Pengacara dan hos televisyen senior, Datuk Aznil Nawawi atau lebih sinonim disapa Pak Nil menerusi Instagram yang dikemas kini ada berkongsi beberapa foto memorinya sepanjang kerjaya.
Foto yang merakamkan dirinya naik ke pentas untuk menerima anugerah nyata memberi 1001 memori buat bintang berusia 57 tahun itu.
“Buruk atau Baik itu masa lampau kita.
Selagi Allah beri kesempatan bernafas, bermakna Allah beri kesempatan untuk kita jadi lebih baik.
“Terima kasih pada masa lalu kerana meletakkan di mana saya kini #30TahunPaknil 1990-2020 sbg host tv,” tulisnya penuh makna.
View this post on InstagramA post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji skil pengacaraan Pak Nil selain ada yang berkongsi kisah masing-masing.
Pak Nil sebelum ini cukup dekat menerusi beberapa program misalnya Akademi Fantasia, Tom Tom Bak, Macam-Macam Aznil, Mikrofon Impian, Jangan Lupa Lirik dan banyak lagi.
Foto : Instagram Pak Nil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Nurhaliza Gembira Konsert Satu Suara Vol. 3 Full House, Turut ‘Payung’ Lagu Baru
Konsert Satu Suara Vol.3 yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada malam Sabtu ternyata meninggalkan 1001 kepuasan buat 4,000 peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Selain Siti, konsert amal itu turut dijayakan dua penyanyi yang datang dari era berbeza iaitu vokalis kumpulan Carefree, Jay Jay dan Ernie Zakri.
Usai ditemui sebaik selepas menjayakan persembahan, Siti berkata dia sangat terharu dengan sambutan yang diberikan malah berterima kasih kepada semua pihak yang membeli tiket sekaligus memberikan sumbangan bagi meneruskan kerja kebajikan Yayasan Nurjiwa yang diasaskan olehnya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
“Alhamdulillah apa yang digambarkan saya untuk konsert ini akhirnya dapat diterjemahkan dengan baik.
“Bukan sahaja daripada segi pemilihan penyanyi malah pemuzik pun kita titikberatkan agar dapat memberikan yang terbaik untuk konsert amal ini.
“Kalau tengok, memang ada banyak visual (video) mengenai aktiviti yayasan, sebab saya nnak orang tahu yang konsert ini bertujuan untuk mengumpul dana dan saya sangat berterima kasih termasuk kepada syarikat korporat yang turut sama menyumbang,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai jualan tiket yang dikatakan agak perlahan, Siti menjelaskan dia sedia maklum mengenai hal itu namun percaya ia bakal sold out menjelang konsert tersebut.
“Saya memang dah agak sebenarnya sebab saya faham juga ramai yang masih beraya, buat persiapan untuk raya.
“Tapi saya percaya tiket last minit orang akan beli juga dan memang terbukti pun. Alhamdulillah full house untuk malam ini.
“Kita pun ada kelebihan abang Jay Jay malam ini, kita dapat tengok legend perform.. (aura) legend ni lain sikit.
“Selain Ernie yang memang kita tahu kekuatan vokal dia serta mempunyai kelompok peminat yang ramai,” kata Siti lagi.
Dalam konsert yang berlangsung hampir dua jam itu, pelbagai seleksi lagu dipersembahkan oleh ketiga-tiga penyanyi tersebut antaranya Jay Jay mengimbau semula kenangan dengan lagu-lagu popular Carefree seperti Belaian Jiwa, Dendangan Laguku dan Rindu Bayangan yang membuatkan satu arena gempita dengan nyanyian ‘sing along’ daripada penonton.
Ernie pula mempamerkan kemantapan vokal dengan lagu-lagu hitnya seperti Boneka, Ku Bersuara dan Korban.
Menariknya, menerusi konsert ini, Siti secara eksklusif buat pertama kalinya menyanyikan single terbaharunya berjudul, Sehebat Matahari.
Lagu ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Rozi Razak itu akan dikepilkan dalam album terbaharunya yang bakal diluncurkan pada hujung tahun ini.
Selain Sehebat Matahari, Siti turut mendendangkan lagu Kesilapanku Keegooanmu, Wajah Kekasih serta Siti Situ Sana Sini.
Menutup tirai konsert, ketiga-tiga mereka kemudian bergabung menghadiahkan peminat dengan alunan lagu raya, Hari Raya Bahagia dan Nazam Lebaran.
Konsert Satu Suara Vol. 3 ini dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aduhai, Kasihannya…Ini Dia 5 Selebriti Pernah Terpalit Isu Foto, Video Daring Tahun Ini
Tahun ini, boleh dikatakan insiden-insiden foto atau video bogel dan separa bogel artis tersebar di laman media sosial menjadi buah mulut ramai, sehingga mencetuskan pelbagai tanggapan di kalangan peminat.
Lepas satu-satu kes melibatkan artis terjadi, hingga timbul rasa bimbang sama ada ia sahih atau sebaliknya.
Maklumlah dengan kecanggihan teknologi masa kini, apa sahaja boleh jadi kan?
MH kongsi lima selebriti yang pernah terjerat dengan isu ini hingga boleh menjejaskan nama baik dan reputasi.
1.Syafiq Kyle
Ramadan lalu, tular video individu dikatakan mirip Syafiq Kyle yang melakukan aksi lucah menerusi panggilan video. Ia tersebar di media sosial, khasnya Twitter.
Malah, difahamkan ada yang mengambil kesempatan untuk menjual video penuh dengan harga RM20!
Bagaimanapun, pelakon itu telah pun memberikan penjelasan bagi menjernihkan keadaan.
2. Amar Effendy
Selepas Syafiq, giliran anak kepada pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta iaitu Ammar Effendy pula menjadi mangsa apabila beberapa foto bogel dikatakan miliknya tersebar.
Susulan itu, Che Ta dikatakan mahu membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara tersebut.
3. Juzzthin
“Pelanduk dua serupa,” memetik kenyataan penyanyi Rap, Juzzthin apabila diajukan persoalan mengenai video aksi tidak senonoh yang viral di laman media sosial.
Katanya lagi, pihaknya juga sedang menyiasat perkara tersebut.
4. Ameer Forteen
Menjelang beberapa hari mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati, foto bogel mirip wajah Ameer Forteen pula tersebar.
Video yang berdurasi selama beberapa saat memaparkan seorang lelaki menunjukkan alat sulit.
Bagaimanapun, penyanyi itu menafikan perkara tersebut.
5. Nora Danish
Nora Danish meluahkan rasa kesal apabila foto samar yang memaparkan sebahagian bentuk tubuh menjadi viral di media sosial.
Lalu, pelakon cantik itu ada memuat naik status menerusi Insta Stories membayangkan dirinya rasa kekal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab beriya sebarkan foto tersebut.
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Brainwash Saya…,”- Wany Hasrita Kembali Dapat Semangat, Buang Rasa Malas & Banyak Makan
Penyanyi, Wany Hasrita mendedahkan dirinya baru sahaja kembali menemukan semangat untuk menjalani rutin hidup secara normal dan sihat.
Menurut Wany, sebelum ini, dia merasakan dirinya seperti kurang motivasi dan lebih cenderung untuk bermalas-malasan ketika di rumah.
“Saya ini seperti baru keluar daripada gua. Beberapa minggu sebelum ini, saya rasa seperti malas nak buat apa-apa. Nak kata burn out pun saya tak pasti. Cuma perasaan malas itu menguasai diri.
“Kalau soal kerja, saya tiada masalah. Namun, bila balik, saya hanya akan duduk, banyak makan dan bermalasan.
“Jadi, situasi ini sangat tak elok untuk saya sehingga berat baik naik sehingga 59kg daripada 54kg. Ini paling berat. Saya tak kisah sangat fasal berat cuma tak best bila badan tak cergas,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi lagu Menahan Rindu itu juga ingin berterima kasih kepada ibunya kerana telah banyak memberikan nasihat.
“Bila kita tersekat di fasa itu dan nak mulakan semula hidup produktif, ia sangat susah. Saya kena berperang dengan diri sendiri.
“Nasib baik ibu selalu brainwash sebab dia yang sentiasa ada dekat dengan saya.
“Jadi, saya mula semula dengan kembali bersenam, sertai kelas kick boxing, kelas mengaji dan daftar anak ke kelas berenang. Saya sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti,” kongsinya lagi.
Wani berkat sedemikian ketika ditemui di progam Meet And Greet AJL38 baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memaklumkan dirinya ada menerima luahan yang sama daripda para ibu di media sosial.
“Sesiapa yang mengenali saya, mereka tahu yang saya jarang berkongsi hal peribadi di media sosial. Biasalah, manusia nak tengok hal yang indah sahaja.
“Malah, media sosial juga tempat kita bekerja dan para klien akan melihat. Namun, selepas saya berkongsi keadaan saya itu, saya terima banyak DM daripada pengikut dan rakan artis yang sudah bergelar ibu.
“Mereka kata, itu perkara normal dan fasa yang harus kita lalui. Yang penting kita kena bangkit semula. Mereka juga beri semangat,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI