Pelakon, Puteri Aishah yang kini sudah bergelar isteri berkongsi momen ketika sedang berbulan madu bersama suaminya, Muhammad Firdaus di London, United Kingdom.
Pemilik nama lengkap Puteri Aishah Sulaiman ini telah berkongsi momen manis itu bersama peminat menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik akaun Instagram miliknya.
Senyuman kegembiraan jelas terukir di wajah pelakon berusia 27 tahun ini ketika meluangkan masa bersama suaminya di sekitar kota tersebut sambil menikmati momen indah bersama.
Malah, pasangan sama cantik sama padan ini kelihatan turut berkongsi foto ketika berada di sekitar kawasan roda feris terkenal dan terbesar di Eropah, iaitu ’The London Eye’.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan buat pelakon drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim itu.
“Enjoy your honeymoon Put,” tulis seorang warganet.
“put nampak happy sgt,” tulis peminat.
Ads
“Take care you .. happy honeymoon,” titip lagi seorang wargamaya.
“Cantiknya put!! Enjoy your trip sana. Saya sejujurnya cemburu. Sekian,” komen seorang peminat di ruangan komen berkenaan.
Ads
Sekadar informasi, Puteri mendirikan rumah tangga bersama Firdaus pada tanggal 21 November lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang aktif melakukan aktiviti riadah serta bersukan seperti berbasikal, kick boxing dan latihan gimnasium.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Siti memaklumkan dia baru sahaja selesai memperbaharui lesen menembak.
Malah, penyanyi lagu Anta Permana ini juga telah menyertai pertandingan menembak amal yang dianjurkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.
“Semalam perbaharui lesen menembak dan pertandingan menembak amal. Bila dapat arahan kena tembak (license plate merah) dari Tuan OCPD, saya pun menurut perintah tuan,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan itu juga, Siti dilihat berjaya menembak tepat ke arah sasaran.
Bagaimanapun, Siti reda menerima keputusan meskipun tewas ditangan pasukan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Tidak patah semangat, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berazam untuk cuba menewaskan suaminya itu pada masa akan datang.
“Tapi tak boleh lawan Dato K la. Team dia menang semalam. Ada lagi waktu kita boleh lawan balik,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain menyifat Siti sebagai yang serba boleh.
“Kak Iti power gila.
“Hebatnya Tok Ti. Apa sahaja yang dia tak boleh buat?
“Okay hebat. Empat plate jatuh. Bukan biasa-biasa ni.
“Menembak pun lawa. Penat la kita macam ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan isu membabitkan waktu kerja pemain industri seni lakonan yang dikatakan ada mencecah sehingga 20 jam sehari, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor turut berkongsi pandangannya mengenai perkara tersebut.
Menurut Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin, 56, selaku penerbit dia sudah lama mengamalkan tempoh waktu bekerja paling maksimum selama 12 jam sehari sahaja.
Mempunyai syarikat penerbitan, Suhan Movies yang ditubuhkannya sejak 20 tahun lalu, Rosyam berkata tempoh masa lebih 20 jam sehari sudah tidak bersesuaian kerana setiap manusia mempunyai limitasi selain perlukan waktu rehat yang mencukupi agar kekal bertenaga di set penggambaran.
“Saya pernah kerja 48 jam tanpa henti tapi tak bising pun… Tapi itu dulu.
“Untuk perubahan industri itu, saya rasa dah kena hadkanlah, bukan 20 jam dah lah. Zaman dah berubah.
“Kalau (syarikat produksi) saya, paling lambat pun 12 jam. Kalau dah lebih 13, 14 jam, memang saya dah bising dah,” katanya kepada MH.
Rosyam ditemui pada majlis penerimaan Anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) – First 24 Hours Upscale Wholesale Market dan pelancaran jualan gudang ST Rosyam Mart di cawangan Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rosyam berkata hal ini boleh diselesaikan dengan mengambil kira toleransi daripada kedua-dua pihak iaitu pelakon dan juga syarikat produksi.
“Mungkin ada sebablah 20 jam itu, mungkin nak habiskan ke (waktu penggambaran)… saya tak tahu sebab saya tiada dalam situasi itu, saya tak boleh komen banyak.
“Tapi kalau boleh janganlah buat sampai 20 jam, tak laratkan. Ini atas dasar kehendak, persetujuan kedua belah pihak, kalau rasa dia (pelakon) tak boleh buat macam itu, baliklah.
“Zaman saya dulu lain, zaman susah… boleh kerja 48 jam, tiada gaji tambah pun tapi kami happy sahaja,” katanya lagi.
Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa tidak puas hati apabila pelakon didakwa terpaksa bekerja selama 20 jam kerana ada segelintir produksi mahu menjimatkan kos penerbitan drama atau filem.
Sementara itu, Rosyam melihat pengiktirafan daripada MBOR sebagai satu pembakar semangat buat ST Rosyam Mart terus berkembang maju dan telah menetapkan misi untuk mendirikan lagi 15 buah pasar raya di sekitar Lembah Klang menjelang penghujung tahun 2023.
“Setakat ini kami sudah mempunyai lima ST Rosyam Mart dan InsyaAllah pada hujung tahun ini, misi kami untuk mempunyai 20 cawangan di sekitar Lembah Klang.
“Bersempena penganugerahan daripada Malaysia Book of Records ini juga, pihak kami menganjurkan jualan gudang selama tiga hari di ST Rosyam Mart cawangan Shah Alam, yang mana menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus untuk barangan terpilih,” kata Rosyam lagi.
Untuk makluman, cawangan pertama ST Rosyam Mart terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur yang dibuka pada 1 June 2018.
Setakat ini, ia sudah mempunyai empat cawangan lain iaitu di Shah Alam, Sungai Buloh, Taipan dan USJ 9, Subang Jaya.
Cawangan terbaharu bakal dibuka di Taman Ehsan, Kepong pada 1 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Scha Elinnea mengalami jangkitan kuman pada bahagian mata kirinya dua hari lalu gara-gara mengenakan kanta lekap melebihi tempoh kebiasaan.
Kata Scha, beberapa komitmen seninya juga terpaksa ditangguhkan kerana masalah yang dialami.
Bagaimanapun, bintang drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini menzahirkan rasa syukur selepas keadaan mata kirinya kini beransur pulih.
“Sejujurnya saya memang alami masalah rabun dan lazimnya, saya lebih selesa mengenakan kanta lekap berbading memakai kaca mata.
“Namun ketika mengikuti satu kelas lakonan baru-baru ini, mata kiri saya seakan berdenyut-denyut dan rasa sakit. Bila buka kanta lekap, air mata terus keluar.
“Lalu saya lakukan pemeriksaan dan doktor memberitahu ada jangkitan pada bahagian mata kiri.
“Jelasnya, jika rasa sakit masih lagi berterusan dalam tempoh tiga hari selepas rawatan, saya disarankan untuk ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut.
“Alhamdulillah, semuanya sudah okay dan saya sudah mula bekerja macam biasa,” katanya.
Mengakui kurang memberi perhatian terhadap soal penjagaan mata sebelum ini, pelakon berusia 21 tahun ini mulai peka dan tidak mahu lagi ambil sikap sambil lewa.
“Nasihat saya, kalau tidak ada hal yang penting tidak perlulah mengenakan kanta lekap kalau tidak boleh menjaganya dengan baik.
“Bimbang kerana hal itu mungkin boleh beri kemudaratan kepada si pemakai.
“Paling penting, pastikan anda mengenakannya mengikut masa yang disarankan selain menjaga kebersihan tangan serta kanta lekap sebaiknya,” akhiri Scha.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!