Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad ada berkongsi cerita serta pengalaman yang pernah dilaluinya dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, sebelum ini.

Akui Sherry, mengamalkan permakanan serta gaya hidup yang sihat secara konsisten bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan.

Hos Big Stage 2022 ini mendedahkan perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan bual bicara Wanita Hari Ini TV3, membincangkan topik ‘Gemuk Bukan Pilihan’.

“Cakap Suruh Diet, Bersenam, Senanglah Nak Cakap, Yang Laluinya Kita,” – ‘Gemuk Bukan Pilihan’, Ini Kata Sherry Alhadad “Cakap Suruh Diet, Bersenam, Senanglah Nak Cakap, Yang Laluinya Kita,” – ‘Gemuk Bukan Pilihan’, Ini Kata Sherry Alhadad

“Perjalanan setiap orang itu berbeza-beza, contoh macam saya daripada sekolah menengah dulu lagi apabila ada azam tahun baru saya akan sentiasa berazam untuk kuruskan badan setiap tahun.

“Sejujurnya, benda itu susah sebenarnya dan tidak mudah. Ada yang selalu cakap suruh diet lah, bersenam lah, senang lah mereka nak cakap tapi yang laluinya adalah diri kita.

Ads

“Memang susah sebab bayangkan saya sudah 37 tahun hidup macam ini dan secara tiba-tiba saya nak tukar saya punya rutin jadi berbeza,” katanya.

“Cakap Suruh Diet, Bersenam, Senanglah Nak Cakap, Yang Laluinya Kita,” – ‘Gemuk Bukan Pilihan’, Ini Kata Sherry Alhadad “Cakap Suruh Diet, Bersenam, Senanglah Nak Cakap, Yang Laluinya Kita,” – ‘Gemuk Bukan Pilihan’, Ini Kata Sherry Alhadad

Dalam pada itu, bintang berusia 37 tahun ini berpendapat orang sekeliling termasuk keluarga harus memainkan peranan untuk sentiasa memberikan kata-kata semangat serta dorongan.

Ads

“Sebenarnya, orang sekeliling pun perlu memainkan peranan yang penting terutama sekali keluarga dan rakan-rakan kita.

“Dengan memberikan semangat kepada diri kita, mungkin kita akan rasa lebih bersemangat dan berusaha untuk kuruskan badan,” luahnya lagi.

“Cakap Suruh Diet, Bersenam, Senanglah Nak Cakap, Yang Laluinya Kita,” – ‘Gemuk Bukan Pilihan’, Ini Kata Sherry Alhadad

Ads

“Cakap Suruh Diet, Bersenam, Senanglah Nak Cakap, Yang Laluinya Kita,” – ‘Gemuk Bukan Pilihan’, Ini Kata Sherry Alhadad

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Sherry Alhadad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI