Selepas memuat gambar menunjukkan pasport, penyanyi Ismail Izzani akhirnya mengakui kesalahannya berhubung isu video kontroversi yang memaparkan lelaki miripnya bercium dengan seorang wanita di sebuah kelab hiburan, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di IG story, Ismail, 22, berkata dia kini mahu bergerak ke hadapan seterusnya memperbaiki diri.

“To everyone out there. Whatever it is I’m moving forward and fixing myself.

“Biar family dan kawan-kawan yang tahu dah lebih daripada cukup.

“I don’t need to explain anything cause people won’t care about what’s right or wrong and I don’t want to waste my time for that.

Ads

“I admit my mistakes and as a normal human being I will always remember where I stand. Buruk atau baik, I’m still being myself,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Ismail turut menafikan dia cuba lari daripada pihak media yang ingin menemubualnya sebaik dia selesai membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada petang Sabtu.

“Buruk Atau Baik, Saya Tetap Jadi Diri saya.” – Ismail Izzani

Ads

“If u are here to judge me saying I’m running away from media.. teruskan.

“And to all the media, kalau nak keluarkan statement I tak berani tanggung kesalahan sendiri.
You 
are wrong,” tulisnya lagi.

Ads

Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki miripnya dipercayai dalam keadaan mabuk merangkul wanita sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher.

Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI