Penyanyi dan komposer prolifik, Ajai, terus mengukuhkan profil seninya apabila Konsert ByAjai & Mega Friends bakal dipersembahkan di Singapura pula pada 10 Mei depan.
Konsert yang dijadualkan berlangsung di The Star Theatre itu akan menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hazama, Aina Abdul, Asmidar, serta Dzahira Talita Zahra yang juga anak kepada Allahyarham Siti Sarah.
Optimis Ambil Tawaran
Susulan kejayaan konsert serupa yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 3 Ogos tahun lalu, Ajai, atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas mengakui pihaknya ada menerima beberapa tawaran untuk membawa persembahan tersebut ke Singapura.
“Selepas konsert di Kuala Lumpur tempoh hari, kami menerima beberapa undangan menjayakan konsert di Singapura.
“Semestinya saya tidak mahu melepaskan peluang itu dan selepas berbincang secara lanjut dan teliti, saya dan pihak Wake The Baby Record menerima tawaran daripada AA Power selaku penganjur,” katanya.
Ajai berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Konsert ByAjai & Mega Friends di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Bawa Kelainan Di Singapura
Selain itu, Ajai menjelaskan pihaknya juga membawa kelainan dalam konsert berkenaan dengan menampilkan Asmidar, penyanyi lagu Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.
Asmidar, yang sinonim dengan lagu debut ciptaan Ajai itu, turut sama diundang susulan permintaan peminat yang disuarakan melalui media sosial, sebelum ini.
Ads
Sementara itu, Ajai menyifatkan persembahan istimewa Dzahira Talita Zahra, anak kepada Allahyarham Siti Sarah dan Shuib, sebagai sebuah momen yang penuh makna.
“Kalau dikenangwaktusaya mula-mula uji bakat Siti Sarah pada tahun 2001, macam-macam bermain di kotak fikiranapabilabertemudengananak arwah dan Shuib ini.
“Thalita nama yang sedap didengar. Anak ini sangat senangdibawaberbicara. Walau masih muda, namun diamenunjukkan minatmendalamdalam industrimuzik dandapatsokongan yang penuhdaribapanya.
“Itu juga satu dorongan yang baikselain perlu tetapfokusterhadappelajaran. Bagi saya, dia sudah akancabangminatnya, iaitu kepadamenyanyi.
Ads
“Semoga Allah memberikanadik Thalita dan Shuib rezekiuntukmenjadisatunama yang besar dan mungkin setanding dengannamaibunyasuatuharinanti Insya-Allah.
“Saya sebagaiinsan yang berdiri di belakangmereka sangat terharu kerana diberikankepercayaanini.
“Kalau dahulunya, Siti Sarah sangat dekatdenganmuzik-muzik saya, kini Allah hadirkananaknya pula. Inilahrezeki yang takpernahkitaduga,” katanya lagi.
Konsert By Ajai & Mega Friends dijangka akan berlangsung selama dua jam, menampilkan rangkaian lagu-lagu hit hasil ciptaan Ajai, di samping susunan muzik istimewa yang terhasil daripada kolaborasi bersama pengarah muzik, Sharon Paul.
Tiket untuk Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura juga sudah boleh didapati menerusi laman web rasmi Sistic di Sistic.com.sg dan untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, pelakon asal Brunei, Nina Iskandar selamat bergelar isteri kepada penolong pengarah, Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah April lalu.
Menerusi mStar Online, pasangan berkenaan sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga empat bula lalu dalam sebuah majlis sederhana.
“Nina dan suami berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.
“Jadual penggambaran yang padat sehinggakan majlis resepsi itu diadakan pada bulan ini,” seperti yang dipetik dari pihak pengurusan MIG Metrowealth.
Lalu, pasangan ini turut melangsungkan sebuah majlis diadakan di Forest Valley Hall, Cheras, pada Ahad ia turut diraikan dengan kehadiran rakan selebriti, seperti Amyra Rosli, Ayda Jebat, Puteri Aishah, Sissy Imann dan ramai lagi.
Terdahulu, Lan pernah berkahwin dengan seorang pramugari selama sembilan tahun namun bercerai pada Februari lalu.
Nina turut berkongsi suasana sekitar majlis yang dikongsikan tetamu yang hadir menerusi Insta Storie miliknya.
Foto: Instagram David Teo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Elfira Loy syukur nikmat apabila berpeluang mendirikan solat di barisan hadapan di dalam Raudhah, Madinah.
Elfira yang berada di Tanah Suci bagi mengerjakan Umrah sejak minggu lalu berkongsi, peluang yang diraih menjadi momen yang tidak akan dilupakan dalam hidup.
“Rezeki jumaat, i can never forget this day. Rupanya Allah nak gantikan dengan hari yang lebih baik dan waktu yang lebih baik untuk El ke Raudhah. Alhamdulillah ini memang rezeki yang terbaik.
“Bak kata Kak @zandrahakimi “El tak pernah lambat! “El tak lambat Kak Za today, i was the first in line, the first to que to Raudha, and the first to solat saf depan di antara tiang Aisyah dan Mimbar Rasullah SAW,” tulisnya di Instagram.
Ibu kepada dua cahaya mata turut mendedahkan ibadah yang dilakukan dipermudah Yang Maha Esa.
“Rasa jahil sangat bila diberi kesenangan macamni. Alhamdulillah paling the best, takde gangguan dan tolakan. Terima Kasih Ya Allah.
“I just can’t stop crying. Thank you doakan El ye. Thank you @irkaztravel, thank you kak @neddyz, thank you mama, thank you kakcik, thank you anak anakku. Thank you Ustazah yang bawak kami,” tulisnya lagi.
Perkongsiannya nyata menjadi inspirasi ramai termasuk rakan selebriti.
Terdahulu, bintang Instafamous King Coco berada di kota Istanbul bersama suaminya.
Malah terdahulu, dia turut dijemput sebagai ‘speaker’ di sebuah institusi pengajian tinggi.
Lalu, King Coco atau nama sebenarnya Maishaira Ismail turut merakam foto indah sekitar Eropah bersama suaminya, Kapten Azrin.
Terkini menerusi Insta Storiesnya, bintang media sosial ini ada memaklumkan bahawaamat sukakan Thailand kerana makanannya.
Malah kongsinya lagi, negara Gajah Putih itu tetap menjadi pilihan meski sudah lawati lebih 10 buah negara.
“I’VE BEEN TO MORE THAN 10 COUNTRIES B4, TAPI AKU TETAP JATUH CINTA DENGAN THAILAND BAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA #NOWAKUCEMBURU #DENGANORGYGPERGITHAILAND #SEDAPNYAMAKAN #SAYANGJOMSWITCHKETHAILAND #EUROPETABESHHH,” tulisnya.
Di samping itu, Coco juga turut meluahkan rasa bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia yang
“Kita beruntung memegang passport malaysia, yang boleh ke luar negara tanpa visa, tanpa prosedure yang merumitkan, seperti negara negara yang lain.
“Lebih dari 100 negara kita boleh merantau tanpa visa.
“Dulu me tak berapa kisah bila merdeka, sebab tak rasa apa tu function merdeka, tapi lepas merantau baru me tahu, yang Malaysia adalah negara yang hebat. I’m proud to be malaysian. Saya anak malaysia. Me sayang Tun,” tulisnya.
Untuk rekod, Coco mendirikan rumah tangga bersama seorang bekas juruterbang, Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...