Tidak dinafikan, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran situasi pandemik Covid-19 sebelum ini memberi pelbagai impak buat kebanyakan orang.
Malah, situasi berkenaan turut menjejaskan beberapa sektor termasuk dalam lapangan ekonomi dan bisnes.
Penyanyi, Mila Jirin misalnya, mengakui situasi pandemik ini sedikit sebabyak memberikan impak besar kepada perniagaan yang diusahakan.
Ads
Malah dia yang sinonim dengan lagu Persis Mutiara ini juga mulai sedar mengenai akan wujud situasi soal ikhlas atau sebaliknya ketika ditimpa pelbagai ujian, sebelum ini.
Namun, ibu kepada seorang cahaya mata ini percaya setiap perkara yang berlaku adalah perancangan hebat dari Yang Maha Esa.
Ads
“Hargai orang yang bersama sama mu KETIKA WAKTU SUKAR. Allah hantar mereka untuk berjuang bersama sama.
“Waktu PKP dan DITIMPA UJIAN, Kita SEDAR siapa yang BENAR-BENAR IKHLAS bersama sama dalam pasukan dan sebaliknya.
Ads
“Berlapang dada, Perancangan ALLAH maha hebat. Jika Allah tak izinkan. Ada lah HIKMAH terbaik menanti kita hambanya,” tulisnya.
Pelakon Izreen Azminda memaklumkan dia tiada pilihan lain apabila terpaksa melahirkan anak ketiga secara pembedahan caesarean selepas melahirkan kedua anaknya sebelum ini menerusi kaedah sama.
Menurut Izreen, 36, menerusi Kosmo!, dia dijangka melahirkan anak ketiga sekitar minggu ini atau minggu hadapan dan perkara tersebut telah diberitahu awal oleh doktor.
“Anak pertama dilahirkan secara pembedahan, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dibedah.
“Oleh sebab itu, saya juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara pembedahan juga,” kata Izreen seperti yang dipetik.
Mengakui bimbang kerana bakal melahirkan anak dalam musim pandemik Covid-19, Izreen mendisiplinkan dirinya untuk tidak keluar dari rumah selain menjalani pemeriksaan kandungan bulanan di sebuah hospital swasta.
Dia sedar akan risiko lebih tinggi terhadap wanita hamil.
“Memang takut dan bimbang, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ibu mengandung emosinya mudah terganggu dan akan membuatkan saya tidak senang duduk.
“Jadi, cara terbaik adalah fokus pada kesihatan diri dan proses bersalin sahaja. Walaupun sudah cukup dua dos vaksin, saya mengambil langkah berjaga-jaga.
“Saya memang langsung tidak keluar rumah kecuali ke hospital untuk pemeriksaan bulanan. Jika terlalu bosan atau teringin sangat keluar rumah suami akan bawa berjalan-jalan pusing-pusing dalam kereta sahaja,” katanya.
“Bersalin ketika musim Covid-19 memang agak sukar, namun semua SOP yang dibuat adalah untuk memastikan kesihatan pesakit terjamin.
“Saya akan ditemani suami ketika bersalin dan dia perlu menjalani ujian calitan dua hari sebelum pembedahan dijalankan. Begitu juga dengan ibu mertua yang akan menjaga saya sepanjang di rawat di hospital.
“Suami perlu tetap pulang ke rumah kerana anak kedua, Aaron masih kecil dan tidak mahu dengan orang lain,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai jantina anak ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi, Izreen bagaimanapun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu.
“Soal jantina anak tunggulah selepas dilahirkan kelak. Saya dan suami sudah tahu, cuma untuk orang lain tunggulah selepas saya bersalin,” kata Izreen.
Teka-teki hubungan percintaan pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif akhirnya terjawab apabila pasangan seleberti ini memaklumkan mereka bakal disatukan 6 Februari depan.
Khabar gembira itu dikongsi mereka khas bersama peminat menerusi satu sidang media yang disiarkan di saluran YouTube milik Harris secara langsung.
Mengharapkan agar hari bahagianya akan berjalan dengan lancar, Harris turut menjelaskan mereka sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Mac.
“Jadi hari ini tujuannya kenapa kita adakan sidang media pada hari ini, kami berdua akan berkahwin pada 6 Februari 2021. Jadi harapnya semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
“Kenapa pilih tarikh perkahwinan 6 Februari sebab tarikh yang lain dah ada yang tempah dan sebagainya. Sepatutnya tarikh yang kami cadangkan adalah pada 6 Mac,” katanya.
Sementara itu, Harris turut mendedahkan mereka sudah saling melakukan persiapan majlis perkahwinan lebih awal dan bersyukur kerana ia dipermudahkan meski terpaksa berdepan dengan pandemik.
“Dari segi persiapan, boleh dikatakan ia sudah hampir 95 peratus selesai dan kami berdua sebenarnya lakukan persiapan awal iaitu selepas merisik.
“Saya dan keluarga hantar rombongan merisik selepas sebulan ulang tahun kelahiran Intan pada bulan Jun. Jadi selepas merisik, kami berdua menyiapkan beberapa persiapan perkahwinan,” katanya jujur.
Mengenakan persalinan sedondon merah jambu cair, Intan memberitahu dirinya turut menerima tajaan barang kemas bersempena dengan majlis nikah dan resepsi yang bakal berlangsung.
“Syukur Alhamdulillah kami menerima tajaan barang kemas daripada CERES yang berjumlah kira-kira RM13.5 juta. Ia merangkumi pelengkap gaya untuk akad nikah dan malam resepsi nanti, insya-Allah.
“Selain tajaan tersebut, ada juga beberapa tajaan lainnya seperti busana perkahwinan dan deko majlis itu nanti,” jawab Intan sambil mengucapkan terima kasih buat pihak yang sudi memberikan tajaan.
Pasangan ini akan melangsungkan empat majlis iaitu majlis berinai, nikah, resepsi dan juga bertandang.
Terdahulu hubungan, pasangan yang mempunyai jarak usia 17 tahun ini mulai dapat dihidu ramai sejak Mac tahun lalu.
Ikuti temu bual penuh mereka di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Polis mengklasifikasikan kematian penyanyi, Nidza Afham, 23, yang ditemukan di Sungai Klang semalam sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa selesai pada 3 petang tadi.
“Bedah siasat dijalankan pada 11 pagi sehingga 3 petang ke atas mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar.
“Punca kematian adalah menunggu laporan siasatan makmal dan tiada kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Menurutnya lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di Sungai Klang, petang Rabu lalu ialah Nidza Afham.
Menurutnya, jenazah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses selanjutnya.
Mangsa dilaporkan hilang selepas keluar berjoging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam sebelumnya.
Dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemukan di Jambatan Sungai Klang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!