Konflik terus berlarutan apabila anggota kumpulan Search di antara adik-beradik Nordin dan Kid bersama bekas vokalisnya, Amy serta pemain bass, Nasir Daud wujud perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.
Pemilik dan pengurus Home of Champions (HOC), Mozylir Mokhtaruddin meminta Nasir untuk bercakap benar selain tidak menyembunyikan perkara sebenar berhubung keizinan menggunakan nama Search untuk tujuan jualan aksesori dan produk di bawah kendalian HOC.
Menurut Mozylir, dakwaan yang diberikan Nasir dan Amy sebagai tidak benar memandangkan keizinan tersebut sudah dipersetujui oleh semua anggota Search melibatkan dirinya, Hamzah Mohd Taib (Kid) termasuk Nasir sendiri.
“Nasir tahu setiap perancangan yang akan kami buat berhubung perniagaan ini sejak tahun lepas lagi. Saya kerap bertemu dengan dia di Johor Bahru memandangkan lokasi kami dekat dan ia memudahkan urusan perbincangan.
Ads
“Malah saya juga telah memberikan draf untuk dia lihat cuma tidak bertanda tangan sahaja. Kami juga saling berkongsi idea untuk merealisasikan projek ini. Jadi, secara dasarnya, dia menyatakan persetujuan dan sangat menyokong usaha saya serta Din ini.
“Apabila dia kata tidak tahu, saya agak kecewa dan terkejut. Menerusi apa yang berlaku sekarang, saya rasa Nasir kena jelaskan perkara yang betul. Cakap yang benar jangan cakap bohong. Malulah, kita sudah tua, bukan budak-budak lagi,” katanya.
Mozylir menjelaskan mengenai perkara tersebut menerusi satu sidang media yang diadakan secara virtual pada Jumaat.
Ads
Ia bagi memberi penjelasan terhadap dakwaan dan amaran Amy serta Nasir sebelum ini berhubung tindakan menggunakan nama kumpulan Search untuk mengaut keuntungan tanpa kebenaran.
Sebelum ini, Amy dan Nasir mendakwa Mozylir telah menggunakan nama ‘fenomenasearch’ melalui laman web serta menggunakan alamat emel yang memakai nama domain fenomenasearch.com bagi tujuan tersebut.
Ads
Ini termasuk penjualan pakaian dan aksesori menggunakan nama Search atau imej yang berkaitan dengan Search melalui laman web itu, Facebook, Instagram dan Shopee selain menjual kasut Aliph x Search – Edisi 2021 atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit.
Sementara itu, Mozylir menambah, pihaknya termasuk Din telah cuba untuk menghubungi kedua-dua mereka namun gagal untuk dihubungi.
“Sebelum ini, saya cuba beberapa kali hubungi Amy tapi gagal. Saya ada bukti yang saya hubungi dia tapi tak ada respon sama ada menerusi panggilan telefon mahupun aplikasi Whatsapp. Malah, saya dengan Nasir pun selalu berhubung sebelum isu ini timbul,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kejayaan konsert ulang tahun ke-30 OAG yang berlangsung pada 25 Disember lalu menjadi detik terakhir perjalanan karier buat pemain drum mereka, Qi Razali yang nekad mengambil keputusan untuk berundur daripada kumpulan itu.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Qi atau nama sebenar, Qushairi Mohammed Razali Wong, 46, berkata dia berbuat demikian adalah demi kebaikannya sendiri.
“Okay, enough OAG, Qi is me again.
“Saya dah berfikir masak-masak dan buat keputusan.Itu (konsert ulang tahun ke-30 OAG) adalah persembahan terakhir saya untuk OAG.
“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ini.Band tu tetap akan terus wujud, jangan risau.Kekuatan band itu bukan pada drummer.So boleh sahaja ganti mana-mana pun.
“Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku.Kalau kalian support kerjaya aku, sokonglah langkah aku kali ini,” tulis Qi.
Qi yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara turut memuat naik status mengatakan 2023 adalah tahun untuk dirinya menjadi seorang yang lebih ‘mementingkan diri sendiri’ dan enggan bercampur dengan individu yang berperangai toksik.
“Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ni.Aku ada hak.Ini hidup aku.Aku pilih jalan hidup aku.Lu stay lu punya lorong okay?
“Adakah sebab aku ni terlalu lembut sampai orang pijak aku?Tahun ni takde lagi ok?Kalau aku kerek atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ya, aku pentingkan diri aku tahun ni.Bye bye toxic people.Shoo… shoo.. go away,” tulisnya lagi.
Selain Qi, OAG yang popular dengan lagu Slumber dan 60’s TV ini turut dianggotai vokalis, Radhi, Nizam (gitaris), Nazrin (bassist), Izmir (keyboardist) dan Ammal Bellamy selaku gitaris dan vokalis sampingan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Insta Stories yang dikongsikan bekas isteri kepada pemuzik, Ude Wahid, Intan Liana Saleh memperlihatkan ibu tunggal ini memberi persepsinya mengenai hubungan baik personaliti media sosial, Farah Lee bersama bekas suaminya, Ally Iskandar.
Entri tersebut antara lain bagaimanapun menjelaskan, apa yang dikatakannya itu bukanlah untuk berbaik dengan Ude kerana tidak ingin dilabel sebagai wanita yang gila talak.
Cuma baginya, sekiranya hubungan suami isteri yang sudah berpisah tetap masih lagi baik, akan tiada negative vibe kepada anak-anak.
Bagaimanapun, Intan turut memaklumkan orang perempuan cepat memaafkan, berbeza dengan dirinya.
Pada masa sama, Intan turut mengaitkan mengenai isu orang ketiga.
Terdahulu, Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 kemudian bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.
Foto: Instagram Intan Liana Saleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, sinaran bintang Siti Nordiana sejak menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua kian bergemerlapan.
Satu demi satu tawaran hadir dan dia kini turut aktif dalam lakonan.
Terkini, lagu duetnya bersama Jaclyn Victor sudah diumumkan sebagai antara 12 lagu yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) Februari depan.
Terkini, dia dan protogenya, Zaaim muncul sebaagai juara program Mentor 7, minggu lalu.
Lalu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Terpaut Sayang Padamu ini ditanya adakah dengan kemenangan yang diraihnya kini sudah meletakkan dirinya naik setangga di dalam liga lain dalam seni.
Katanya, tiada apa yang berubah. Dia masih menjadi diri-sendiri, malah sejak awal terlibat dalam industri.
“Alhamdulillah. Bagi saya ini rezekilah. Ia terpulang kepada peminat yang melihat. Bagi saya, saya ni sama sahaja.
“Saya akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, malah selepas lagu Nisan Cinta diumumkan bakal bersaing di AJL pun saya tetap ikuti kelas vokal,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, dia juga mengakui ada sisi positif yang dipelajari daripada Zaaim dalam nyanyian.
“Saya suka dengan lontaran vokalnya. Saya perhatikan saja cara dia menyanyi. Sikit-sikit input saya ambil.
“Dia memang boleh menyanyi dan apa yang boleh saya cakap, kita apa yang kita pelajari daripada orang sekeliling adalah antara pengalaman yang boleh kita aplikasikan dalam apa jua perkara yang dilakukan,” jelas Nana jujur.
Terdahulu, Nana dan Zaaim yang diumumkan sebagai juara Mentor 7 lalu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM80,000, sebuah kereta tajaan Aerocar serta trofi.
Foto: Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan terkini steri kepada pengacara, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menjadi sorotan di media sosial apabila dipercayai tampil dengan imej tidak bertudung di media...