Pelakon, Fazren Rafi ada memaklumkan mengnai perkembangan kesihatan ibunya, Sutina Sahari yang sudah pun berjaya melakukan sesi kemoterapi yang pertama.
Malah kongsi pelakon Suami Paling Sweet ini turut mengharapkan agar proses kemoterapi tidak terlalu beri kesan buat ibunya.
“Alhamdulillah fisrt targeted chemo berjaya, hopefully tak adalah side effects yang kuat sangat kat mak Faz,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan tanda palang #cancerfighter dan #kanserusustahap4.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat mendoakan agar ibu Fazren kembali sembuh seperti sedia kata selain ada yang turut berkongsi kisah dan petua.
Terdahulu, pada penghujug Jun lalu, bapa kepada tiga cahaya mata ini juga ada berkongsi perihal si ibu yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang usus, ovari dan rahim.
Foto: Instagram Fazren Rafi