik itu. Pelakon yang terkenal menerusi drama Petualangan 100 Jam ini meninggalkan pesanan kepada Sienna yang merupakan satu-satunya anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Ben Kasyafani, Marshanda berharap agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.
Wanita berusia 32 tahun ini turut berterima kasih kepada bekas suami dan isteri barunya, Nesya Ayu Nabila kerana menjaga Sienna dengan baik. Dia juga menyatakan bahawa Nesya memiliki hati yang sangat murni dan telah menjadi ibu tiri yang terbaik bagi anak tunggalnya itu.
Sebelum ini Marshanda pernah disahkan menghidap masalah gangguan bipolar dan dia mengembara hingga ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan terbaik.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayu Damit Terkejut Dituduh Pakai Susuk Pula! “Baik Saya ‘Tanam’ Kat Muka Ni Sejak Dulu, Orang Yang Rapat Tahu Saya Bagaimana.”
Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit menafikan dirinya ada memakai susuk atau pemanis wajah untuk tampil lebih menawan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 32, bagaimanapun mengakui ada mengambil beberapa prosedur kecantikan lainnya seperti mana yang dilaporkan media, baru-baru ini.
“Mulanya terkejut dan tak tahu nak beri reaksi apa bila ada yang meninggalkan komen di media sosial dengan mengaitkan saya dengan pemakaian susuk.
“Lucu pun ada sebab kalaulah saya pakai susuk, lebih baik saya ‘tanam’ dekat muka ni sejak dulu lagi. Mereka yang mengenali saya tahulah saya ni jenis bagaimana orangnya.
“Malah kesedaran mengenai penjagaan diri ini pun kian hadir seiring dengan peningkatan usia. Bukanlah nak cantik luaran semata-mata tapi lebih kepada amalkan gaya hidup sihat sementelah saya pun terlibat dalam industri pertanian.
“Apa pun, saya tak ambil pusing pun dengan komen tersebut. Saja suka-suka berkongsikan perkara itu di Insta Story beberapa hari lalu.
“Yang penting, cantik atau tidak, suami dan anak-anak sentiasa ada di sisi. Itu sudah memadai, alhamdulillah,” katanya yang turut menyifatkan cantik itu subjektif.
Mengulas menganai isu perbelanjaan kecantikan dirinya yang mencecah ribuan ringgit, penyanyi asal Sabah ini mendedahkan kos tersebut termasuk rawatan yang ditaja.
“Macam-macam komen yang saya terima. Sudah saya jelaskan, kos tersebut adalah anggaran seperti pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya, selain nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan.
“Alhamdullilah, ada yang sudi taja. Bagi saya selagi ia tidak memberikan kemudaratan pada jangka masa panjang, saya terbuka menerimanya. Lagi pun saya tetap akan dengar pendapat suami juga sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ayu baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Permata yang menceritakan mengenai perhubungan suami isteri.
“Lagu tersebut sebenarnya sudah dirakam ketika masih bertanding di GV7. Saya tertarik dengan liriknya yang banyak maksud tersirat.
“Ia sesuai ditujukan buat pasangan suami isteri. Kalau untuk saya, pastinya saya tujukan khas buat suami yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan seni saya selama ini termasuk juga peminat di luar sana,” katanya.
Permata merupakan lagu ciptaan bersama Mohd Atlas dan Zimi Sofazr.
Ia diterbitkan oleh syarikat rakaman Saudagar Seni Media dan video liriknya juga sudah boleh ditonton menerusi YouTube Saudagar Seni Media.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI