Sejak minggu lepas, nama komposer, Ajai menjadi bualan hangat netizen selepas persembahannya bersama pengacara, Rina Nose sewaktu membawakan lagu Hati Ini Telah Dilukai di konsert minggu ke-7 Big Stage 2023 (BS2023) tular di seluruh platform media sosial.
Malam tadi pula, Ajai sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia menyahut pelawaan seorang lagi pengacara BS2023, Elly Mazlein untuk menyanyikan lagu Aku Cinta Aku Rindu.
Tambah mencuit hati apabila Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas turut dilihat sakan bergelek saat Elly mengubah lagu tersebut ke versi dangdut.
Ketika ditemui media, Ajai selaku juri tetap BS2023 memaklumkan personalitinya ketika membuat persembahan dan menjadi juri sememangnya berbeza.
“Saya cuma menjadi sporting. Saya ada dua karakter. Yang pertama, saya ini seorang penghibur. Apabila kamu melihat saya dengan Exists pun kamu tidak akan nampak saya seperti tengah bagi markah.
“Saya akan enjoy dengan diri sendiri. Jadi, bila saya dipanggil untuk menghiburkan, itu adalah diri saya. Namun, bila dipanggil untuk memberikan pemarkahan, saya akan bertukar ke personaliti yang satu lagi,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, Ajai turut manafikan dirinya terpaksa melakukan aksi-aksi bersahaja itu sebaliknya menjelaskan segala yang berlaku adalah secara spontan.
“Saya bukan buat kerana terpaksa. Itu adalah natural diri saya. Jadi, tak bolehlah kita bawa persona sebagai juri bila di atas pentas. Siapa yang nak tengok muka ketat?
“Saya bukan nak meraih perhatian. Ia datang secara natural. Perkara ini pun bukan dirancang. Malah, saya tak pernah tahu dan terfikir pun yang hos akan menyanyikan lagu-lagu saya. Segalanya berlaku secara spontan.
Ads
“Saya tak jangka persembahan saya pada minggu lepas akan viral. Pada saya, ia merupakan sebahagian daripada tugas seorang penyanyi,” katanya lagi selepas sidang media konsert separuh akhir BS2023.
Sementara itu, penyanyi lagu Keliru ini turut menjelaskan insiden berpegangan tangan dengan Rina pada minggu lepas berlaku secara tidak sengaja.
“Rina menyanyi dengan ‘ear monitor’ dan saya tidak. Bila saya minta dia ke hadapan, dia tak faham.
Ads
“Jadi, saya menghalakan tangan untuk meminta Rina ke hadapan tapi dia pegang terus tangan saya. Untuk minggu ini pula, takkan pisang nak berbuah dua kali.
“Saya bukan nak buat kelakar. Kalau saya pengang tangan Elly malam tadi, itu sudah dikira saya ni memang suka pegang tangan perempuan. Berpegangan tangan adalah insiden yang tidak disengajakan,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya bila lagu-lagu lamanya kembali popular, ini respon yang dinerik Ajai.
“Alhamdulillah. Ia turut membuatkan saya terfikir tentang idea untuk merakamkan semula lagu-lagu ini dengan generasi-generasi baharu. Ia akan melibatkan lagu-lagu duet saya dan lagu yang saya tulis untuk artis lain.
“Tidak mustahil saya akan adakan konsert Ajai & Friends sama seperti David Forster & Friends,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekerja secara profesional, vokalis Kristal, Ewal Ismail berkata hubungannya dengan adik-beradik bekas tunang iaitu Rody dan Acap tidak pernah tergugat.
Menurut Ewal atau nama sebenar Ikhwan Hafiz Ismail, 31, dia tidak berasa kekok untuk bekerja dengan abang dan adik bekas tunangnya iaitu Adda yang merupakan ahli kumpulan Butterfly.
“Saya tak rasa kekok bersatu dalam sebuah band dengan abang dan adik kepada bekas tunang saya kerana kami profesional.
“Lagipun kami sudah berkawan lama sejak awal belasan tahun jadi apabila tiada jodoh saya dengan Adda, itu bukan satu isu yang boleh pecah belahkan Kristal.
“Sebenarnya Rody dengan Acap terkejut masa kami kata nak bertunang, berbanding ketika pertunangan itu berakhir.
“Kalau tiada jodoh kita pun tak boleh buat apa-apa. Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.. Adda pun dah jadi isteri orang,” katanya.
Pertunangan Ewal dengan Adda atau Nur Syuhada Baharuddin, 33, pada September 2021 hanya mampu bertahan sebulan lebih, bagaimanapun mereka tidak menguar-uarkan bila ikatan itu berakhir.
Dalam perkembangan terbaharu, Ewal yang merupakaan anak kepada vokalis Wings, Mel itu akan beraksi minggu ini di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang sempena Fiesto Fest @Penang 2.0.
Antara penyanyi-penyanyi yang turut menghiburkan pengunjung ialah Azlan Typewriter, Ronnie Hussein, Baby Shima, Asheed Def Gab C, Klangit, D_va dan Akar Band.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak sulung pelakon dan usahawan Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan, meluahkan rasa syukur dan gembiranya apabila dapat meraikan Syawal bersama kedua orang tua buat pertama kali selepas ibunya berpisah dengan aktor Ridzuan Hashim pada tahun 2002.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya awal Mei lalu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif ini memberikan dedikasi yang seterusnya mencuri perhatian.
“20 years later… Siapa sangka, dulu terpaksa ambik turn nak beraya dengan mamy ke ayah dulu eh. Nak kena jaga hati dua-dua walaupun ada yang terasa.
“Impian semua anak anak dari “broken family” untuk satukan mak dan ayah mereka. Mungkin nampak mcm broken family untuk semua, tapi bagi kiteorang love & care dari mamy ayah dua dua kiteorg dapat walaupun dorang tak together.
“Walaupun stigma orang tentang broken family ni kata anak-anak akan terabai lah, anak anak memberontak, anak-anak tak cukup kasih sayang. It may be broken to some, but not to us,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut berterima kasih kepada kedua orang tuanya atas kenangan paling berharga itu.
“Thank you mamy ayah daddy sebab selalu ingat kan kakak & adik2 tentang tanggungjawab kiteorang dgn mak ayah. Never once kiteorg rasa kiteorang dari broken family. We’re still a family but not together je.
“Tapi harini dalam sejarah, setelah 20 tahun penantian, kakak & adik2 dapat beraya dengan satu family, priceless! and we should hold on to this moment forever.
“Terima kasih sebab buat anak-anak happy. Terima kasih sebab buat semua ni utk kiteorang. Kiteorang tak mintak banyak, tapi saat ni yang kiteorang tunggu dari tahun 2002 sampai harini.
“Eh terpanjang pulak tapi percayalah, mak ayah mungkin boleh bercerai, tapi bukan mak ayah dan anak anak. Jangan putus harapan, jangan putus doa,” tulisnya lagi.
Menerusi foto yang dikongsikan, kesemua ahli keluarga dilihat mengenakan persalinan senondon dalam rona biru cair.
Perkongsian foto terbaharu daripada pelakon Hafidz Roshdi, 29, di Instagram hari ini menjadi sorotan peminat.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, memaparkan Hafidz sedang mengisi masa bersama dua anaknya, Humairah, 6 dan Umar, 2, membeli barang permainan.