Hiburan

“Cakap Dengan Cara Paling Lembut, Lebih Efektif,”- Fazura Seru Ibu Bapa Lebih Bersabar, Jaga Aib & Air Muka Bila Marah Anak

Share

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura kini memilih pendekatan berlembut ketika mendidik anaknya, Nur Fatima Aisya.

Menurut Fazura, emosi anak kecil akan mudah terganggu dan mereka juga akan terikut-ikut dengan setiap tindakan ibu bapa.

“Apa yang saya perasan, dahulu bila saya marah-marahkan Fatima, dia akan mengikut perbuatan itu. Dia pun ikut marahkan pembantu saya.

“Jadi, ketika ini, kalau ada masalah, saya akan panggil Fatima ke tepi. Ia sangat penting untuk menjaga aib dan air muka anak kita sejak dari kecil.

“Ramai yang ambil ringan hal ini. Kita kena jaga air muka anak agar dia tidak malu bila dimarahi di hadapan saudara mara.

“Emosi anak-anak ini sangat rapuh. Walaupun dia nampak macam biasa sahaja, dia akan rasa kurang keyakinan diri, malu dan sedih,” katanya kepada MH.

Fazura berkata sedemikian ketika ditemui di acara minum petang Manjaku X Enfagrow A+ yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada Sabtu.

Katanya lagi, anak-anak akan lebih mudah faham dan cepat belajar bila ibu bapa menggunakan cara komunikasi yang betul.

“Kita kena cakap dengan cara paling lembut. Pada saya, cara itu lebih efektif daripada kita marah-marah. Bila kita terangkan sebab-sebab kepada anak-anak, mereka akan cepat belajar dan faham.

“Mereka lagi suka bila kita berlembut dengan mereka. Mereka akan cepat sesuaikan diri dan tak ulang lagi kesilapan,” ujarnya lagi.

Ditanya bagaimana cara dia mendidik diri untuk sentiasa bertenang ketika menjalankan kewajipan seorang ibu, ini jawab pelakon filem Gol & Gincu itu;

“Sebagai ibu, sangat penting untuk kita sentiasa bertenang. Saya akui kadang kala kita penat dengan kerja rumah. Walaupun saya ada pembantu, saya tetap buat kerja rumah.

“Malah, saya juga sibuk dengan bisnes. Memang ada masa kita penat. Kena banyak tarik nafas dan bertenang. Kalau tidak bertenang, kita akan menyesal di kemudian hari.

“Bila kita berlembut kemudian mengamuk, nanti anak-anak akan keliru. Tugas ini perlukan latihan dan komited. Saya tidaklah sempurna dan ada masa saya marah juga. Tapi saya akan minta maaf kepada Fatima,” kongsinya lagi.

Terdahulu, menerusi acara ini juga, Fazura sempat beramah mesra dengan para ibu bapa yang juga merupakan pemenang peraduan Foto Anak, Mama & Papa Seiras anjuran Manjaku dan Enfagrow A+.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Manjaku Holdings Sdn. Bhd, Mr Daniel Looi akui teruja apabila dapat menjalinkan kerjasama bersama Fazura bersempena dengan sambutan ulang tahun Manjaku yang ke-30.

“Manjaku Baby Mall, pusat membeli-belah terbesar di Malaysia bag baranganjaku dan anak, telah berada dalam pasaran selama 30 tahun. Bulan Jun lalu, Marelaku telah meraikan ulang tahun ke-30 mereka.

“Sepanjang tempoh ini, Manjaku telah menjalinkan kerjasama erat bersama Enfagrow A+ MindPro dan sekaligus menjadikan produk Enfagrow A+ antara Top of Mind Milk Powder Category,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf