Sudah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, pasangan Shakilla Khoriri dan Fizi Ali telah dikurniakan cahaya mata Ameena Sofia yang kini berusia satu bulan.
Dalam pada itu, Shakilla telah meluahkan perasaanya apabila suaminya, Fizi Ali samakan dirinya dengan bibik.
“Semalam bila Fizi cakap aku dok rumah dah macam bibik. Eh…terasa pulak hati jantung aku.
“Tapi bila tengok keadaan aku dalam cermin dengan serba serbi tak sempat, hilang rasa nak sentap tu. True. Macam bibik malah lebih teruk dari bibik. Aku dah lupa macam mana pakaian cantik atau makeup. Sungguh.
“Bukan tak nak berhias atau semenggah sikit kat rumah cuma kehidupan aku bertukar 360 darjah tibe2 lepas ada @ameenasofia,” tulisnya.
Shakilla mengakui bahawa tanggungjawab seorang ibu bukanlah mudah, sebaliknya perlu membahagikan masa untuk anak, suami dan diri sendiri.
“Aku admit lah best ada ahli baru tapi untuk 2 bulan ni aku perhambakan diri untuk Ameena Sofia supaya aku betul2 kenal dia dan dia biasa dengan Aku & Fizi.
“So rutin biasa setiap 9 pagi aku berperang dengan Ameena.
Bukan dia tak behave masa mandi tapi dia lupa dia baru sebulan , dia punya tendang,menyembang lagi dengan angkat kepala tu masayallah.
Video tersebut memaparkan Shakilla sedang mandikan Ameena dihujanni komen yang pelbagai dari netizen.
Video : Intagram Shakilla