Pertandingan ratu cantik bukanlah sekadar pertandingan, ia merupakan platform yang mampu mengubah nasib seseorang. Jika dilihat ramai pemenang ratu cantik berjaya membina kerjaya dan menjadi ternama dek gelaran tersebut.

Terbaharu khabar dari negara jiran, Suchata Chuangsri yang mewakili Bangkok telah memenangi gelaran Miss Universe Thailand bagi edisi 2024.

Dalam acara yang berlangsung di The Mall Lifestore Bangkapi di Bangkok semalam, Suchata berjaya menewaskan 39 peserta lain dan bersedia mewakili negaranya di Miss Universe 2024 yang bakal diadakan di Mexico akhir tahun ini.

Naib juara jatuh kepada Surisa Susanna Renaud dari Phuket, manakala Kanruthai Thasabut dari Ubon Ratchathani mendapat tempat ketiga dan Boonyisa Chantrarachai dari Maha Sarakham menduduki tempat keempat.

Biarpun mewakili Bangkon, gadis tinggi lampai ini sebenarnya dilahirkan di Phuket pada 2003. Dia merupakan anak kepada kepada pemilik perniagaan perhotelan.

Merupakan pelajar Sains Politik pengkhususan dalam Hubungan Antarabangsa di Universiti Thammasat, Suchata mampu menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Thai, Inggeris dan Cina.

Kemenangannya semalam menjadi lambang tidak mudah mengalah. Ini kerana Suchata pernah bertanding dalam pertandingan Miss Universe Thailand 2022 namun tidak berjaya bergelar juara.

Ketika itu dia hanya berjaya berada di kedudukan keempat, dan kemudiannya dinaikkan menjadi pemenang tempat ketiga selepas pemenang tempat kedua enggan menandatangani kontak bersama organisasi tersebut.

Ketika Suchata berumur 16 tahun, dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tumor dari payudaranya.

Pengalaman pahit mengenai kesihatan peribadi ini mendorongnya untuk memberi tumpuan kepada pertandingan ratu cantik untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara dan kesannya terhadap wanita di seluruh dunia.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI