Bukan Syok Sendiri! Zoey Rahman Jelaskan Adik Yang Luluskan Wang Syarikat Beli Vellfire Sempena Hari Jadi – “Mula-Mula Saya Marah Juga sebab…,”

Share

Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman mendedahkan dia tidak tahu menahu berhubung kelulusan kewangan syarikat bagi pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Vellfire yang dihadiahkan kepadanya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36, baru-baru ini.

Zoey atau nama sebenarnya, Mohd. Hairey Azhar Abdul Rahman berkata, kelulusan itu dibuat adiknya yang juga ahli lembaga pengarah Mika Series.

“Mula-mula saya marah juga sebab mengapa keluarkan wang syarikat. Saya tanya kenapa luluskan duit sebanyak itu sedangkan kami nak pakai duit juga untuk promosi produk tahun ini termasuklah menaikkan papan iklan dan sebagainya.

“Bagaimanapun, dia jelaskan bahawa kereta itu untuk kegunaan syarikat juga. Lagipun, katanya sampai bila nak sewa van apabila ingin bergerak ke luar lokasi atau untuk ke tapak acara.

“Kiranya kereta itu untuk kemudahan pekerja juga sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, hadiah kejutan yang diterima Zoey daripada syarikatnya sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahirannya menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan warganet.

Ada yang memberi bayangan seolah-olah ia adalah sekadar gimik pemasaran selain ada yang mendakwa bintang tersebut syok sendiri menggunakan wang syarikat untuk dijadikan sebagai hadiah kepada dirinya.

Dalam pada itu Zoey turut menambah, dia tidak mahu mengambil enteng terhadap komen negatif yang dilemparkan.

“Saya dalam industri sudah lebih 10 tahun. Bagi saya bila hal tersebut berlaku, ia sedikit sebanyak membantu promosi juga. Walhal, tidak ada niat langsung pun ke arah itu.

“Marketing cara saya bukanlah nak kena ‘goyang-goyang’, tunjuk badan atau sengaja nak buat viral.

“Cara saya ialah menjadi promosi dalam jangka masa yang panjang. Masing-masing ada cara sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, Zoey ditemui pada Majlis Pelancaran produk makanan ringan keluaran Palut’s di Puncak Alam, Selangor.

Mengambil semangat tahun baru, Zoey juga kini mulai menceburkan diri dalam perniagaan makanan dengan jalinan kolaborasi bersama syarikat bumiputera, Paluts Food Sdn. Bhd. menghasilkan produk berasaskan pisang.

Kerjasama yang pertama kali dilakukan Zoey ini dilihat sebagai peluang yang baik, apatah lagi kini masyarakat ketika ini dilihat lebih memilih untuk membeli produk makanan seumpamanya.

“Saya tak pernah keluarkan produk makanan sebelum ini, inilah cubaan pertama kali. Produk berasaskan pisang ini tak digoreng, sebaliknya menggunakan teknik vakum,” katanya.

Zoey dilamar pengasas produk tersebut, Ridzuan Ansar pada tahun lalu bersama dua lagi selebriti lain iaitu Saharul Ridzuan dan Achey.

Zoey melancarkan produk Banana Sangrai Crispy sementara Achey dan Saharul masing-masing memperkenalkan Nangka Sangrai Crispy dan Banana Salai Crispy Chocolate & Dip.

Published by
MH