
Pelakon jelita, Zahirah Macwilson berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini hamil enam bulan.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Memurut Zahirah, dia dan suami berasa sangat teruja malah turut tidak sabar menanti detik kelahiran cahaya mata sulung mereka itu.
View this post on Instagram6 months of growing our little love. Mommy & Daddy can’t wait to meet you ❤️ @aimanhakimridza
A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
“6 months of growing our little love.
“Mommy & daddy can’t wait to meet you,” tulisnya.
Bersama posting berkenaan, Zahirah turut menyertakan foto imbasan ultrasound bayi mereka itu.
Perkhabaran tersebut nyata mengundang rasa teruja di hati ramai pihak selepas meraih lebih 120,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis merakamkan ucapan tahniah buat Zahirah dan Aiman.
Terdahulu, Aiman dah Zahirah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2020.
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cerah Masa Depan Deme & Semua Kru Terlibat,” – Tahniah! Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Kaut RM1 Juta Dalam 6 Hari

Filem sentuhan terakhir Allayarham Mamat Khalid yang disempurnakan oleh anaknya, Amen Khalid telah berjaya meraih kutipan RM 1 juta dalam tempoh 6 hari menerusi tayangan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Filem komedi seram yang menemui penonton sejak 3 Mac lalu itu turut menerima reaksi positif daripada penonton yang berkongsi pendapat di ruang platform media sosial, antaranya;
“Rate 10/10… malam ni layang pulop sekali lagi. Tak puas tengok semalam.. nakal molep.. Taniah bos Amen Khalid. Cerah masa depan deme dan semua kru yang terlibat.”
“TERBAIK FILEM NI TGK BEST SGT.BYK MESEJ YG DI SAMPAIKAM DLN FILEM INI.TAHNIAH AMIN KERANA MEMBAWA CERITA MASYARAKAT DLM KARYA FILEM.”
“Terlalu banyak scene yang cantik dalam filem kali ni. lagu Jamal ni memang saya minat. Ditambah dengan watak Gerhana yang umpama pahlawan Melayu dan aktres yang cantik. Jugak cinematography yang mengkagumkan. Kasi layan…”
“Kampong Pisang Berbuah Dua Kali lagi best dari Batman.”
Menyatakan rasa syukur, Amen Khalid turut berterima kasih kepada peminat setia karya Allahyarham bapanya.
“Alhamdulillah filem ini mendapat respon baik daripada penonton. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada peminat setia karya arwah papa, peminat Kampong Pisang serta semua penonton yang telah menonton.
“Saya anggap kejayaan ini adalah sokongan untuk meneruskan legasi ini. Insyaallah, Kampong Pisang Universe tidak akan terhenti akan terus ada buat peminat dan penggemar filem tempatan,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad turut optimis terhadap filem berkenaan yang sesuai ditonton seisi keluarga.
“Melihat penerimaan penonton terhadap filem ini, rata-ratanya terhibur dengan babak-babak komedi yang dipersembahkan. Kami yakin filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali amat sesuai ditonton seisi keluarga.
“Kepada mereka yang belum menonton, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di samping meluangkan masa bersama insan tersayang di rumah dengan menonton filem ini. Sementara itu, kami juga ingin mengucapkan syabas kepada Amen Khalid yang telah menambat hati penonton melalui sentuhannya,” katanya.
Filem terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon Kazar Saisi yang mendukung watak sebagai Pak Din, Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Padukan Eina Azman (Cik Mek) dan Azman Mantra (Cik Gerhana).
Turut terlibat di dalam filem tersebut ialah Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria(Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar) dan Anis Nisham (Yati).
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Meskipun Saya Tiada Kena Mengena…,” – Sarah Hasrat Ingin Bersemuka Dengan Misha Omar

Penyanyi, Sarah Raissuddin berhasrat untuk bertemu secara personal dengan penyanyi Misha Omar berhubung salah seorang ahli kelab peminatnya yang dikatakan terlibat dalam isu fitnah melibatkan penyanyi Sampai Bila itu.
Katanya, sebagai rakan selebriti adalah wajar baginya untuk bertemu secara empat mata bagi menjernihkan situasi dan terpanggil untuk berbuat demikian.
“Meskipun saya tiada kena-mengena dengan isu yang timbul, saya terpanggil untuk berjumpa dengan penyanyi berkenaan dalam masa terdekat.
“Apatah lagi kami bakal bekerjasama menerusi Konsert Soul Sisters April depan. Masing-masing ada cara sendiri. Misha mungkin ada caranya dan begitu juga dengan saya, bertemu dengannya” kata penyanyi Semakin itu kepada MH.
Ditanya sejauh mana hubungannya dengan Misha selepas isu tersebut timbul, Sarah menjelaskan semuanya baik-baik sahaja.
“Bagi saya, apa yang berlaku adalah di antara individu dengan penyanyi tersebut. Cuma secara kebetulan individu berkenaan ialah salah seorang ahli kelab peminat, Hearty Sarah,” ujar penyanyi 35 tahun itu lagi.
Pada masa sama, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya kekurangan persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-33 lalu adalah disebabkan elemen ilmu hitam, Sarah mempunyai jawapan sendiri.
“Dakwaan tersebut tidak benar. Apa yang boleh saya katakan, persembahan saya pada malam itu tidak selancar seperti yang diharapkan berbanding ketika sesi latihan yang berlangsung sehari sebelum malam final,” jelasnya.
Baru-baru ini Misha bersama peguamnya tampil melakukan sidang media berhubung fitnah yang dibuat oleh tiga individu di laman sosial dengan menyebut kemenangan penyanyi tersebut di malam AJL33 lalu ada kena mengena dengan menggunakan ‘mak esah’.
Ekoran itu, setakat ini dua individu terlibat mengakui perbuatan mereka dan berhasrat untuk meminta maaf kepada Misha Omar, bagi memenuhi tuntutan minta maaf tujuh hari seperti yang diminta penyanyi berkenaan.
Foto: MH/Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Harap Awak Suka Kejutan Ini,” – Ruhainies Bawa Kekasih Ronda-Ronda Naik Helikopter Sempena Hari Jadi, Seronoknya!

Pelakon cantik, Ruhainies menerusi Instagram pada Isnin ada berkongsi beberapa momen bermakna saat dirinya meraikan ulang tahun kekasih hati yang dikenali sebagai Elf Johan dengan menaiki helikopter.
Pada masa sama, Ruhainies turut berkongsi foto dipercayai saat menikmati sesi makan malam romantis bersama.
Malah, pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu turut berkongsikan foto sekitar menerusi Insta Stories.
“Happy Birthday to the man i love. Boo, may you have the happiest of all the birthday celebration in the world today. I love you up to the outer space and back.
“Wonderful Birthday to you my truest one love! You have done so many things, this year I wish that you will able to do tons of things again. You’re the best!,” tulis bintang Jejak Karmila ini sambil memberikan kredit.
View this post on InstagramA post shared by @ ruhainies7 on
Sementara itu menerusi entri lainnya pula, Ruhainies turut mengharapkan agar kekasih hati menyukai kejutan yang diatur.
“I hope you love the surprise boo. Happy Birthday to man of my dreams and the man who rocks my world,” titipnya lagi.
Ruhainies yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah si dia kepada umum mulai menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan kira-kira sejak dua tahun lalu.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI