Pelakon Intan Najuwa mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui sepanjang mendukung watak sebagai Siratul menerusi drama terbaru lakonannya, Tak Sempurna Mencintaimu yang kini rancak bersiaran menerusi slot Akasia TV3.
Menurut Intan, dia sebolehnya untuk cuba memberikan yang terbaik menerusi watak Siratul yang dibawa, sementelah drama tersebut merupakan naskhah yang diadaptasi daripada novel yang mempunyai ramai pengikutnya.
“Karektornya sedikit berbeza dengan apa yang diceritakan mengenai novel. Siratul digambar sebagai wanita yang lemah-lembut, bagaimanapun apabila ia mahu divisualkan, saya cuba tukarkannya menjadi seorang lebih lebih tegas dan banyak cakap sikit.
“Cabaran banyak sebenarnya, terkadang Siratul rasa gembira, kemudian sedih dan meroyan. Drama ini mempunyai 28 episod, jadi untuk imbangkan watak tersebut, macam-macam yang berlaku. Misalnya ketika dia masih belum dan sesudah berkahwin,” katanya.
Ads
Pada masa sama, Intan juga tidak menafikan penggambaran drama berkenaan menjadi lebih mudah kerana timbulnya keserasian di antara dia bersama hero, Redza Rosli.
Jelasnya, mereka berdua kerap berbincang bagi menghidupkan babak bersama.
Ads
“Sejujurnya saya sangat suka bekerjasama dengan Redza kerana dia seorang pelakon yang sangat ‘memberi’. Malah setiap babak bersama kami akan berbincang terlebih dulu dan ia memudahkan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun boleh ‘get along’ dan chemistry kita berdua sangat kuat di dalam drama ini. Tak dapat dinafikanlah, memang sangat senang bekerja dengannya.
“Mustaqim lakonan Redza memberi energi kepada karektor Siratul dan ia sekali gus membuatkan ia seimbang dengan baik.
Ads
“Saya berharap agar drama ini dapat diterima dengan baik, sama-sama naikkan ratingnya nanti. Ini kali pertama saya bergandingan dengan Redza di samping beberapa pelakon senior lainnya,” katanya lagi.
Dua selebriti bersaiz ‘comel’, penyanyi Dina Nadzir dan Cik B memuji usaha jenama pengeluar pakaian wanita gempal atau ‘plus size’, Mis Claire dalam menyerlahkan keyakinan golongan seperti mereka.
Dina dan Cik B menyifatkan jenama yang sudah 11 tahun di pasaran itu terus sinonim khusus bagi memperkasakan keyakinan dan keberadaan golongan wanita bersaiz seperti mereka.
Dina dan Cik B ditemui di majlis pertunjukan koleksi jenama itu menerusi tema Ikatan Raya di Bayswater, KLCC, pada 11 Mac lalu.
Dalam pada itu, Dina yang juga bekas peserta program realiti, Malaysian Idol diam tak diam sudah lima tahun setia dengan jenama berkenaan.
“Saya antara penggemar setia label ini. Ia bersifat ‘adventures, nampak mahal dan bertepatan dengan keinginan saya berfesyen. Nak beli jeans rugged yang koyak pun ada. Malah ia menawarkan pilihan warna berbeza.
“Ia sekali gus mencabar diri saya untuk melawan arus, berekperimentasi dari segi warna dan bentuk. Selalunya orang saiz badan macam saya ini terhad dengan pilihan atau bentuk tertentu semata-mata.
Tapi tidak dengan jenama ini,” katanya.
Dina atau nama penuhnya Faradina Mohd Nadzir percaya dan optimis apa jua bentuk jenis badan sekalipun bukan alasan untuk mengalah.
“Wanita bersaiz badan macam kami ini sudah ada keyakinan diri. Kita hidup di zaman sekarang, ia bukan lagi taboo atau masalah. Kalau ada orang ejek fasal saiz kita, pasti ada yang akan back-up dan hentammereka yang mengejek itu.
“Jadi diri sendiri kerana setiap dari kita ada kecantikan tersendiri. Tak kira apa jua badan saiz, kita ada kelebihan dan kekurangan. Saya hingga saat ini selesa apa adanya dengan diri ini.
“Saya masih berdiet tapi sekadar suka-suka dan meletakkan garis keselesaan diri. Tapi kalau ada di antara kita, yang rasa nak menyerah dengan berdiet atau mahu kurus, jangan bimbang.
“Tiada tekanan, kita hanya hidup sekali. Yang penting diri ini kita hargai,” katanya lagi.
Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin pula mengakui jenama itu memberi solusi mudah kepadanya yang selama ini sukar mencari pakaian.
“Jenama ini memang diketahui umum terkenal kepada golongan yang bersaiz comel macam saya. Tanyalah sesiapa yang berbadan macam saya, tentu jenama ini yang terlintas,” katanya.
Penyanyi yang baru muncul dengan single Doakan itu juga berpesan supaya golongan sepertinya jangan terus rasa ‘insecure’.
“Jadilah diri sendiri. Kita comel, kena bangga dan yakin. Keyakinan diri itulah kecantikan dan ‘alat solek’ utama. Kalau tak yakin, jadilah bagaimanapun takkan nampak kecantikan dan keyakinan itu,” katanya.
Sementara itu, saban tahun, jenama pengeluar pakaian dan busana wanita gempal ‘plus size’ popular di pasaran, Mis Claire tak ketinggalan terus menyajikan koleksi raya.
Terdapat sembilan koleksi raya kali ini yang dijual iaitu Petra, Minimal Embroidery, Easy Raya,Raya4All, Romance, Urban Cotton, Dainty Collection, Sahara Night dan Ikatan Raya.
Menurut pengasas jenama itu, Niko atau nama penuhnya, Niko Tan Bee Ai, secara keseluruhannya daripada sembilan koleksi dipersembahkan merangkumi lebih daripada 30 pilihan baju raya.
“Rekaan pakaian yang ditawarkan oleh Mis Claire terdiri dari potongan klasik dan juga moden,memenuhi pelbagai tema sambutan raya di kalangan rakyat Malaysia dari tema Glam ke Santai. Ia termasuklah dari rekaan yang elegan hingga yang bergaya.
“Setiap pakaian diperuntukkan adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang ingin tampil cantik dan anggun pada sambutan raya. Tapi
yang membuatkan rekaan raya ini unik kerana ia boleh dipakai selepas musim perayaan.
“Ia sekaligus menjadikannya satu pelaburan yang berbaloi. Kami juga ingin pelanggan yakin dengan pembelian merekabahawa baju raya boleh dipakai bila-bila masa tanpa terhad mengikut sambutan semata-mata,” katanya.
Menyentuh mengenai tema diketengahkan, ia diilhamkan oleh pelbagai gaya fesyen yang dilihat semasa aktiviti ziarah musim raya di Malaysia.
Koleksi raya kali ini dilancarkan secara berperingkat sejak 10 Mac lalu.
“Mis Claire meletakkan komitmen tinggi bagi memastikan wanita plus size tampil bergaya semasa sambutan Hari Raya.
“Oleh itu, saiz yang ditawarkan adalah dari XL hingga 7XL untuk memenuhi pelbagai jenis bentuk badan.
“Harga koleksi ini bermula dari harga mampu milik dan tidak ketinggalan, turut menawarkan nilai yang baik untuk bahan berkualiti tinggi dan kemahiran penjahit pakar,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai seorang usahawan, sudah tentu mereka harus mempersiapkan diri dengan pelbagai idea-idea di luar kotak bagi memastikan produk mereka akan sentiasa dikenali dan mendapat permintaan di pasaran.
Bagaimanapun, setiap idea yang diberikan sudah pasti akan menerima reaksi yang pelbagai di kalangan warganet.
Itulah yang berlaku kepada pelakon dan usahawan kosmetik, Syatilla Melvin menerima respon pengguna media sosial gara-gara video tranformasi warna kulit daripada gelap ke cerah yang dilakukannya.
Video berdurasi hampir 15 saat itu memaparkan aksi isteri aktor, Shaheizy Sam itu yang awalnya berwajah gelap dengan contengan hitam lalu berubah warna sejurus aplikasikan foundation pada wajah.
“Nampak sangat ke wei. Dari muka macam tapak kaki ke #mukakulitteloq. Minggu depan kami launching,” tulisnya menerusi video TikTok yang dimuat naik ke Instagram.
Melihat ke ruangan komen, ada peminat yang menyifatkan ‘content’ tersebut agak keterlaluan.
Malah, ada juga yang berpendapat isu warna kulit ini tidak sepatutnya dijadikan bahan kerana disifatkan sebagai tidak sensitif.
Terdahulu, nama Syatilla pernah hangat diperkatakan gara-gara video mempromosikan produk jamunya, Pengaseh sebelum ini.
Sumber: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Wani Kayrie berkongsi satu ciapan daripada salah seorang wargamaya menerusi Twitter ke Instagram yang menjadi sorotan pada Isnin.
Wani yang kini sedang bersaing bersama sepupunya, Bella Astillah di dalam Famili Duo terhibur apabila individu berkenaan menyamakan penampilannya di dalam program itu Ahad lalu sama dengan figura iklan produk bedak popular suatu ketika dulu.
“Bincangkan… The power of makeup & hairdo by @jibsalimthemakeupartist,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis yang peminat turut sama geli hati dengan perkongsian yang dibuat selain tak kurang yang mengatakan Wani tampak ‘cute’ dan comel.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...