Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat individu yang membantu pengasas kosmetik sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat sehingga dia berjaya meloloskan diri ke Thailand.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan memetik Harian Metro berkata, jika benar terdapat maklumat mengatakan dia dibantu individu bagi membolehkan dirinya berjaya bolos hingga ke Thailand, pihak polis akan menjalankan siasatan.
Menurutnya, siasatan dan maklumat itu nanti juga akan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menentukan kaedah supaya sempadan tidak mudah dibolosi.
“Kita tidak mahu lagi kejadian yang berlaku kepada Nur Sajat yang berjaya bolos di sempadan negara bolos (berulang) lagi.
“Jadi hasil siasatan dan maklumat itu akan diberi kepada pihak berkuasa di sempadan bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.
Abd Jalil berkata, walau sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga seperti yang berlaku ke atas Nur Sajat.
“Dia sudah dituduh oleh pihak berkuasa Thailand atas akta imigresen namun dia memohon taraf pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Ads
“Mereka sedang berusaha membolehkan dia (Nur Sajat) dianggap pelarian di Thailand,” katanya.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha bersama pihak Kementerian Luar Negeri dan pejabat Peguam Negara untuk proses membawa pulang Nur Sajat.
“Terpulang kepada pihak berkenaan memberi kuasa kepada kita bagi membolehkan dibawa pulang melalui proses undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
“Kita nasihatkan dia kalau dia dengar berita ini kita minta dia pulang dengan cara baik untuk berhadapan kes yang perlu dilaluinya,” katanya.
Ads
Terdahulu, akhbar sama melaporkan, misteri ‘kehilangan’ usahawan tersebut kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.
Untuk rekod, Nur Sajat, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen jam 6 petang (waktu Thailand).
Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Usahawan kosmetik itu bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.
Ads
Bagaimanapun, dia kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.
Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan, bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia.
Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar Perlis, sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand.
Nur Sajat kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya itu sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.
Dia yang pernah muncul menerusi single, Makhluk Penggoda itu difahamkan turut menggunakan nama popular terbaharunya, Bella.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, 48, akhirnya mendedahkan dia sudah pun dilamar seseorang untuk menjadi teman hidup.
Nora, 48, yang juga balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu memetik Awani menjelaskan, lelaki yang mahu memperisterikan beliau itu merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal.
“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.
“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya.
Sebelum ini, timbul dakwaan yang kononnya penyanyi Hanya Satu itu dan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bernikah di selatan Thailand.
“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.
“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.
“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” akuinya lagi.
Nora turut menambah, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.
“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,” jelas Nora yang turut memaklumkan, keluarga di sebelahnya dan Allahyarham Johan turut sependapat sekiranya ada lelaki yang serius untuk memperisterikannya, elok sahaja dipertimbangkan.
Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Johan, bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019 lalu.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nur Risteena menzahirkan rasa bangga dengan usaha yang telah ditunjukkan suaminya yang juga pelakon, Isa Khan dalam mendalami ilmu bacaan Al-Quran.
Jelas Risteena, suaminya itu dilihat begitu bersemangat mengikuti kelas mengaji secara atas talian sejak sejak awal pagi lagi.
“Saat ramai masih tidur sesudah subuh, suami saya pilih untuk mengaji Al-quran sambil video call dengan ustaz untuk pastikan bacaan yang dibaca itu betul.
“Semangat bangun seawal pagi untuk solat tahajud dan solat sunat sehingga subuh dan terus mengaji. Nak kumpul pahala di bulan Zulhijjah ni katanya,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan pelakon drama Bukan Di Kota Langit itu menerusi Instagram buat tatapan umum.
Dalam pada itu, Risteena turut memaklumkan Isa sebaiknya cuba untuk memanfaatkan kehadiran bulan Zulhijjah ini dengan melakukan pelbagai ibadah sunat.
“Puasa taknak tinggal 10 hari. Inilah suami saya. So proud to share this because I’m blessed to have you as my husband. Semoga Allah merahmatimu suami, dan mudahkan segala urusan awk sayang @theisakhan.
“Sayang sangat kat dia! Esok hari jadi dia.
Nak bagi present apa eh?,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang bangga selain mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
“Alhamdulillah. Good for him. Especially for you. Moga istiqomah.
“Amin. Semoga dipermudahkan segalanya.
“Alhamdulillah. Beri kopiah pun okay tanda menghargai dan semangat pada suami.
“Semoga istiqomah. Moga awak juga boleh menjadi isteri solehah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Risteena dan Isa mendirikan rumah tangga pada tanggal 12 Mac 2021 yang lalu.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!