Selepas beberapa postingnya di Instagram mendapat reaksi daripda netizen yang membayangkan dirinya ada melakukan sesuatu terhadap wajah, akhirnya pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim tampil memberikan reaksi terhadap perkara berkenaan.
Sherry memberikan penegasan berkenaan menerusi salah satu posting menerusi Instagram awal semalam.
Jelasnya, dia tidak melakukan sebarang pembedahan atau menerusi cara suntikan terhadap mana-mana bahagian wajahnya.
“Pembedahan plastik untuk tujuan mencantikkan adalah haram dan ditegah dalam Islam kerana ianya merubah ciptaan Allah.
“Assalamualaikum and the answer is NO untuk pertanyaan dan komen yang I terima dari some of you.
“I tak buat apa-apa surgery atau suntik on my part of my face.
“I tahu BERDOSA kalau dengan sengajanya buat perubahan yang Allah dah jadikan, even all my teeth are real,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai. Ada yang menyatakan ia hanya perubahan disebabkan faktor usia.
Tidak kurang rakan selebriti yang turut menyifatkan Sherry sememangnya sudah sedia cantik luar dan dalam.
Foto: Instagtam Sherry Inrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI