Pelakon Intan Najuwa mengakui dia dan suami, Datuk Ahmad Asraf Azman belum memikirkan mengenai perancangan bulan madu dalam masa terdekat susulan tuntutan kerja yang perlu diselesaikan.
Malah Intan atau nama sebenarnya, Najuwa Abdul Wahid turut menjelaskan, suaminya yang juga ahli perniagaan tidak pernah menghalangnya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
“Soal bulan madu belum lagi sebab selepas ini saya akan terus bekerja dan suami juga terikat dengan jadual kerja yang padat.
“Setakat ini bagi saya sama sahaja, tiada beza ketika belum berkahwin atau sebaliknya. Karier tetap karier dan Asraf pun tak pernah menghalang kerjaya saya… dia sangat supportive dan memahami,” katanya kepada MH.
Intan pada masa sama akui dia dan suami tidak merancang soal cahaya mata.
“Kami tidaklah merancang, kalau ada rezeki kami okay. Anytime kita pun sudah bersedia (untuk berkeluarga),” katanya lagi.
Terdahulu, Intan dan Datuk Ahmad Asraf selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri di dalam majlis raja sehari yang penuh eksklusif di One & Only Desaru Coast, Johor, pada Jumaat.
Dalam pada itu, bintang drama Jesnita ini berkongsi momen awal perkenalannya bersama suami yang dikenali menerusi rakan-rakan.
“Sebenarnya perkenalan kami tiada yang istimewa pun pertemuan pertama kita… kawan baik suami juga sebenarnya merupakan kawan saya juga.
“Ia lebih kepada ‘mutual friend’. Bila berjumpa bertegur sapa tetapi tak tahu pula sampai sangkut (terpikat),” seloroh Intan yang mendedahkan hubungan mereka mulai terjalin sejak setahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini