Hos dan penyanyi, Nana Mahazan menerusi satu rakaman video berkongsi rasa gembiranya apabila akhirnya dia berjaya memberikan kejutan buat ibu dan bapa tersayang.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Nana dirakam menghadiahkan kenderaan jenis SUV X70 kepada ibu dan bapa mengenangkan mereka sudah mulai ‘bercakap’ mengenai kereta berkenaan sejak sekian lama.
Malah ibu kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan, perkongsian momen tersebut bukan untuk riak sebaliknya moga ia menjadi pemangkin semangat kepada semua agar terus berusaha gembirakan orang tua.
Dalam satu kapsyen panjang Nana turut akui dia bersyukur kerana selepas lima bulan, impian menghadiahkan kereta tersebut menjadi kenyataan.
“A mission to surprise mak n abah semalam. Emak been talking abt this car for the longest time. Thank you @morales.addreen sbb membantu dapatkan kereta ni walaupun 5 bulan jugak tunggu iye lah sbb MCO kan..But syukur alhamdulillah.
“Berkongsi dengan semua bukan niat menunjuk jauh lagi riak. Moga kita sama sama dapat teruskan usaha kita utk menggembirakan ibu bapa kita. Jangan pernah mengalah, jangan pernah penat.
“Berusahalah untuk sentiasa memberikan yg terbaik. Bukan hasil sahaja yg dipandang, usaha lebih jauh dihargai. Tiada apa2 pekerjaan kalau kita buat kerana Allah dan utk menggembirakan yg kita sayang, tiada yang sia sia.
“Saya doakan semua yg menonton dilimpahkan rezeki, diberikan kemampuan utk berkhidmat utk ibu bapa dan org yg kita sayang,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut sama rasa terharu selepas melihat reaksi yang ditunjukkan ibu dan bapa Nana di dalam video berkenaan.
Sehingga kini, ia sudah pun ditonton lebih 100,000 kali oleh pengguna Instagram.
Foto: Instagram Nana Mahazan