“Bukan Tidak Hormat Atau Mahu Larikan Diri, Tapi…,” – Isteri Dah Keluarkan Tangisan Pada Mata, Sufi Rashid Perjelas Isu Isteri Beredar Saat Diri Dipeluk Cium Ibu

Share

Penyanyi Sufi Rashid tampil mempertahankan isterinya, Nurulain Md Yusof atas tindakan usahawan berkenaan yang meninggalkan pelaminan secara tiba-tiba semasa ibu mertuanya, Irma Suriana Mahmud datang memeluk dan mencium anaknya.

Malah, terdapat potongan video yang berkenaan yang kini menjadi perhatian peminat.

Menjelaskan dengan lebih terperinci menerusi perkongsian di Facebook, Sufi mahu memperbetulkan situasi dan menegaskan bahawa isterinya tiada niat untuk bertindak biadap semasa majlis itu berlangsung.

“Kepada semua yang nak sangat tahu hal sebenar, saya kongsikan “sedikit”;

“Isteri saya bukan tidak hormat atau mahu larikan diri. Malah, sebabkan rasa hormatnya pada orang lah antara sifat yang saya kagumi dari awal saya kenal dia.

“Semasa menunggu ketibaan ibu saya, isteri saya sudah keluarkan tangisan di matanya, badan dia sudah bergeletar.

“Bukan takut, tapi isteri saya sudah bertahun pendam perasaan dengan penuh kesabaran atas “tindakan” yang diberikan pada dia. Tidak sekali pun isteri saya menceritakan apa yang dia lalui sebab dia tidak mahu mengaibkan sesiapa.

Sekian,” tulisnya.

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia 2015 ini juga tetap menyanyangi kedua-dua wanita (ibu dan isteri) kerana mereka merupakan bidadari dalam hidupnya.

“First of all, saya nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga atas doa semua untuk saya dan isteri. Alhamdulillah, kedua-dua majlis saya di Malaysia dan Singapura berjalan dengan lancar.

“Tanpa membuang masa, saya ingin menegaskan tentang “video” yang sedang disebar tentang ibu dan isteri saya.

“Kedua-dua wanita ini adalah bidadari hati saya. Tanggung jawab saya sebagai anak dan suami, adalah amanah saya untuk mereka berdua sihat dan bahagia di dunia dan In Shaa Allah, di akhirat. Baik dan buruk kesemuanya berdasar kehendak dan izin ALLAH SWT juga, dan saya terima seadanya dengan redha dan tawakkal,” jelasnya.

Malah, penyanyi berusia 28 tahun ini juga menjelaskan bahawa isterinya berasa sedikit gementar ketika majlis itu berlangsung.

“Mereka berdua saling menghadapi tekanan dan dugaan dalam kehidupan dunia yang sementara. Tetapi beratnya dugaan mereka, hanya ALLAH SWT saja yang tahu.

“Isteri saya bukan tidak hormat atau mahu larikan diri. Semasa menunggu ketibaan ibu saya, isteri saya sudah keluarkan tangisan di matanya, badan dia sudah bergeletar.

“Bukan takut, tapi isteri saya sudah bertahun pendam perasaan dengan penuh kesabaran atas “tindakan” yang diberikan pada dia. Tidak sekali pun isteri saya menceritakan apa yang dia lalui sebab dia tidak mahu mengaibkan sesiapa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sufi memohon agar setiap pihak tidak menimbulkan sebarang cerita yang boleh mengundang fitnah ke atas dirinya dan keluarga.

“Walaupun saya dan keluarga serta saudara mara saya tahu akan hal yang sebenar, kami tidak akan sesekali menceritakan. Dosa besar bagi kami sebagai hambaNya untuk menyebar aib kami sendiri secara terbuka, apatah lagi aib orang lain yang mungkin tidak pasti.

“Saya minta jasa baik semua untuk berhenti mengongsikan video tersebut kerana ia boleh terjadinya fitnah, walaupun tidak sengaja. Kerana dalam ketidak-sengajaanlah, lahirnya perkara syubhah. Semoga kita semua dijauhkan perkara-perkara yg tidak bermanfaat hendaknya.

“Saya minta maaf jika ianya melibatkan ramai orang. Saya juga minta maaf jika ianya membuat orang ramai keliru dan marah secara tidak sengaja. Dan saya juga memaafkan semua, In Shaa Allah.

“Terakhir sekali, saya minta doa yang baik baik untuk kami semua,” akhirinya.

Terdahulu, Irma telah memuat naik sepotong video di Facebooknya yang melihatkan Ain beredar begitu sahaja saat Irma bersalam dengan anaknya.

Sekali gus, video tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen dan hampir 300,000 tontonan.

Foto: Facebook Sufi Rashid

Published by
MH