Rentetan daripada muat naik foto bersama Mira Filzah semalam, Remy Ishak bukan sahaja menerima pujian dan doa supaya kedua-duanya disatunya.
Malah, tuduhan berat bahawa Mira merupakan punca putusnya tali pertunangan Remy dan Ezza Yusof awal tahun ini menyebabkan lelaki ini berang. Tambahan pula komen yang mengatakan dia angaukan heroinnya dalam Pujaan Hati Kanda menyebabkannya terpaksa tampil menjawab menerusi ruangan komen.
“Cakap jelah dah angau kat perempuan ni.
“Salam kak, saya nasihatkan supaya kakak cabut hijab di kepala tu kak. Apa guna bertutup di kepala tapi mulut dan hatinya hitam. Malu pada wanita2 bertudung yg lain je sikap macam ni kak. Allahu akbar.”
Malah, ada yang mendakwa pelakon berusia 36 tahun ini tidak sensitif kerana berkongsi foto bersama wanita lain walaupun baru sahaja putus tunang.
Nama Zizan Razak dan Caprice turut dikaitkan di ruangan komen.
Kadang kala netizen yang suka melebih-lebih dalam menulis komen sehingga tidak sedar, kita telah menggores hati insan lain.
Foto – Instagram Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biarpun Bukan Rahim Saya Yang Mengandungkan Adam, Maut Saja Boleh Pisahkan Kami,”- Misha Omar
Penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar ada berkongsi satu video di laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut telah memaparkan momen penyanyi yang berusia 37 tahun itu menyambut hari ulang tahun kelahiran anak angkatnya yang bernama Mohd Adam Emir.
“Bila ada yg bertandang ke rumah bawa sebiji kek untuk dipotong si birthday boy… Terima kasih for the cake & present yg tak berbalut tu, Abg @mimieomar hadiah birthday paling rare cara bawaknya…
“lenkali mungkin nak jimat 20 sen utk tak ambil plastic bag, dia hangkut je cemtu keluar mall!!! Hahahahhahaha!!! Terima kasih kawan-kawan ibu yg mendoakan Adam..
“Biarpun bukan rahim saya yg mengandungkan Adam, cuma maut saja boleh pisahkan kami…ibu sayang Adam dunia akhirat tau..”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Misha Omar (@mishaomar) on
Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu telah mendapat perhatian peminat.
Malah, peminat turut memuji Misha kerana menyayangi anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
Sedia maklum, Muhammad Adam Emir merupakan anak angkat yang dijaga sejak bayi lagi, selain itu Misha turut mempunyai seorang lagi anak angkat, Humaira Lateefa berusia 8 tahun.
Pada 2 Mei 2014, Misha telah mendirikan rumah tangga bersama Firos Ezzwan Rossly dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 3 tahun.
Video : Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tindakan Alicia Amin Cukur Rambut, Tampil Hampir Botak Dipersoal Netizen
Cukup kontroversi penampilan terkini model terkenal, Alicia Amin.
Muncul dengan berambut hampir botak menerusi laman Instagram, Alicia ada memaklumkan penampilan sedemikian, ramai yang mengaitkan cukur kepada sebagai sesuatu yang negatif dalam hidup.
“I had a lot of people ask me if my shaved head had anything to do with my personal life, if I’m okay (thanks tho) – so I wanna know.
“Why do many people still associate shaving ones head as a negative thing?,” tanya Alicia.
View this post on InstagramA post shared by Alicia Amin (@hangriii) on
Membalas persoalan yang bermain di minda, netizen pula ada berkongsi bahawa botak kerap kali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai masalah hidup.
Tidak kurang juga melihat penampilan sedemikian sebagai antara penampilan yang sinonim dengan mereka yang menghidap kanser.
Walau apa pun pendapat netizen, stail baru Alicia memang high fashion habis. Bukan semua boleh bawa imej sebegini ya!
Foto – Instagram Alicia Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mati Di Sini,” – Pengalaman Lihat Jenazah Diusung Di Tanah Suci, Jentik Hati Fara Fauzana
Sekeping klip video memperlihatkan ratusan jemaah sedang berpusu-pusu mengusung jenazah untuk disolatkan oleh jutaan umat yang sedang berada di Tanah Suci.
Kagum melihatnya buat pertama kali, ulas Fara Fauzana, dia tidak menyangka impiannya selama ini termakbul.
“Ini adalah pertama kali saya melihat jenazah-jenazah yang diusung. Ini pengalaman pertama saya. Semoga saya juga diberi kesempatan untuk meninggal di sini,” ulasnya dalam rakaman video.
Jom ikuti pengalaman bermakna Fafau.
“M A T I D S I N I
“Seronok mendengar cerita @faizalfbi76 dpt mengusung jenazah sehingga ke tanah perkuburan ketika di Madinah. As a friend mesti saya happy tp ada sedikit cemburu sebb dia dpt merasai pengalaman itu (fyi only man can experience that) andai ada yg bertanya apa kelebihan mengusung jenazah ketika di tanah haram boleh check balik video LIVE UPDATE kami di FB @dbilique”
“Allah maha adil, Allahuakhbar. semalam ketika Saya selesai bersaie utk ibadah umrah di bahagian atas lalu terlintas utk smbhyg isyak dikawasan dataran sahaja. Bila saya turun kebawah, Entah laluan mana saya ikut dan membawa saya kepada kawasan yg agk ramai orang menunggu didepannya.
“Then my mind like “mesti ada sesuatu kat sini kalau tdk mereka takkan tunggu ramai2” (sbb usually ppl akan berpusu2 di bhg depan kaabah). I decided to smbhyg isyak bersama yg lain dsitu. selesai je solat Isyak lalu palang dibuka maka kaum lelaki didepan saya meluru kedalam spt mahu merebut sesuatu.
“Rupanya itulah laluan jenazah yg bakal disembahyang oleh ribuan atau mungkin jutaan umat Islam pada satu2 masa .. Allahuakhbar. Inilah pengalaman pertama saya melihat jenazah lalu didepan mata ketika di tanah suci. TQ @persadaglobalholidays
“Nota : saya juga mahu mati disini. Moga Allah mendengar doa kita semua. Ameen.”
View this post on InstagramA post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on
MH seronok mendengar pengalaman daripada mereka yang baru pulang dari Tanah Suci, banyak yang menginsafkan dan menyuntik semangat untuk turut sama berazam menjadi tetamu Allah satu hari nanti.
Foto – Instagram Fara Fauzana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI