Penyanyi rap, Bunga Isme meleraikan teka-teki apabila dia akhirnya mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri pada 2023.

Memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh perkahwinan, Bungaisme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari memaklumkan majlis tersebut telah diadakan secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

“Alhamdulillah, kami sudah pun berbincang mengenai perkara ini. Ya, kami sudah berkahwin dan segala urusan telah dipermudahkan.

“Pernikahan itu telah berlangsung pada tahun 2023 selepas saya menamatkan pengajian. Majlis itu dibuat secara ‘intimate’ dan sebagai memori buat kedua-dua buah keluarga,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Intan Payung itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Warner Music Fest yang berlangsung di The Majapahit, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ditanya mengapa memilih untuk tidak berkongsi tentang perkahwinan, Bunga memaklumkan keputusan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan pihak keluarga.

Ads

“Rezeki itu datang lebih awal. Saya pun tak pernah menjangkakannya. Namun, saya juga menghormati keputusan keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

“Kami memang merancang untuk tidak terlalu menghebahkan mengenai perkahwinan ini. Kami mahu hubungan ini lebih senang dan tenang untuk menjalani kehidupan seterusnya.

“Kami bukan nak berahsia tapi kami ingin dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini. Saya ada juga memuat naik gambar bersama untuk maklumkan kepada orang ramai secara tidak langsung,” ujarnya lagi.

Berkahwin pada usia muda, Bunga mendedahkan dirinya percaya dengan aturan Allah SWT.

Ads

“Jika nak bercakap soal berkahwin di puncak kerjaya, saya sangat percaya dengan rezeki Tuhan. Bila rezeki sudah sampai, kita jalankan sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Bunga turut memaklumkan dirinya eggan terlalu memikirkan tanggapan orang luar terhadap perkahwinannya itu

“Terpulang kepada orang luar untuk berikan pendapat. Bagi saya, yang mana tahu dan faham dengan hubungan kami, biarlah kekal sebegitu.

“Saya tidak berasa apa-apa jika bagitahu atau tidak tentang perkahwinan ini. Setiap orang ada pandangan dan pendapat. Saya biarkan sahaja,” katanya lagi.

Ads

Pada masa sama, Bunga juga tidak menolak seandainya dikurniakan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat.

“Saya dan suami masih belum merancang kerana kedua-duanya sedang fokus pada kerjaya. Kalau rezeki itu datang lebih awal, kami terima,” akhirinya.

Pada April lalu, status hubungan Bunga menjadi tanda tanya peminat apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama vokalis kumpulan Razqa iaitu Amzar Sabri meraikan 1 Syawal.

Bunga bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan hal demikian dan berkata akan berkongsi mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Kredit Foto: Instagram Bunga Isme & Amzar Sabri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI