“Bukan You Seorang Je Ada Suami” – Macam Belangkas, Teman Rapat Sindir Fazura

Share

Menerusi Insta Story salah seorang teman rapat Fazura yang dikenali sebagai Vee Mukhtaram, kelihatan dia berseloroh melihat gelagat wanita jelita itu yang dilihat sedang berbual dengan suami menerusi aplikasi Facetime.

“Bukan you sorang sorang je ada suami okay. Kita semua ada suami.

“Tak payah nak call suami. Selalu-selalu nak call. Nak pakai lampu. Pakai lighting. Ya Allah, menyampah,” ujarnya sambil ketawa.

Ketika kamera dihalakan kepada pelakon jelita itu, dia hanya mampu tertawa kecil sambil tangan masih lagi memegang telefon pintar berbual dengan suami tercinta.

Walaupun sudah lebih satu tahun melayari kehidupan rumah tangga, namun pasangan ini masih mengekalkan sifat romantis dan sentiasa dilihat bersama. Fazura dan Fattah Amin diijabkabul pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka sekitar ibu negara.

Foto – Instagram Fazura & Vee

Published by
Noraini Abd Wahab