Penyanyi Saida Tarudin pada 18 Oktober memuat naik foto bersama anak sulungnya, Nyssa Ghazali bersempena dengan ulang tahun kelahiran puterinya iti yang ke-24.
Sambil menitipkan dedikasi, kakak kepada penyanyi kesayangan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mencecah usia 45 tahun itu turut berdoa moga permata hati menjadi anak yang berjaya dunia akhirat.
“Selamat Ulangtahun Sayang ibu @nyssaghzli. Ibu sentiasa doa kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat. Ibu sangat menyayangiMu,” tulisnya ringkas.
Lalu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya memuji penampilan mereka berdua.
“Macam Siti masa muda,” komen seorang peminat.
“Cantiknya anak dara dia, mewarisi kecantikan ibunya,” puji peminat lainnya.
“Happy birthday Nysa, absolutely beautiful,” reaksi yang diberikan peminat.
“Anak rupanya. Dah macam adik kakak,” antara komen yang tertera.
“Dah nak sama tinggi dengan ibu. Selamat hari lahir anak ibu. Semoga diberikan kejayaan, dirahmati dan diberkati,” doa peminat lain pula.
Saida menerusi majalah Nona sebelum ini pernah berkongsi mendoakan agar Nyssa sukses dalam bidang yang diminatinya iaitu kecantikan, fesyen dan seni kreatif.
Menurut Saida lagi, dia dan Nyssa umpama sahabat baik dan bila berkesempatan isi masa bersama, mereka senang bersembang tentang kecantikan dan juga fesyen.
Sementara Nyssa pula menyifatkan ibunya seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan punya jiwa yang bersih.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tengah Ambil Sampel, Ada Yang Terbatuk Kat Muka, Terbersin, Ludah Sana Sini,” – Bertugas Di Blok Majoriti Positif Covid-19, Kerisauan Dr Say Shazril Terbawa-Bawa Sampai Ke Mimpi
Doktor selebriti, Dr Say Shazril mengakui rasa takut dalam diri memandangkan dia bertugas di blok yang majoritinya dijangkiti virus Covid-19.
Jelas pengacara My Doctor itu, dia merupakan petugas yang bertanggungjawab mengambil sampel tekak dan hidung di Blok D Pasar Borong Kuala Lumpur dan mengejutkan majoriti pesakit adalah daripada kawasannya.
Malah, dia tidak mampu menyembunyikan kerisauan sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi dan telah mengambil langkah pencegahan tambahan sebelum pulang ke rumah.
“Topik : Tipulah Kalau Tak Takut
“Sy bertugas di Blok D Pasar Borong Kuala Lumpur sejak 21.4.2020. Kebanyakan hari sy berada di station sampling yg mana tugas sy meng-swab tekak/ hidung.
“Setakat 27.4.2020 bilangan kes positif di Pasar Borong ni adalah sebanyak 69 kes daripada 15,276 orang yg di sampel. Pagi ni sewaktu briefing, sy diberitahu yg positive cases di Pasar Borong KL ni majoritinya daripada Blok D. Terduduk sy dibuatnya peeps.
“Kiranya kemungkinan besar tekak yg sy swab sejak 21.4.2020 ada yg positif COVID-19. Terus-terang sy cerita ada beberapa malam sy bermimpi yg sy ambil sampel tanpa PPE, bermimpi kerja tanpa face shield & face mask, bermimpi disinfect badan berkali2 sebab rasa masih tak bersih.
“Terjaga sy dibuatnya sebab risaukan Ace & bini. Apa yg sy harapkan bila sy bekerja hanyalah semata-mata perlindungan daripada PPE & perlindungan Ilahi sebab bila tengah ambil sampel, ada yg terbatuk kat muka kita, terbersin kat muka kita, ludah sana sini yg mungkin kita terpijak & terbawak balik.
“Sy letak setin besar disinfectant spray dalam kereta sy. Each time balik sy spray seat, stering, footmat kereta sy. Sampai rumah mandi terus, siap syampu & sabun 2 kali. Kalau sy hidup sorang sy tak kisah.
“Tapi bayangkan kalau anak sy dapat COVID dari sy (Nauzubillahiminzalik) memang tak akan sy maafkan diri sy. Berharap sangat COVID ni boleh nyah dari muka bumi ni. Penat hidup dalam kerisauan sebegini.
“Takpelah sikit je lagi kan? Number of cases dah menurun, kematian pun menurun. Together we can bring this COVID down peeps!” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Terbaru kes jangkitan Covid-19 sehingga 28 April adalah 31 kes dengan satu kematian.
Foto : Instagram Dr Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Artis Bukan Untuk Dicaci & Dimaki, Apatah Lagi Untuk Diikuti,”- Rafidah Ibrahim
Pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim ada memuat naik status di akaun Instagramnya sebentar tadi.
Status tersebut beunsurkan nasihat agama yang dikongsikan pemilik lagu Apo Kono Eh Jang Ft Dato’ AC Mizal dan Kumpulan Stellar.
“Assalamualaikum & Salam Jumaat..
“Just nak share.. Artis/ Selebriti bukan untuk dicaci & dimaki, apatah lagi untuk diikuti. Buat peminat, follower kakak, atau mana2 Selebriti lain… Jangan sesekali jadikan manusia lain sebagai IKON / IDOLA .
“Satu-satunya yang layak menjadi ikutan seluruh umat manusia hanyalah Rasulullah s.a.w sahaja kerana kemuliaan baginda. Jangan katakan baginda, selipar baginda yang dah sampai Arasy Allah jauh lebih mulia daripada kita semua,” tulis Rafidah.
View this post on InstagramA post shared by rafidahibrahim (@rafidahibrahim) on
“Kalau ada yang terniat nak pertikaikan tentang selipar baginda jauh mulia drpd kita semua mcm yang kakak bagitau tu, boleh rujuk ulama’ / ustaz k..
“Sedangkan pada Israk Mikraj, Malaikat Jibril hanya mampu menemani baginda di lapisan Sidratul Muntaha sahaja, tetapi Nabi Muhammad s.a.w dah sampai singgahsana Allah dengan pakaiannya yang lengkap bersama seliparnya.
“Sekian, perkongsian untuk post kali ni. Mudah-mudahan kita peroleh sedikit ilmu tghari ni,” akhiri Fida.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Instagram Fida, dia sentiasa memuat naik status berunsur nasihat dan semangat kehidupan.
Foto : Instagram Rafidah Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Jalan Yang Dia Pilih, Kami Kena Terima,” – Keluarga Agak Terkesan, Ayda Jebat ‘Update’ Pasal Fyna
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memaklumkan dirinya sudah hampir tiga bulan tidak berjumpa dan berhubung dengan adiknya yang juga merupakan penyanyi, Fyna Jebat.
Menurut Ayda, adiknya itu mungkin memerlukan tempoh bertenang selepas bercerai dengan bekas suami yang juga merupakan jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan.
“Saya pun dah lama tak hubungi dia sejak tiga bulan yang lalu. Dia menghilangkan diri. Mungkin ketika ini dia inginkan tempoh bertenang.
“Memang perangai dia sebegitu dan kami pun tak terkejut. Kami telefon dan hantar mesej pun tak berjawab.
“Beberapa bulan lepas, dia ada menghubungi saya tapi saya tak dapat jawab sebab sibuk jalani penggambaran. Saya minta dia hubungi saya semula tetapi dia hilang begitu sahaja,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang cahaya berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis pelancaran produk terbaharu, Aura White Beauty yang berlangsung di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, Ayda juga tidak menolak mental Fyna sedikit terganggu disebabkan hal rumah tangganya itu.
“Kalau boleh, saya tak nak masuk campur dalam urusan peribadi dia. Kalau dia nak saya tolong dari segi kerjaya, saya tak kisah. Bila-bila masa dia boleh datang berjumpa saya.
“Dia pun tiada mengadu apa-apa. Saya pun tak tahu keadaan dia sama ada dia sedih atau tidak. Saya tak nafikan mungkin fikirannya agak terganggu. Dia pun tak biasa nak berhadapan dengan pihak media dan netizen.
“Mungkin ketika ini dia sedang cuba untuk melalui perkara ini. Namun, saya boleh tahu tentang tahap mentalnya ketika ini. Kalau sudah kritikal, dia akan cari saya. Kalau diam tu maknya dia masih okay.
“Bekas suaminya itu pun seorang yang terkenal. Dia tahu macam mana nak hadap perkara ini manakala adik saya pula sedang cuba menyesuaikan diri,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Ayda akui keluarganya juga sedikit sebanyak terkesan dengan hal ini namun akan tetap menyokong apa sahaja keputusan Fyna.
“Sudah tentu keluarga agak terkesan terutama sekali ibu tapi nak buat macam mana? Ini jalan yang dia pilih. Kami sebagai keluarga memang kena terima apa yang dia pilih dan mahu. Asalkan dia okay.
“Saya harap agar perkara yang jadi ini adalah perkara terbaik untuk dia dan orang-orang di sekeliling dia yang terkesan sebelum ini,” akhirinya.
Terdahulu, Fyna Jebat mencuri tumpuan apabila dikatakan telah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada Zainal pada Januari.
Ketika itu, Zainal masih berkahwin dengan isterinya, Datin Zalina Zaini dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Namun, perkahwinan yang dibina bersama Fyna difahamkan hanya bertahan selama empat bulan.
Perkhabaran mengenai penceraian mereka pula mula dihidu pihak media pada bulan Mei lalu.
Malah, tidak lama selepas itu, anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah memaklumkan kedua-dua pasangan itu sudah bercerai awal Mei tahun ini.
Bagaimanapun, sehingga kini, kedua-dua belah pihak masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung status rumah tangga mereka itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI