Aishwarya Rai sekali lagi membuktikan dirinya masih lagi seorang pelakon hebat apabila berjaya menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik di International Indian Film Academy Awards (IIFA) Utsavam 2024.
IIFA Utsavam merupakan majlis anugerah yang mengangkat karya-karya filem dalam bahasa Malayalam, Tamil dan Telugu, berbeza dengan IIFA yang mengangkat karya berbahasa Hindi.
Kemenangan Aishwarya sebagai Pelakon Wanita Terbaik filem berbahasa Tamil adalah menerusi lakonan hebatnya dalam filem berunsur sejarah iaitu Ponniyin Selvan II.
Peranannya dalam Ponniyin Selvan II menyaksikan dia berkongsi skrin dengan pelakon lain yang juga luar biasanya bakatnya, termasuk Vikram, Karthi, Jayam Ravi dan Trisha.
BACA JUGA: Rani Mukerji & Shah Rukh Khan Gondol Anugerah Pelakon Terbaik IIFA 2024
Drama bersejarah ini merupakan sekuel ini mengukuhkan lagi statusnya sebagai salah seorang pelakon India yang serba boleh, menggabungkan keanggunan dan keseriusan dalam memegang sebagai Nandini.
Saat menerima anugerah tersebut, bintang berusia 51 tahun itu cukup anggun mengayakan busana jaket labuh rona hitam dan bersepuh dengan sulaman benang emas rekaan Manish Malhotra.
Terkenal dengan kecantikan semula jadi, solekannya pula tampil segar yang diserlahkan dengan bibir merah menyala dan dipadankan dengan rambut lurus mengurai.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan