Pelakon, Fikry Ibrahim memaklumkan dirinya bersikap terbuka mengenai soal pilihan pasangan hidupnya.
Kongsi bintang berusia 25 tahun ini, dia menerima dengan hati terbuka, termasuk dalam sisi penampilannya.
“Saya tak kisah bertudung atau tak sebab saya tidak memilih dalam soal jodoh pasangan hidup.
“Jadi saya okey sahaja yang mana-mana menjadi pasangan hidup saya.
“Saya rancang sebelum umur 30 untuk mendirikan rumah tangga, dalam umur saya 28 tahun macam tu sesuailah nak kahwin,
“Saya bukan tak nak kahwin awal, cuma saya takut berlakunya penceraian dalam perkahwinan,” katanya jujur kepada media.
Fikry bagaimanapun akui, sekiranya pasangannya sudah bersedia untuk bergelar isteri, dia semestinya tahu soal agama serta status sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.
Sekadar informasi, Fikry kini telah menceburi dalam bidang perniagaan dengan melancarkan satu aplikasi servis penghantaran makanan secara dalam talian yang dikenali sebagai Go Eat.
Majlis pelancaran aplikasi berkenaan telah dilangsungkan dengan meriah di Damansara Perfoming Art Centre (DPAC), pada Sabtu.