Tular apabila ada netizen galak mempersenda wajah anak angkat Jasmin Hamid, Rohana yang dikatakan menyerupai pondan.

Kecewa dengan mulut ‘puaka’ netizen yang menghina ciptaan Allah, Jasmin Hamid menerusi laman Instagram meluahkan kekecewaannya itu.

Ulas pelakon senior ini, sebagai seorang ibu, dia akan berkorban untuk melindungi anak-anaknya.

Setiap IBU sudah pasti akan berkorban, membela nasib dan melindungi anak-anaknya walaupun hanya kerana SEEKOR NYAMUK.. Buruk atau cantik, saya tetap sayangkan dia hingga jannah.. Fisik bukan ukuran! 

Love my daughter so muchhhhh.

Ads

Dia turut berdoa agar anak perempuan yang dibela sedari kecil itu ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu membimbing dan membahagiakan anaknya.

“Mohon Allah ketemukan anakku dengan seorang IMAM yang boleh membimbingnya ke jalan ALLAH dan bahagiakan anakku ini.. Hanya Allah sahaja yang akan memberikan GANJARAN buat si suami yang dapat membagiakannya dan membimbing anakku ini ke jalan ALLAH.

“Mohon Allah panjangkan usia saya untuk saya melihat dia kahwin dan bahagia dengan lelaki yang baik dan soleh.. JODOH RAHSIA ALLAH,” tulisnya lagi.

Ads

Kata pelakon berusia 47 tahun itu, Rohana seorang yang sangat taat dan dia akan pastikan tiada siapa yang menyakiti hati anaknya.

autumm_yopopp seorang anak yang sangat taat kepada ibubapa dan sangat penyayang.. Pada lelaki di luar sana, JANGAN SESEKALI kamu sakiti hatinya dan sia-siakan dia kerana dia adalah AMANAH ALLAH buat kami sekeluarga.

Ads

“Jangan sesekali kau aniaya ANAK YATIM ini, apatah lagi MENCELA dia.. Ibu akan sentiasa berada di depan mu untuk pastikan kamu tidak di sakiti.. INI JANJI IBU PADA ALLAH.”

View this post on Instagram

Setiap IBU sudah pasti akan berkorban, membela nasib dan melindungi anak-anaknya walaupun hanya kerana SEEKOR NYAMUK.. Buruk atau cantik, saya tetap sayangkan dia hingga jannah.. Fisik bukan ukuran! Love my daughter so muchhhhh ?.. Mohon Allah ketemukan anakku dengan seorang IMAM yang boleh membimbingnya ke jalan ALLAH dan bahagiakan anakku ini.. Hanya Allah sahaja yang akan memberikan GANJARAN buat si suami yang dapat membagiakannya dan membimbing anakku ini ke jalan ALLAH.. Mohon Allah panjangkan usia saya untuk saya melihat dia kahwin dan bahagia dengan lelaki yang baik dan soleh.. JODOH RAHSIA ALLAH.. . . @autumm_yopopp seorang anak yang sangat taat kepada ibubapa dan sangat penyayang.. Pada lelaki di luar sana, JANGAN SESEKALI kamu sakiti hatinya dan sia-siakan dia kerana dia adalah AMANAH ALLAH buat kami sekeluarga.. Jangan sesekali kau aniaya ANAK YATIM ini, apatah lagi MENCELA dia.. Ibu akan sentiasa berada di depan mu untuk pastikan kamu tidak di sakiti.. INI JANJI IBU PADA ALLAH.. . . #anakyatim #anak #daughter #love #lovetilljannah #suamisoleh

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Berhati-hatilah dalam menulis komen, bimbang hati yang terguris itu membawa ke mati. Padah keadaan kita di sana kelak.

Foto – Instagram Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI