“Cabut Hijab Di Kepala Tu Kak,” – Dikata ‘Angaukan’ Mira Filzah, Ini Jawapan Balas Remy Ishak Pada Wanita Ini. Win!

Share

Rentetan daripada muat naik foto bersama Mira Filzah semalam, Remy Ishak bukan sahaja menerima pujian dan doa supaya kedua-duanya disatunya.

Malah, tuduhan berat bahawa Mira merupakan punca putusnya tali pertunangan Remy dan Ezza Yusof awal tahun ini menyebabkan lelaki ini berang. Tambahan pula komen yang mengatakan dia angaukan heroinnya dalam Pujaan Hati Kanda menyebabkannya terpaksa tampil menjawab menerusi ruangan komen.

Cakap jelah dah angau kat perempuan ni.

“Salam kak, saya nasihatkan supaya kakak cabut hijab di kepala tu kak. Apa guna bertutup di kepala tapi mulut dan hatinya hitam. Malu pada wanita2 bertudung yg lain je sikap macam ni kak. Allahu akbar.

Malah, ada yang mendakwa pelakon berusia 36 tahun ini tidak sensitif kerana berkongsi foto bersama wanita lain walaupun baru sahaja putus tunang.

Nama Zizan Razak dan Caprice turut dikaitkan di ruangan komen.

Kadang kala netizen yang suka melebih-lebih dalam menulis komen sehingga tidak sedar, kita telah menggores hati insan lain.

Foto – Instagram Remy Ishak

Published by
Noraini Abd Wahab