Sekulasi melibatkan pelakon, Intan Najuwa yang kini dikatakan tidak lagi berkongsi foto bekas tunangnya yang juga merupakan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli di media sosial menjadi perhatian kebelakangan ini.

Seakan memberi respon mengenai khabar angin tersebut, Intan dalam status di Insta Story memaklumkan mereka sebenarnya sudah lama membuat haluan masing-masing.

“Bukannya Saya Tiada Kerja Lain Nak Buat,” – Intan Najuwa Dedah Sudah Putus Lagi, Zul Ariffin Nafi Jadi Punca

Dalam pada itu, timbul pula cerita lain yang mendakwa aktor, Zul Ariffin sebagai orang ketiga.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Zul mendedahkan dia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut sehinggalah pihak media yang bertanyakan kepadanya.

“Bukannya Saya Tiada Kerja Lain Nak Buat,” – Intan Najuwa Dedah Sudah Putus Lagi, Zul Ariffin Nafi Jadi Punca

“Bukannya Saya Tiada Kerja Lain Nak Buat,” – Intan Najuwa Dedah Sudah Putus Lagi, Zul Ariffin Nafi Jadi PuncaLantaran itu, Zul tanpa berselindung menafikan mengenai dakwaan tersebut selain turut menganggap banyak lagi perkara lain yang harus dia fokuskan ketika ini.

IKLAN

“Saya pun baru tahu bila anda (wartawan) semua bagi tahu saya. Saya pun tak tahu menahu pasal ni. Takda maknanya saya nak jadi punca.

“Bukannya saya tiada kerja lain nak buat. Ada banyak lagi kerja yang nak kena saya uruskan.

“Nak kata saya punca saya pun tak tahu apa-apa. Saya rasa isu yang lepas pun fasal drama. Kemudian, ada pula cerita-cerita lain.

“Saya pun takda baca details pasal hal ni. Nak kata sah putus atau apapun saya tak tahu.

“Kalau orang dah cakap macam tu, saya boleh buat apa. Saya pun takda kena mengena,” katanya kepada MH.

IKLAN

Zul ditemui media pada tayangan perdana filem Penunggang Agama yang berlangsung di E-Curve, Mutiara Damansara pada Isnin.

“Bukannya Saya Tiada Kerja Lain Nak Buat,” – Intan Najuwa Dedah Sudah Putus Lagi, Zul Ariffin Nafi Jadi Punca

“Bukannya Saya Tiada Kerja Lain Nak Buat,” – Intan Najuwa Dedah Sudah Putus Lagi, Zul Ariffin Nafi Jadi PuncaDitanya mengenai perasaannya apabila sering kali dikaitkan dengan isu sebegini, Zul memberitahu, dia sebenarnya sudah lali untuk berdepan dengan situasi seperti ini kerana menyifatkan ini bukan kali yang pertama.

“Saya ni selalu dikaitkan dengan macam-macam. Semua hal diorang kait pasal saya.

IKLAN

“Sebenarnya tak kesah pun. Saya rasa ini pun bukan kali pertama orang bercakap pasal saya mengenai perkara-perkara sedemikian.

“Tiada hal bagi saya. Suka hati merekalah,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Penunggang Agama merupakan sebuah filem seram thriller arahan, Syafiq Yusof yang mengetengahkan mengenai isu individu-individu yang mengambil kesempatan terhadap agama untuk memanipulasi orang lain.

“Bukannya Saya Tiada Kerja Lain Nak Buat,” – Intan Najuwa Dedah Sudah Putus Lagi, Zul Ariffin Nafi Jadi Punca “Bukannya Saya Tiada Kerja Lain Nak Buat,” – Intan Najuwa Dedah Sudah Putus Lagi, Zul Ariffin Nafi Jadi Punca

Selain Zul, filem ini turut dibintangi pelakon lain antaranya, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Datuk Jalaludin Hassan, Salina Saibi dan ramai lagi.

Filem Penunggang Agama boleh ditonton di pawagam rumah anda menerusi saluran Astro First, bermula 25 Mac ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI