Pengurus produksi yang juga suami kepada pelakon Elisya Sandha, Uzair Haqimy meluahkan dedikasi indah kepada keluarga kecilnya.
Menerusi video yang dimuat naik menerusi Instagram, bapa berusia 26 tahun itu menyifatkan pengorbanan Elisya saat melahirkan anak sulung mereka, Bunga El Haq sebagai sesuatu yang cukup bermakna.
View this post on Instagram
“Untuk anak sulung Daddy, @bungaelhaq pengorbanan Mummy you tidak ternilai. Satu hari nanti bila Bunga dah besar, jangan sesekali tinggi suara dan tak hormat Mummy.
“Bunga dan Daddy takan mampu balas apa yang Mummy buat untuk kita 18/6/22 tahu. What ever happens, family comes first. What ever happens in the future, Mummy comes first okay anak Daddy,” tulisnya sambil disusuli emoji ‘love’.
Uzair pada masa sama turut mencoretkan rasa cintanya buat Elisya.
View this post on Instagram
“Untuk Isteriku, @elisyasandhaofficial i nak you tahu yang i was there next to you the whole time. I nak you tahu yang i saw everything from the start. I nak you tahu yang i takan lupa apa yang jadi dalam tu.
“Kita je tahu. I sayang you B, i sayang you sangat. Kekuatan you pada 18/6/22, tak semua orang mampu hadap. “Janji anak i selamat sayang”. I owe you and Bunga my life,” tulisnya bersyukur.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama tumpang gembira dengan perkongsian yang dibuat.
Malah ada yang turut menitipkan doa yang baik-baik buat mereka sekeluarga.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu dan permata hati mereka pula dilahirkan pada 18 Jun 2022.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI