
Penyanyi rap Bunga Isme mendedahkan dia sudah dirisik oleh teman lelaki, Amzar Sabri yang merupakan seorang penyanyi dan komposer pada bulan Februari lalu.
Menurut Bunga atau nama sebenar, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, walaupun hubungan yang dijalin sejak empat tahun lalu itu sudah memasuki fasa merisik namun dia dan Amzar tidak terburu-buru untuk melangkah ke alam perkahwinan dalam masa terdekat.
“Alhamdulillah, hubungan kami dah masuk fasa merisik.
“Sejujurnya saya belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan sebab saya ada banyak lagi perancangan yang hendak dibuat, antaranya seperti bisnes serta ingin lebih berikan fokus berbakti kepada keluarga dahulu.
“Saya dan kekasih pun memang kami tak nak terburu-buru sebab bila melibatkan perkahwinan ia adalah satu perkara yang sangat besar.. lagipun saya masih muda, baru berusia 23 tahun, banyak lagi perancangan yang saya nak buat sebelum menamatkan zaman bujang,” katanya kepada MH.
Bunga ditemui pada majlis Berbuka Puasa anjuran Warner Music Malaysia yang berlangsung di Ibis Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Berkongsi aktiviti di bulan Ramadan, Bunga berkata dia kini sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Pentadbiran Perniagaan tidak lama lagi.
“Sekarang ini saya menjalani intership dan lepas ini tinggal satu semester sahaja lagi. Lepas dah habis belajar, saya dah ada perancangan untuk keluarkan bisnes tudung di bawah jenama saya sendiri. Harapnya impian ini akan tercapai tidak lama lagi.
“Bercakap mengenai Ramadan, memang saya kurangkan aktiviti seni dan lebih banyak habiskan masa bersama keluarga di rumah,” ujarnya lagi.
Untuk info, Bunga merupakan penyanyi rap wanita yang dicungkil bakatnya menerusi program 16 Baris yang dianjurkan oleh Joe Flizzow pada tahun 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Buat Benda Ni Bukan Sebab Dah Mula Mengaji…,” – Beri Tips Cara Hilangkan Tekanan, Nabila Huda Saran Didik Diri Sentiasa Bersyukur

Pelakon dan pengacara, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil memberitahu ada segelintir peminatnya yang sering bertanya bagaimana menangani tekanan masalah hidup kepada dirinya.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata itu menyarankan, kepada sesiapa yang sedang berdepan situasi demikian agar menzahirkan rasa syukur dalam diri.
“Pertama sekali saya akan pejam mata kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan.
“Selepas itu saya akan senyum seikhlas hati dan apabila saya senyum tu saya akan cakap dalam hati Ya Allah tuhanku, terima kasih atas nikmat yang kau beri padaku, aku bersyukur sangat-sangat Ya Allah terima kasihlah.
“Tapi jangan lupa senyum tau. Pada saya, bila kita senyum dan ketawa dia akan hilangkan semua masalah dalam hidup kita. Walaupun masalah itu tidak selesai lagi tapi bagi saya masalah itu akan selesai.
“Bila atau bagaimana kita tak tahu tapi ia akan selesai. Apa yang penting adalah sekarang, tak akan kita nak murung sepanjang masa jadi cuba praktikan benda itu dan car aini berkesan, percayalah apa yang saya cakap ni,” katanya.
Dalam pada itu, hos rancangan Melodi ini memberitahu, langkah tersebut dipraktikkan dirinya sejak sekian lama.
Malah, bintang berusia 36 tahun ini turut mengakui adakalanya dia berasa tertekan dengan setiap masalah hidup yang pernah dihadapinya sebelum ini.
Namun, dia tidak pernah berasa benci dengan setiap masalah yang pernah dihadapinya selain menyifatkan itu sebagai satu proses menjadi dirinya lebih matang.
“Saya buat benda ni bukan sebab saya dah mula mengaji, masuk kelas agama dan sebagainya tapi dari dulu saya memang selalu buat benda ni. Pada saya, bila saya pejamkan mata saya rasa itu adalah masa untuk diri saya dengan Allah.
“Setiap orang ada masalah cuma masalah yang datang pada setiap orang itu berbeza, masing-masing ada bahagian masing-masing. Saya sudah lalui pelbagai masalah dalam hidup, kalau saya ingatkan balik ia merupakan satu kenangan untuk diri saya.
“Saya tak pernah benci masalah yang pernah berlaku dalam hidup saya sebab saya ambil benda ni sebagai untuk mematangkan diri saya. Jadi saya sentiasa bersyukur setiap masa dan hidup ini terlalu singkat jadi jangan terlalu banyak berfikirnya,” katanya lagi.
Foto: Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Lebih Kreatif,”- Suami Ayu Damit Jadi Stylist Untuk Styling Tudung, Patutlah Isteri Nampak Lawa!

Dikenali menerusi program realiti One In Million (OIAM), penyanyi Ayu Damit mula mengenakan hijab pada Jun 2015.
Menariknya, setiap fesyen dan penggayaan yang dikenakan Ayu dalam mana-mana majlis terletak di hujung jari suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin.
Ayu ketika ditemui dalam majlis Pencarian Model Miss Pink Lady pada Jumaat lepas berkata, Syed merupakan tulang belakang baginya dalam penggayaan tudung.
“Dari mula berhijab sampi sekarang dia (suami) akan pakaikan sebab dia lebih teliti nak jadikan tudung tu sesuai dengan bentuk muka,” kata Ayu.
Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit menjelaskan bahawa kreativiti dan idea yang terhasil dari suaminya adalah sumber dari fesyen para selebriti yang lain.
“Dia dapat inspirasi dari apa yang artis lain pakai macam Neelofa, Emma Maembong dan artis berhijab lain,” jelas anak kelahiran Sabah itu.
“Bukan saya tak pandai nak gaya tudung, cuma dia lebih details nak lipat dan gayakan tudung tu supaya jadi lebih menarik. Saya tahu pakai, tapi sekadar gaya biasa sahaja,” kata Ayu berseloroh.
Terdahulu, program yang diadakan di Kafe Sudirman Hotel EDC itu menampilkan enam pencarian model yang bakal merangkul gelaran juara Miss Pink Lady dan membawa hadiah bernilai RM10,000.
Penonton siaran langsung Miss Pink Lady bermula pada 1 Disember depan jam 9.00 malam dan ia boleh ditonton menerusi youtube Pink Lady TV, Facebook dan Instagram.
12 wanita terpilih dalam program terbitan iCube Studio itu akan ditempatkan di dalam sebuah banglo dan diberi tugasan untuk dinilai daripada pelbagai sudut.
Barisan 10 peserta terpilih ialah Shazreen, Hafsah, Sakina, Tasha, Alvina, Tamii, Arveina, Adeline, Fifi dan Nashra sementara dua lagi finalis akan diumumkan kemudian.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kronologi Perjalanan Anak Syurga, Baby Nishka. Damailah Di Sana…

Kehadirannya umpama embun pagi, hanya singgah sebentar menyinari dunia sebelum pergi buat selama-lamanya.
Kisah adik Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham atau lebih mesra di sapa Baby Nishka cukup dekat di hati.
Si comel ini disahkan mengidap kanser otak (Medullablastoma) tahap 4 dan ketumbuhan di buah pinggang seawal usia 21 hari.
Lebih memilukan, baby Nishka juga turut mempunyai masalah penglihatan dan terpaksa meminum susu melalui tiub.
Kisahnya mula tular selepas beberapa selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mawar Karim berkongsi penderitaan yang ditanggung di laman sosial dan memohon agar rakyat Malaysia sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga ini.
Baby Nishka merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik. Ibunya, Khairiah Kamarudin atau Kheriy merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar, Pulai Chondong, Machang.
Menurut Kheriy, dia tidak menyangka anak bongsunya mengidap penyakit kronik memandangkan dia tidak mempunyai sebarang masalah ketika mengandung sehingga proses melahirkan anak secara normal di HUSM.
Proses pembesaran yang tidak normal disedari sewaktu jururawat datang ke rumah untuk sesi lawatan selepas bersalin. Ukuran kepala sewaktu lahir 34 sentimeter menjadi 38 sentimeter hanya dalam masa 20 hari. Baby Nishka dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainah (HRPZ) Kota Bahru dan kemudian ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk ujian MRI.
Telah menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan membuang tumor di kepala. Walau bagaimanapun, hanya 30 peratus tumor berjaya dikeluarkan. Baby Nishka kritikal selepas pembedahan akibat pendarahan dan terpaksa menggunakan oksigen selama sebulan.
View this post on InstagramA post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
Baby Nishka tidak boleh melihat dan bersuara selepas menjalani pembedahan.
Walaupun telah melakukan dua kitaran kemoterapi, namun menurut ibunya, saiz tumor terus membesar.
Pada 11 September, Baby Nishka diintubated apabila mengalami (APNOEA) atau berhenti bernafas sewaktu tidur, lapan kali dalam tempoh satu jam.
View this post on InstagramA post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
Enam hari sebelum meninggal, Baby Nishka diletakkan dalam Zon Paliatif yang bermaksud tiada rawatan atau ubat untuk tujuan penyembuhan. Rawatan kemoterapi yang diberikan tidak memberi sebarang reaksi ke atas kanser dan ia semakin berkembang. Baby Nishka juga tidak dapat bernafas sendiri dan bergantung sepenuhnya dengan bantuan mesin ventilator.
View this post on InstagramA post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
Keadaan Nishka semakin tenat pada 1 Oktober 2019 apabila ketumbuhan di kepalanya membesar daripada 41 sentimeter kepada 44 sentimeter.
View this post on InstagramA post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
Menerusi Instagram usahwan Mawar Karim, anak syurga ini dikhabarkan telah meninggal dunia pada 2 Oktober 2019. Nishka menghembuskan nafas terakhir 4.30 petang di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
View this post on InstagramA post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, Bachok.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI