Sinonim berkongsi cara penyediaan pelbagai hidangan menyelerakan, Datin Paduka Eina Azman kali ini ada berkongsi cara-cara membuat pencuci mulut popular, Durian Crepe menggunakan Durian Musang King.
Memuat naik satu video pendek dalam durasi kira-kira 1 minit, menu yang disediakan tampak mudah untuk dibuat.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata ini juga tidak lokek untuk berkongsi resipi penuhnya buat para peminat.
“Siapa nak Full Resipe Durian Crepe Musang King ni Comment kat bawah “NAKKKKKK” baru eina akan share.
“Serious resipe dia mudah n confirm sedap #itsdonebyeinaazman #carasayabyeinaazman,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-ratanya teruja untuk mengetahui cara-cara penyediaan selain ada juga yang menyifatkan ia tampak sedap!
Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton hampir 100,000 kali disusuli dengan ratusan komen yang pelbagai.
Foto: Instagram Eina Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI