Satu persatu persoalan timbul sejak Daus mengambil keputusan untuk bercerai pada Februari tahun lalu.
Lebih mencetus tanda tanya apabila Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli didakwa menceraikan isteri ketika masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga mereka.
Enggan terus membiarkan perkara itu bersarang di minda, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 ini mengabadikan kisah dan perjalanan hidupnya itu menerusi lagu ‘Takdir Kita’ yang dilancarkan 28 Ogos lalu.
Lagu ciptaan sepenuhnya Daus itu dipaparkan pula dalam persembahan video muzik (MV) yang dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Nova Music Videos.
Jelasnya, jalan cerita MV arahan Azuad Abdullah itu memaparkan 60 peratus kisah perkahwinan dan perceraiannya.
Malah, ia menjawab segala persoalan yang timbul sebelum ini.
“Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain.
Ads
“Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita MV ini, ia adalah salah satu cara saya mahu mendekati masyarakat.
“Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa, kena tonton MV ini.
“Sejujurnya, idea MV ini daripada saya sendiri. Tapi, saya bersama pasukan daripada pihak pengurusan Nova Music berbincang untuk menambah baik apa yang perlu supaya MV ini lebih menarik,”katanya.
Bagaimanapun Daus mengakui dia rasa sebak sekali gus mengimbau kenangan lama ketika penggambaran dilakukan.
Ads
“Apabila buat MV ini, memang terasa sebak kerana ia mengembalikan memori lama. Tapi saya cuba tahan perasaan sebab tak boleh nak terlalu terbawa-bawa. Saya masih boleh kawal.
“Saya cuma fikir, apa yang dipaparkan dalam MV ini bukan mengenai saya semata-mata tapi, pasti ada orang lain pernah melalui pengalaman sama. Ibaratnya saya mewakili perasaan mereka dengan menceritakan kisah mereka dalam MV ini.
“Walaupun tidak meraung, tapi nampak kesedihan dilalui dalam babak yang dilakonkan dalam MV ini,” katanya yang sudah pun ‘move on’ dengan apa yang berlaku.
Menyentuh mengenai ketiga-tiga anaknya, Daus berkata dia sudah lebih setahun mereka tidak berjumpa.
Ads
“Anak-anak memang di Sarawak. Sejak bercerai mereka memang dijaga bekas isteri. Cuma, sejak saya berada di Kuala Lumpur, memang tak berpeluang jumpa mereka lagi.
“Apatah lagi dalam suasana yang melanda negara sekarang, ia lebih menyukarkan untuk kami berjumpa.
“Saya tak nak ambil risiko berjumpa mereka dalam keadaan sekarang. Insya Allah, tunggu masa sesuai. Kalau dah okay, baru saya balik.
“Alhamdulillah, dengan kecanggihan teknologi sekarang, memang selalu buat panggilan video. Jadi, terubat juga rindu dengan mereka. Isteri okay, selagi saya tak lupakan tanggungjawab,” katanya.
Takdir Kita terbitan dan edaran Nova Music Malaysia sudah pun dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas pengacara Muzik-Muzik, Haziq Hussni diumumkan sebagai pengacara Melodi terbaharu bergandingan bersama Ain Edruce.
Haziq membuat kemunculan pertamanya dalam program Melodi pada tengah hari Ahad tadi, bersiaran langsung di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam.
Menurut Haziq atau nama sebenarnya, Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 32, berkata impiannya untuk mengendalikan program nombor satu itu akhirnya tercapai.
“Alhamdulillah, rezeki saya untuk join team Melodi. Saya rasa berbesar hati dapat mengacarakan Melodi, program hiburan nombor satu.
“Pengacara mana yang tak nak hoskan Melodi, ia ibarat satu cita-cita yang sudah berjaya saya capai sejak menceburi bidang pengacaraan,” katanya kepada MH.
Bercakap mengenai gandingannya bersama Ain Edruce, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata dia teruja dengan kerjasama itu memandangkan memang berkawan baik dengan Ain.
“Melodi merupakan program pertama yang menggandingkan saya dengan Ain.
“Dapat pula partner yang gila-gila, memang tak susah nak cari keserasian sebab memang kami berkawan baik daripada dulu.
“Kami masing-masing tahu bagaimana cara untuk saling memberi dalam menyampaikan cerita dalam Melodi.
“Harapnya gabungan kami berdua dapat diterima ramai,” kata Haziq lagi.
Sementara itu, penerbit eksekutif Melodi, Mohd Jamil Hassan berkata pemilihan Haziq dilihat tepat bagi menarik minat penonton Melodi.
“Haziq merupakan pilihan yang tepat sebab pengalaman hosting yang dia ada.
“Kami gandingkan Haziq dengan Ain agar dapat menceriakan lagi cara penyampaian cerita supaya more lively, sebab itu kami wujudkan dua hos.
“Saya percaya gandingan mereka ini relevan dengan selera penonton Melodi,” katanya.
Sebelum Ain dan Haziq mengambil tempat, hos Melodi diterajui pelakon Nabila Huda yang kontraknya tamat pada Mei lalu.
Melodi sebelum ini pernah dihoskan ramai pengacara popular seperti Ogy Ahmad Daud, Fara Fauzana, Zizan Razak, Awal Ashaari dan Janna Nick.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dapat menahan sebak apabila menerima kejutan sebuah motosikal dari isteri tercinta, pelawak Mohd Nasir Hamzah atau nama pentasnya, Achey bagaikan terkesima menerima kejutan tersebut.
Kisahnya, Achey ketika itu sedang memberi ucapan di dalam sebuah dewan, bagaimanapun dia dikejutkan dengan situasi cemas apabila orang ramai bergegas keluar dari dewan sambil menjerit.
Ternyata, kekecohan yang berlaku adalah kejutan untuk Achey apabila isterinya, Anne menghadiahkan sebuah motosikal.
Berlatarbelakangkan lagu Permata Untuk Isteri nyanyian Kopratasa, Achey bagaikan ‘terpaku’ dan terdiam, lalu mengeluarkan air mata selepas nmekejutan dari isteri tercinta.
Terdahulu, Achey meluahkan rasa syukur apabila kehadiran anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah pada Mei 2018 sebagai penyeri dalam keluarga Achey dan Anne yang sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
Video : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Dayang Nurfaizah memberikan dedikasinya terhadap semua pihak yang menyokong perjalanan lagu Debu yang turut bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), malam tadi.
Karya hasilan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim itu turut menampilkan kolaborasinya bersama Amir Masdi.
“Thank you for supporting Debu. Thank you @amir.masdi, faithfulmusicmy, @novamusicmy @tv3malaysia @muzikmuzik_official. Congrats to all the winners,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminatnya menitipkan kata-kata semangat dan memuji persembahan mesti rezeki tidak berpihak kepada mereka di AJL37.
Terdahulu di dalam anugerah muzik tahunan yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil itu, lagu ciptaan dan nyanyian Aina Abdul, Terus Hidup dijulang sebagai juara utama.
Aina turut diumumkan sebagai penerima trofi Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu sama.
Sementara Semalam Di Temasik persembahan Joe Flizzow dan SonaOne di tempat kedua dan Alif Satar & The Locos yang menyampaikan lagu Anugerah Terindah di tempat yang ketiga.
Shiha pula mengungguli Anugerah Persembahan Terbaik (Irama) dan Khai Bahar yang turut bersaing menerusi lagu Sengsara pula diraikan sebagai Anugerah Pilihan Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...