Sekulasi melibatkan pelakon, Intan Najuwa yang kini dikatakan tidak lagi berkongsi foto bekas tunangnya yang juga merupakan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli di media sosial menjadi perhatian kebelakangan ini.
Seakan memberi respon mengenai khabar angin tersebut, Intan dalam status di Insta Story memaklumkan mereka sebenarnya sudah lama membuat haluan masing-masing.
Dalam pada itu, timbul pula cerita lain yang mendakwa aktor, Zul Ariffin sebagai orang ketiga.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Zul mendedahkan dia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut sehinggalah pihak media yang bertanyakan kepadanya.
Lantaran itu, Zul tanpa berselindung menafikan mengenai dakwaan tersebut selain turut menganggap banyak lagi perkara lain yang harus dia fokuskan ketika ini.
Ads
“Saya pun baru tahu bila anda (wartawan) semua bagi tahu saya. Saya pun tak tahu menahu pasal ni. Takda maknanya saya nak jadi punca.
“Bukannya saya tiada kerja lain nak buat. Ada banyak lagi kerja yang nak kena saya uruskan.
“Nak kata saya punca saya pun tak tahu apa-apa. Saya rasa isu yang lepas pun fasal drama. Kemudian, ada pula cerita-cerita lain.
“Saya pun takda baca details pasal hal ni. Nak kata sah putus atau apapun saya tak tahu.
“Kalau orang dah cakap macam tu, saya boleh buat apa. Saya pun takda kena mengena,” katanya kepada MH.
Ads
Zul ditemui media pada tayangan perdana filem Penunggang Agama yang berlangsung di E-Curve, Mutiara Damansara pada Isnin.
Ditanya mengenai perasaannya apabila sering kali dikaitkan dengan isu sebegini, Zul memberitahu, dia sebenarnya sudah lali untuk berdepan dengan situasi seperti ini kerana menyifatkan ini bukan kali yang pertama.
“Saya ni selalu dikaitkan dengan macam-macam. Semua hal diorang kait pasal saya.
Ads
“Sebenarnya tak kesah pun. Saya rasa ini pun bukan kali pertama orang bercakap pasal saya mengenai perkara-perkara sedemikian.
“Tiada hal bagi saya. Suka hati merekalah,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Penunggang Agama merupakan sebuah filem seram thriller arahan, Syafiq Yusof yang mengetengahkan mengenai isu individu-individu yang mengambil kesempatan terhadap agama untuk memanipulasi orang lain.
Selain Zul, filem ini turut dibintangi pelakon lain antaranya, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Datuk Jalaludin Hassan, Salina Saibi dan ramai lagi.
Filem Penunggang Agama boleh ditonton di pawagam rumah anda menerusi saluran Astro First, bermula 25 Mac ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Untunglaaa ada orang tu dah complete vaksin dia. Nak pi mana tu? pi Mekah ke pi Europe? hahah. Thanks @kkm and @officialmosti ! Alhamdulillah.
“So far Abah kata dia rasa “Kuat” lepas 1st vaksin Pfizer haritu. No side effect, no complications.
“Alhamdulillah. He is turning 82 next month! Ni kira hadiah harijadi yang paling best untuk Abah dari Kerajaan Malaysia,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Melodi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Pada masa sama, suami kepada pelakon, Scha Al-Yahya ini turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak sewenang-wenangnya mempercayakan berita-berita palsu mengenai suntikan vaksin sebaliknya berjumpalah dengan individu yang lebih pakar untuk mendapatkan kepastian.
“So buat yang ragu-ragu nak kasi parents diorang ambik Vaksin tu, Awal cadangkan cuba consult Doctor atau yang pakar, jangan baca whatsapp group atau tengok video video yang orang dok forward kat group tu semua. Entah betul ke tak pun kita tak tau.
“Saya ada kawan yang hilang mak bapak sebab Covid, sebab belum vaksin. So, either way pun ada risikonya. Doakan Hj Ashaari ok je lepas 2nd dose dia hari ni. Inshallah,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Awal turut meminta agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan bapanya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja selain turut berharap agar semuanya baik-bakk sahaja buat bapa Awal.
Sumber: Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Syafiq Farhain menjelaskan mengenai wajahnya yang kelihatan membengkak baru-baru ini, disebabkan kesan daripada rawatan tanam rambut yang dilakukan.
Terdahulu, Syafiq atau sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, 26 ada berkongsi foto terkininya itu di Instagram.
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang ke-25, pelakon Sofea Jane ada berkongsi foto kenangannya bersama suami tercinta, Datuk Meor Azman Mohamed di Twitter.
Mendirikan rumah tangga pada 9 September 1995 lalu, pasangan tersebut hidup harmoni bahagia bersama empat orang cahaya mata.
Jarang berkongsikan sisi peribadinya sekeluarga, ternyata perkongsian yang dibuat bintang filem Sayang Salmah ini ‘memancing’ perhatian wargamaya.
Lalu, rata-ratanya mengucapkan tahniah buat Sofea dan mendoakan agar dia sekeluarga hidup bahagia sampai bila-bila.
Sehingga kini, ciapan bergambar yang dimuat naik Sofea sudah pun mendapat hampir 30,000 tanda suka bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Terdahulu, Sofea yang kini mencecah usia 48 tahun mulai dikenali menerusi beberapa barisan filem yang dilakonkan selain turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 1993.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon tersohor Hollywood, Demi Moore, diumumkan sebagai wanita paling cantik dunia tahun 2025 oleh majalah antarabangsa People, susulan kejayaan cemerlangnya menerusi filem The Substance.Pelakon...