Umum mengetahui, Inteam merupakan antara kumpulan nasyid yang mempunyai pengaruh besar didalam industri seni tanah air.
Malah, lagu-lagu mereka juga masih malar segar sehingga hari ini.
Terbaru, menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok, Inteam nyata telah menarik perhatian ramai apabila mereka dilihat membuat satu persembahan khas bersama bekas anggota kumpulan tersebut, Suhaimi Saad di majlis perkahwinan pengurus mereka.
Inteam serta Suhaimi terlah bergabung untuk menyanyikan lagu hits kumpulan tersebut, Impian Kasih.
@inteam_officialImpian kasih LIVE di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ni berlima😍😍😍. Cuba teka kami berduet dgn siapa😍😍
“Impian Kasih live di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ini berlima,” tulis pengendali akaun tersebut.
Gabungan tersebut nyata membuatkan peminat mengenang kembali nostalgia sewaktu zaman kegemilangan Inteam yang popular sejak tahun 2000.
Ads
Dalam pada itu, mereka turut memuji kemerduan vokal Suhaimi yang dikatakan tidak berubah sehingga hari ini.
Meninjau di ruagan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja sehingga ada yang mencadangkan supaya Suhaimi kembali menganggotai kumpulan Inteam.
“Bumi rata pun ratalah. Saya minat suara dia. Best. Harap dapat bersama kembali.
“Wow, sungguh mengimbau nostalgia zaman UIAM.
Ads
“Suhaimi, saya memang minat suara dia. Pendapat dia yang bukan-bukan tu, saya malas ambil tahu.
“Suara Suhaimi lemak merdu.
“Suara Suhaimi masih pada macam dulu-dulu,” antara komen-komen netizen.
Ads
Sekadar informasi, Suhaimi merupakan anggota asal Inteam namun, memutuskan untuk keluar daripada kumpulan tersebut pada tahun 2005 bagi menuruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Suhaimi kerap menjadi perhatian warga net gara-gara sering memberikan kenyataan kontroversi seperti menyatakan bumi berbentuk landai dan bukannya bulat.
Malah, dia juga turut memberhentikan persekolahan anak-anaknya dan mengajar mereka sendiri di rumah kerana tidak percaya dengan sistem pembelajaran di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Inteam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tak sampai tempoh 24 jam sejak ia mula dimuat naik di laman YouTube, muzik video single terbaharu penyanyi terkenal Korea Selatan, Psy berjudul That That pantas meraih hampir 30 juta tontonan.
That That merupakan single terbaharu Psy atau nama sebenarnya, Park Jae Sang, 45, di mana dia berkolaborasi bersama ahli kumpulan BTS, Suga yang juga bertindak selaku penerbit serta pencipta lagu tersebut.
Malah MV lagu tersebut menjadi trending di seluruh dunia yang mana rata-rata netizen mereka merindui sentuhan terbaharu Psy selepas lagu fenomenanya, Gangnam Style yang pernah mengegarkan industri hiburan pada tahun 2012.
Ini merupakan single pertama Psy selepas hampir lima tahun merehatkan diri dalam industri.
Bercerita lanjut mengenai kolaborasi tersebut, Psy berkata Suga atau nama sebenarnya Min Yoongi, 29, ada mendekatinya tahun lalu dan memberikannya demo lagu yang dirasakan sangat bagus untuk diterbitkan.
“Suga ada datang beritahu dia ada buat lagu baharu dan bila saya dengar, melodinya memang sangat bagus.
“Bila saya tengok dia (Suga), saya menjadi lebih terinspirasi,” katanya.
Sementara itu, Suga berkata dia tidak menjangkakan akan turut menyanyi lagu tersebut sehingga kemunculannya dalam karya berkenaan turut disambut baik seluruh fandom BTS yang digelar Army.
“Secara jujurnya, saya tidak pernah semesra ini dengan mana-mana artis yang pernah saya buatkan lagu untuk mereka… sebab saya tidak akan berjumpa mereka secara berdepan.
“Tapi lain halnya dengan Psy, dia yang mahu berjumpa dengan saya terlebih dahulu.
“Saya pun tak jangka akan menari bersama Psy dalam muzik video tersebut… saya ingat saya hanya menulis melodi dan lirik lagu itu sahaja,” kata Suga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Psy, Suga
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor tubuh sasa, Zul Ariffin mengakui dia ada menyimpan hasrat untuk melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah andai sudah sampai seru buatnya untuk mendirikan rumah tangga.
Tambah bintang berusia 33 tahun ini lagi, meski sehingga kini dia masih belum mempunyai teman istimewa, Zul bagaimanapun sudah bertanya terhadap beberapa rakan selebriti perihal prosedur andai nikah di tanah suci
“Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.
“Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh,” katanya seperti yang dipetik BH Online.
Pada masa sama, hero filem Misteri Delaila ini juga memberitahu andai impiannya menjadi kenyataan, majlis resepsi tetap dilangsungkan di Malaysia.
“Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang.
“Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama,” kongsi Zul.
Sementara itu apabila bercakap dengan lebih terperinci mengenai soal jodoh, Zul tidak mahu lagi merancang, bimbang andai tak menjadi.
“Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi.
“Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya.
“Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan,” jelas Zul.
Foto: Instagram Zul Ariffin, Sumber : BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Sri Petaling, pada Khamis.
Menurut PU Riz, 26, sumbangan projektor dari LUMOS Malaysia itu adalah untuk kegunaan pelajar tingkatan lima di sekolah berkenaan.
“Alhamdulillah, usaha ini dapat juga direalisasikan. Kalau ikutkan sudah lama nak berikan projektor ini, tapi memandangkan sekolah belum dibuka, jadi ia tergendala. Sekarang, pelajar sudah kembali ke sekolah, jadi saya berasakan ini waktu sesuai.
“Dengan adanya projektor ini, sedikit sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini terutama pada adik adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.
PU Riz yang juga guru sementara di sekolah tersebut pada masa sama akui gembira dan bersyukur dapat melunaskan tanggungjawab itu.
“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab juga buat saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada.
“Jadi, apabila saya mewujudkan perkara ini, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya ada juga peninggalan berharga buat saya pada sekolah ini.
“Dalam masa sama, saya turut menghargai bantuan diberikan pihak LUMOS Malaysia kerana bersama-sama dalam merealisasikan perkara ini. Semoga sumbangan kecil ini akan memberi manfaat kepada semua,” katanya.
Perkara sama turut dikongsikan PU Riz menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Penampilan terkini steri kepada pengacara, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menjadi sorotan di media sosial apabila dipercayai tampil dengan imej tidak bertudung di media...