Penyanyi yang bakal muncul menerusi single Mencuba, Sufian Suhaimi berjaya membuatkan netizen terhibur apabila bintang berusia 27 tahun ini tampil sahut cabaran radio Era apabila dia perlu menghubungi kembali bekas teman wanita dengan hanya mengucapkan ‘sorry’ sahaja.
Lalu, penyanyi berkenaan dilihat berjaya sahut cabaran yang diberikan meski pada awalnya dia kelihatan sedikit gelabah dan gementar apabila perlu menghubungi bekas teman wanitanya.
Gelagat Sufian nyata meninggalkan reaksi pelbagai menerusi komen yang ditinggalkan netizen menerusi saluran YouTube Era.
Bagaimanapun, identiti bekas teman wanita Sufian tidak pula didedahkan.
Foto: YouTube Era
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan saya…,” – Mohon Istiqamah, Neelofa Jawab Persoalan Soal Pakai Purdah
Penampilan hos dan usahawan, Neelofa yang tampil mengenakan niqab hari ini sebagaimana yang dikongsi ramai nyata mencuri perhatian ramai pihak.
Malah, perkongsian sepotong video pendek menerusi Instagram ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang mendakap serta mencium anaknya itu seolah-olah memberi bayangan ramai bahawa figura asal Kelantan itu sudah pun sopan mengenakan niqab.
View this post on InstagramA post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on
Bagaimanapun, Neelofa menerusi satu kenyataan hari ini meminta ramai mendoakan dirinya agar sentiasa istiqamah dalam menjadi insan yang lebih baik.
“Doakan saya, insan yang penuh dengan kehilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.
“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Illahi.
“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya,” kata Neelofa.
View this post on InstagramA post shared by Neelofa (@neelofa) on
Terdahulu, perkongian dua keping fotonya yang mengenakan purdah atau niqab di Instagram turut mendapat reaksi positif dari peminat dan rakan selebriti.
Rata-rata mendoakan yang terbaik atas apa sahaja niat murni yang dilakukannya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ambil Keputusan Untuk Tidak Mahu Menerangkan Apa-Apa,” – Ini Ulas Elyana, Mengapa ‘Freehair’ Semula
Penyanyi Elyana memilih untuk tidak menjelaskan apa-apa mengenai keputusannya yang tidak lagi mengenakan tudung, sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini.
Penyanyi lagu Kalis Rindu itu sebaliknya berkata, selagi dia menjelaskan hal berkenaan, selagi itulah banyak cerita-cerita yang kurang enak akan timbul.
“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itulah macam-macam cerita yang saya rasa tak masuk akal akan timbul.
“Demi menjaga tatatusila, menjaga jiwa saya, menjaga persekitaran saya… nama baik jangan cerita, nama baik dah lama jadi tak baik… Demi menjaga jiwa sebenarnya, saya ambil keputusan untuk tidak mahu menerangkan apa-apa, kepada mereka yang tidak mahu langsung memahami (saya yang) sebenarnya,” katanya.
Elyana menambah, dia tidak mengalami rasa penyesalan memandangkan setiap yang berlaku adalah satu satu proses pembelajaran.
“Dalam hidup saya tak pernah ada penyesalan. Sebab ini adalah proses kehidupan. Cumanya apa yang boleh saya cakap setiap hari, saya impikan kehidupan yang baik, untuk jiwa yang baik.
“Dulu saya amat pentingkan jiwa orang, hati orang. Saya lupa diri saya. Now saya akan buat apa yang saya rasa terfikir nak buat. Dan baik buruknya, insya-Allah saya sendiri akan tanggung.
“Dan inilah saya, jika anda boleh menerima saya, alhamdulillah jika tak boleh terima saya, saya tak boleh buat apa,” katanya lagi ketika ditemui pada program Pameran Semarak Uniti Keluarga Malaysia @ MAHA 2022.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Elyana memuat naik gambar tidak bertudung di Instagram.
Elyana bagaimanapun tidak menjelaskan mengapakah dia membuka tudung, selain menutup ruangan komen di platform berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takda Krew, Pelakon Tak Jadi Apa,” – Ada Tak Mampu Bayar Sewa, Sharifah Amani Sedih Kenang Nasib Pekerja Belakang Tabir
Pelakon, Sharifah Amani mengakui dirinya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa segelintir penggiat seni khususnya buat mereka yang bekerja di belakang tabir.
Jelas Amani, kebanyakkan daripada mereka difahamkan kini telah terjejas pendapatannya memandangkan segala aktiviti melibatkan industri seni terpaksa dihentikan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) ini.
Lantaran itu, atas dasar perihatin, Amani memaklumkan dirinya amat berbesar untuk membantu mempromosikan apa sahaja jenis bisnes yang dijalankan oleh para pekerja di belakang tabir ini.
“Assalamualaikum gais, sorry my feed dah jadi tempat info je. For now nak share content lain rasa macam tak relevant sangat dah bila duk tengok ramai yang betul betul struggle.
“This post is for my abang-abang, kakak and geng crew. Kalau korang ada buat side business and nak Nani post and amplify please DM je Nani. InsyaAllah saya tolong mana mampu.
“Past few days duk dengar cerita geng crew kita yang terpaksa keluar rumah pasal tak boleh bayar sewa, tak cukup duit nak survive nie hati Nani remuk gila,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Sepet itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Amani turut menambah, segala usaha yang dilakukannya ini hanyalah kecil jika ingin dibandingkan dengan jasa para pekerja di belakang tabir selama ini.
“Korang lah tulang belakang satu set, takde crew pelakon tak jadi apa. Terima kasih sudi berkarya bersama.
“Kita ada kita geng! InsyaAllah sikit lagi. Sementara tu Kita tolong mana mampu. Jaga diri, jaga hati,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati selain turut mendoakan semoga keadaan negara kembali pulih seperti biasa.
“Very kind of you Nani and hope you’re well.
“Betul Nani. Memang ada yang dah start kena keluar rumah sebab tak boleh bayar sewa. Sebab itu saya juga emosi.
“You’re truly an angels.
“Completely with you on this. I’m doing much the same with some random post to help lighten one’s heart,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Sharifah Amani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI