Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman mendedahkan dia tidak tahu menahu berhubung kelulusan kewangan syarikat bagi pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Vellfire yang dihadiahkan kepadanya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36, baru-baru ini.
Zoey atau nama sebenarnya, Mohd. Hairey Azhar Abdul Rahman berkata, kelulusan itu dibuat adiknya yang juga ahli lembaga pengarah Mika Series.
“Mula-mula saya marah juga sebab mengapa keluarkan wang syarikat. Saya tanya kenapa luluskan duit sebanyak itu sedangkan kami nak pakai duit juga untuk promosi produk tahun ini termasuklah menaikkan papan iklan dan sebagainya.
“Bagaimanapun, dia jelaskan bahawa kereta itu untuk kegunaan syarikat juga. Lagipun, katanya sampai bila nak sewa van apabila ingin bergerak ke luar lokasi atau untuk ke tapak acara.
“Kiranya kereta itu untuk kemudahan pekerja juga sebenarnya,” katanya.
Terdahulu, hadiah kejutan yang diterima Zoey daripada syarikatnya sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahirannya menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan warganet.
Ads
Ada yang memberi bayangan seolah-olah ia adalah sekadar gimik pemasaran selain ada yang mendakwa bintang tersebut syok sendiri menggunakan wang syarikat untuk dijadikan sebagai hadiah kepada dirinya.
Dalam pada itu Zoey turut menambah, dia tidak mahu mengambil enteng terhadap komen negatif yang dilemparkan.
“Saya dalam industri sudah lebih 10 tahun. Bagi saya bila hal tersebut berlaku, ia sedikit sebanyak membantu promosi juga. Walhal, tidak ada niat langsung pun ke arah itu.
Ads
“Marketing cara saya bukanlah nak kena ‘goyang-goyang’, tunjuk badan atau sengaja nak buat viral.
“Cara saya ialah menjadi promosi dalam jangka masa yang panjang. Masing-masing ada cara sendiri,” katanya lagi.
Terdahulu, Zoey ditemui pada Majlis Pelancaran produk makanan ringan keluaran Palut’s di Puncak Alam, Selangor.
Ads
Mengambil semangat tahun baru, Zoey juga kini mulai menceburkan diri dalam perniagaan makanan dengan jalinan kolaborasi bersama syarikat bumiputera, Paluts Food Sdn. Bhd. menghasilkan produk berasaskan pisang.
Kerjasama yang pertama kali dilakukan Zoey ini dilihat sebagai peluang yang baik, apatah lagi kini masyarakat ketika ini dilihat lebih memilih untuk membeli produk makanan seumpamanya.
“Saya tak pernah keluarkan produk makanan sebelum ini, inilah cubaan pertama kali. Produk berasaskan pisang ini tak digoreng, sebaliknya menggunakan teknik vakum,” katanya.
Zoey dilamar pengasas produk tersebut, Ridzuan Ansar pada tahun lalu bersama dua lagi selebriti lain iaitu Saharul Ridzuan dan Achey.
Zoey melancarkan produk Banana Sangrai Crispy sementara Achey dan Saharul masing-masing memperkenalkan Nangka Sangrai Crispy dan Banana Salai Crispy Chocolate & Dip.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Paduka Eina Azman ada berkongsi status kesihatan terkini dirinya.
Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, dia mengalami demam dan terpaksa ditahan di wad.
Sambil memohon maaf kerana tidak dapat untuk berkongsi video masakan sebagaimana sebelum ini, Eina turut memaklumkan dirinya turut menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah pencegahan.
“Assalamualaikum semua, hope everyone is doing good. Sorry couldn’t upload and share video masakan as I wasn’t well for about a week (fever caught me up).
“For precaution, dah buat Covid 19 test and alhamdullillah ..result- NEGATIVE. Now, I’m in recovery process and shall be back soon with all the cooking ideas for you guys.
“Doakan Eina cepat baik okay! Love you guys and thank you for the love and support! Take care and stay safe always.#pleasestayathome,” tulisnya menerusi posting terkini di Instagram hari ini.
Setelah lebih dua minggu drama Suamiku Lelaki Pendosa bersiaran, Isteri kepada Datuk Aaron Aziz iaitu Diyana Halik memberikan komen terhadap lakonan suaminya bersama pelakon, Gambit Saifullah menerusi drama rantaian tersebut.
Diyana berpendapat, sebagai pelakon Gambit disifatkan berjaya menjiwai watak Izfairin dengan baik.
Perkara tersebut dikongsikan Diyana bersama potongan video yang turut merakamkan kenangan dua pelakon itu ketika sama-sama terlibat di dalam sebuah program realiti tidak lama dulu.
“Rupanya dah lama rancang, kita yg lalai. Dari Fear Factor sampai la Tuan Ihsan dan Sekarang Suamiku Lelaki pendosa! Rupanya si Izfarin ni ada aje dalam hidup sis!
“Bukan calang calang competition I sekarang. I tak pernah handle gedik yang sampai macam si Iz! Kalau gedik pompuan tu biasalah kita tengok pun dah tahu.
“Gedik si Iz ni wow another level. Semoga Dean ilyas berubah, I tunggu k. @gambitsaifullah. Tapi Takpe best woman wins! Eh confuse sis ni, terfeeling Cahaya hahahah,” tulisnya seloroh.
Dalam pada itu, ibu kepada orang tiga cahaya mata ini menyifatkan drama berkenaan memiliki mesej pengajaran yang bermanfaat kepada tontonan umum.
Ucapan tahniah turut dipanjangkan Diyana kepada semua barisan pelakon terlibat.
“Anyway to tell you the truth the content of this drama is to beri pelajaran and yes Ada banyak aje case gini. Pintu taubat masih terbuka.
“Enjoyed watching this drama Sebab really lain character my dar… and combo ngan Gambit pulak. I think as actors they love challenging characters so that it won’t be stagnant la kan. Congrats guys!,” tulisnya lagi.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah pun membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Dalam pembentangan tersebut, Tengku Zafrul antara lain mengumumkan peruntukan sebanyak RM177 juta akan disalurkan buat sektor kreatif.
Perkhabaran tersebut merupakan berita gembira buat para penggiat seni dan ia disambut baik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim.
Menurut Norman, peruntukan sebanyak RM50 juta untuk Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (Dekan) bagi memacu industri kreatif tempatan adalah satu langkah terbaik dilakukan kerajaan.
“Hari ini (semalam) merupakan hari gembira buat penggiat seni atas usaha kerajaan memperuntukkan dana Dekan RM50 juta.
“Insya-Allah, negara kita dapat memperbanyakkan lagi kisah-kisah khusus berkaitan sejarah negara, sekali gus menyemarakkan jati diri penonton,” katanya menerusi satu kenyataan media.
Pada masa sama, Norman turut memuji usaha kerajaan merangsang pembangunan program merakyatkan seni, budaya dan warisan di peringkat akar umbi dengan peruntukan berjumlah RM25 juta.
“Dana disediakan untuk seni dan budaya merupakan penghargaan kepada karyawan tanah air dan penggiat seni bagi memperkayakan khazanah warisan tanah air.
“Berita ini juga pasti membawa khabar positif kepada industri kreatif dalam memperkayakan lagi warisan budaya negara kita, secara tidak langsung mengangkat nama Malaysia ke tahap global,” ujarnya.
Tengku Zafrul turut mengumumkan kerajaan juga menyediakan Dana Kandungan Digital berjumlah 102 juta ringgit bagi memasarkan produk penggiat seni dan menggalakkan penghasilan lebih banyak karya kreatif dan malar segar.
Bukan setakat itu, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah FINAS akan diberi potongan cukai.
Kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran.
Terdahulu, Bajet 2023 adalah berjumlah RM372.3 bilion. Jumlah itu meningkat RM40.2 bilion berbanding RM332.1 bilion yang diperuntukkan bagi 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun sudah hampir sembilan tahun mengatur perjalanan sebagai anak seni, penyanyi, Zynakal tidak kisah bila ada pihak yang melabelnya artis suam-suam kuku.