Penyanyi rap, Bunga Isme meleraikan teka-teki apabila dia akhirnya mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri pada 2023.
Memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh perkahwinan, Bungaisme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari memaklumkan majlis tersebut telah diadakan secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
“Alhamdulillah, kami sudah pun berbincang mengenai perkara ini. Ya, kami sudah berkahwin dan segala urusan telah dipermudahkan.
“Pernikahan itu telah berlangsung pada tahun 2023 selepas saya menamatkan pengajian. Majlis itu dibuat secara ‘intimate’ dan sebagai memori buat kedua-dua buah keluarga,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Intan Payung itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Warner Music Fest yang berlangsung di The Majapahit, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ditanya mengapa memilih untuk tidak berkongsi tentang perkahwinan, Bunga memaklumkan keputusan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan pihak keluarga.
Ads
“Rezeki itu datang lebih awal. Saya pun tak pernah menjangkakannya. Namun, saya juga menghormati keputusan keluarga daripada kedua-dua belah pihak.
“Kami memang merancang untuk tidak terlalu menghebahkan mengenai perkahwinan ini. Kami mahu hubungan ini lebih senang dan tenang untuk menjalani kehidupan seterusnya.
“Kami bukan nak berahsia tapi kami ingin dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini. Saya ada juga memuat naik gambar bersama untuk maklumkan kepada orang ramai secara tidak langsung,” ujarnya lagi.
Berkahwin pada usia muda, Bunga mendedahkan dirinya percaya dengan aturan Allah SWT.
Ads
“Jika nak bercakap soal berkahwin di puncak kerjaya, saya sangat percaya dengan rezeki Tuhan. Bila rezeki sudah sampai, kita jalankan sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Bunga turut memaklumkan dirinya eggan terlalu memikirkan tanggapan orang luar terhadap perkahwinannya itu
“Terpulang kepada orang luar untuk berikan pendapat. Bagi saya, yang mana tahu dan faham dengan hubungan kami, biarlah kekal sebegitu.
“Saya tidak berasa apa-apa jika bagitahu atau tidak tentang perkahwinan ini. Setiap orang ada pandangan dan pendapat. Saya biarkan sahaja,” katanya lagi.
Ads
Pada masa sama, Bunga juga tidak menolak seandainya dikurniakan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat.
“Saya dan suami masih belum merancang kerana kedua-duanya sedang fokus pada kerjaya. Kalau rezeki itu datang lebih awal, kami terima,” akhirinya.
Pada April lalu, status hubungan Bunga menjadi tanda tanya peminat apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama vokalis kumpulan Razqa iaitu Amzar Sabri meraikan 1 Syawal.
Bunga bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan hal demikian dan berkata akan berkongsi mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Bunga Isme & Amzar Sabri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui banyak dugaan di sekelilingnya tatkala bergelar selebriti berhijab yang sudah kukuh namanya dalam industri hiburan.
Menerusi Youtube Official Ria X dalam slot Chit-Chat with Michael Ang, Nana ada berkongsi antara dugaan yang menimpanya sepanjang bergelar anak seni.
“Godaaan yang datang pada saya bukan kecil, bila dah jadi seorang selebriti berhijab ni, orang selalu pandang.
“Dugaan bila berlakon, kena jaga batas antara lelaki dan perempuan, apabila masuk waktu (solat), kena ambil wuduk dulu siap-siap, baru makeup, lepas itu, tahan supaya tak minum air utk masuk waktu (solat) seterusnya,” kongsi Nana yang memulakan hijab pada tahun 2011.
Bagaimanapun, Nana akui bahawa dia juga menerima dugaan dalam fesyen di kalangan rakan artis.
“Kadang-kadang, bila tengok orang lain pakai baju tu saya puji cantik baju dia, tapi saya tak boleh pakai macam tu sebab saya ni seorang yang berhijab,” jujur Nana yang popular dengan drama bersiri Dia Semanis Honey.
Kongsi Nana yang popular dengan lagu Hatiku Milikmu, ketika berada di set pengambaran, cuaca juga memainkan peranan dalam menduganya yang berhijab.
“Bila shooting tengah panas, saya kena pakai baju berlapis. Tapi itulah ibadah kita, pakai tudung masa keluar rumah.
“Pakai tudung tutup aurat wajib, bagi saya tak ada pilihan untuk buka tudung bila dah popular ke apa,” tegas juara Gegar Vaganza musim ke-2 itu.
“Iman kita ni turun naik, jadi kita kena suburkannya sekurang-kurangnya dengar ceramah di Youtube selama satu jam setiap hari. Kita dahulukan Allah sebelum dahulukan org lain,” akhiri Nana.
Video : Youtube Official Ria X
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Juri tetap program Famili Duo 3 (FD3), Mas Idayu akui agak sukar buat dirinya untuk menukar karakter menjadi lebih lembut ketika memberikan kritikan buat peserta yang bertanding.
Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, para peserta bakal mendapat input yang lebih bagus sekiranya dia menjadi diri sendiri.
“Saya masih mencuba sebenarnya tapi macam tak jadi sahaja. Namun, bila saya berkelakuan begitu, ia kelihatan saya seperti menjadi orang lain.
“Di depan itu adalah adik-adik dan kawan-kawan saya dan saya tak mahu perkara musim lepas berlaku lagi. Tapi kalau saya jadi diri sendiri, ia lebih baik buat para peserta,” katanya kepada MH.
Penyanyi yang terkenal menerusi genre dangdut itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media FD3 yang berlangung pada Ahad.
Katanya lagi, dia juga bimbang para peserta bakal mengulangi kesilapan sama sekiranya dia berlembut dalam memberikan kritikan.
“Ada orang yang boleh menerima kritikan pedas dan ada yang tak boleh. Jadi, saya cuba berikan kritkan agar semua orang boleh dengar.
“Namun, saya rasa ia agak sukar sedikit buat ketika ini. Kalau saya sudah berikan kritikan dan peserta masih main-main lagi, darah saya boleh naik. Kesabaran pun boleh hilang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mas Idayu turut menegaskan setiap kritikan itu adalah berdasarkan pengalan sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.
“Jangan persoalkan sama ada juri itu bagus atau tidak. Kalau anda rasa diri anda bagus, jangan masuk pertandingan dan terima kritikan.
“Jadi sahaja diri sendiri. Duduk dan tunggu sahaja orang undang buat persembahan. Bila anda pilih nak masuk pertandingan, saya kakak dan anda adalah adik. Dengarlah cakap kakak.
“Sepanjang 35 tahun, saya sudah lalui macam-macam. Zaman kami dulu tiada cikgu. Kami belajar sendiri. Saya dan ajar berikan komen berdasarkan pengalaman,” akhirinya.
Terdahulu, Mas Idayu dan komposer terkenal, Ajai sekali lagi dipertanggungjawabkan menjadi juri tetap FD3.
Program ini diacarakan gandingan pengacara Izzue Islam dan Janna Nick.
Program Famili Duo 3 ditayangkan secara langsung di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Krew dan tenaga kerja yang terlibat di belakang tabir juga memainkan peranan penting kepada sesebuah syarikat produksi untuk menjayakan sesebuah drama ataupun filem misalnya.
Bagaimanapun, sektor kreatif ini masih lagi belum dibenarkan beroperasi sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang dilaksanakan pihak kerajaan bagi menangani penularan wabak Covid-19.
Sebagai seorang pelakon yang peka dan prihatin, rakan artis dilihat mulai memuat naik posting yang menggunakan hashtag #ApaKhabarAnakSeni khusus bagi mengeratkan hubungan dan bertanya khabar
Pada masa sama, bintang drama bersiri Love Elsa turut meluahkan rasa rindu untuk kembali bekerja di set pengambaran bersama krew produksi.
“Apa khabar anak seni? Anak seni bukan sahaja yang berada di hadapan kamera, tapi mereka yang di belakang tabir yang menjayakan sesebuah produksi.
“Apa khabar kalian semua? Semoga pandemik ini berlalu pergi dan kita dapat bekerja semula seperti biasa.
“Salam rindu untuk semua anak seni yang Yana pernah berkerja bersama. Semoga sentiasa berada dalam pelukan Allah #ApaKhabarAnakSeni,” tulisnya.